saya ingin membuat kajian tentang filologi,tetapi dari sudut kepentingan filologi dalam kajian sastera .dan bagaimana ingin mendapatkannya bahannya | Sila berkunjung ke Pusat Dokumentasi Melayu (PDM) DBP Kuala Lumpur untuk mengesani atau mendapatlan bahan yang tuan/puan maksud itu. | Lain-lain | 04.09.2008 |
Apakah perbezaan "penjejakan" dengan "pengesanan" bagi perkataan "tracking"? Bolehkah "order tracking number" diterjemahkan kepada nombor pengesanan pesanan atau lebih sesuai menggunakan nombor penjejakan pesanan? | Berikut dinyatakan maksud bagi perkataan penjejakan dan pengesanan menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat: i. Penjejakan: perihal (proses atau perbuatan) menjejaki (mengesani) ii. Pengesanan: perihal atau perbuatan mengesan Walaupun maksud yang diberikan hampir sama, kebanyakan istilah bahasa Inggeris dengan perkataan tracking dipadankan dengan penjejakan. Oleh itu, padanan istilah bahasa Melayu yang tepat untuk order tracking number ialah penjejakan nombor pesanan.
| Istilah | 19.01.2021 |
KDE4 cenderung menggunakan bentuk "jawaban" dan "kewajiban" dlm ayat contohnya berbanding bentuk "jawapan" dan "kewajipan". Apa komen pihak Tuan tentang hal ini. | Bentuk standard sesuatu perkataan dengan ejaannya yang diiktiraf sebagai betul dan rasmi ialah sebagaimana yag terdapat pada perkataan yang ditakrifkan. Perkataan yang diturunkan di akhir takrif bentuk standard ini, atau sebagai muatan rujuk silang, merupakan variasi kepada bentuk standard dan terdiri daripada variasi kata, dan dalam hal-hal tertentu sahaja variasi ejaan. Variasi kata diperturunkan, terutamanya untuk kepentingan kajian bahasa. Di samping itu ada juga kemungkinannya seseorang pengguna bahasa Melayu yang menemui sesuatu variasi kata dan tidak dapat mengenal pasti atau mengesani bentuk standardnya akan mendapat manfaat daripada rujuk silang yang diberikan dalam kamus ini. Oleh itu, bentuk standardnya ialah jawaban dan kewajiban. Variasi kata pula ialah jawapan dan kewajipan. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 27.12.2006 |