Pak Rahim (mengesat) peluh yang mengalir di dahinya semasa dia bertungkus-lumus di sawah padi. Mengapakah kita tidak boleh menggunakan "mengelap" ? | 1. menyapu-nyapu atau menggosok supaya kering: budak itu menggeleng-geleng sambil ~ air matanya; ~ peluh; ~ darah; 2. bp menyapu-nyapu (menggosok) kerana membersihkan sesuatu (drpd habuk, kotoran, dll); mengelapmenyapu atau mengeringkan dgn kain lap dll, menyeka: dia berdiri seketika, kemudian ~ dahinya; tidak mengapa tumpah sedikit saya boleh lap; Berdasarkan makna yang diberikan di atas, apabila dipadankan dengan contoh ayat , menunjukkan kedua-dua kata tersebut boleh digunakan, namun yang lebih tepat dan biasa digunakan ialah mengesat. | Makna | 02.10.2009 |
MAKNA BAGI PERKATAAN MENYAPU DAN MENYIRAM. | Makna bagi perkataan menyapu ialah 1. membersihkan lantai dgn sapu, 2. mengesat, menghapuskan, mengusap, 3. menyapunyapu, mengesat-ngesat, menggosok-gosok, mengusap-usap, 4. mencecah ke (kerana terlalu tinggi), 5. melumas (dgn cat, kapur, dll): 6. melumur (bedak ke muka dll), 7. bp melenyapkan sama sekali (wang dll), mengambil habis, mengambil (memperoleh, memenangi, dsb) kesemuanya. Menyiram pula ialah 1. mencurahkan air dll pd, mendirus, menjirus 2. menjirus dgn air dll (supaya bersih). Namun penggunaan kata ini dalam ayat adalah bergantung pada penggunaan konteks dan situasi. | Makna | 02.02.2010 |
Pak Rahim ____ peluh yang mengalir di dahinya semasa dia bertungkus-lumus di sawah padi. A memerah B mengelap C mencuci D mengesat Apakah jawapan yang betul dalam soalan ini. Terima Kaish. | Jawapan yang betul ialah: D. mengesat | Lain-lain | 29.09.2009 |
1) Adakah Perang Badar tergolong dalam kata nama khas? 2) Aimah menghela nafas panjang. "Patah tumbuh..." Dia mengesat air mata lalu menyambung, "Hilang berganti." Soalan: Patah tumbuh hilang berganti ialah peribahasa. Sekiranya dimasukkan dalam dialog seperti di atas, adakah 'hilang berganti' ditulis menggunakan huruf kecil pada pangkalnya? 3) Ada dua cara menggunakan tanda koma melalui pembacaan saya. a) Dia suka mengemas, mencuci dan memasak. b) Dia suka mengemas, mencuci, dan memasak. Menurut Nik Safiah Karim dalam buku Bimbingan Pelajar: Bahasa Kita, ayat b yang betul. Ini bagi mengelakkan kekeliruan. Bagaimana dengan pendirian DBP sendiri. A atau b yang betul dan sekiranya jawapannya berbeza daripada Nik Safiah Karim, mohon tuan yang bijaksana jelaskan hujahnya. | 1) Perang Badar ialah kata nama khas. 2) Frasa 'hilang berganti' ditulis menggunakan huruf kecil pada pangkalnya, dalam rangkaian peribahasa hanya perkataan pertama ditulis dengan huruf besar. 3) Kedua-duanya betul. Penggunaan tanda koma sebelum dan lebih kepada gaya penulisan. Lazimnya tanda koma digunakan apabila menulis perkara yang bukan daripada kategori yang sama, seperti Emak ke kedai membeli ikan, sotong, ketam, dan bakul. | Tatabahasa | 29.11.2011 |
adakah perkataan 'sapu-menyapu' boleh digunakan sebagai kata ganda? | Perkataan sapu-menyapu tidak boleh digunakan sebagai kata ganda. Kata ganda yang betul ialah menyapu-nyapu yang membawa maksud mengesat-ngesat, menggosok-gosok, mengusap-usap. | Tatabahasa | 07.02.2013 |
munsyi, adakah saling bermaafan, saling berpandangan, saling bertolongan...adalah gramatis? saya kekeliruan kerana be..an bermaksud saling, mengapakah saling bermaafan adalah betul dan saling bermaaf-maafan adalah salah? TK | Perkataan yang betul ialah bermaaf-maafan, berpandangan dan bertolong-tolongan. Contohnya ayat: Ros mengesat air matanya setelah bermaaf-maafan dengan Jamilah. | Tatabahasa | 13.04.2012 |