Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nge.ta.hui]/[me.nge.ta.hu.i] | مڠتاهوءي

Definisi : 1. tahu akan, memaklumi: Mak Konah sendiri masih belum ~ akan hal ini; baru aku ~ akan sebabnya aku dipanggil; 2. tahu setelah melihat tanda-tanda atau bukti­nya, mengenali: tidak sulit bagi kita utk ~ binatang jenis mamalia ini; 3. mendapati, menginsafi, menyedari (akan): waktu konsert itu habis dan Pri hendak bertepuk kerana gembiranya, barulah diketahuinya bahawa tangan kirinya sudah terkalung oleh tangan kanan Wati; 4. mengerti akan, memahami: kata-katanya masih belum diketahui se­penuh­nya oleh masyarakat bahasa Indonesia; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nge.ta.hui]/[me.nge.ta.hu.i] | مڠتاهوءي

Definisi : 1 tahu akan sesuatu; memaklumi: Sekarang barulah aku ~ mengapa aku dipanggil. 2 tahu dan faham setelah melihat atau mengalaminya: Drpd peristiwa buruk yg menimpa rakyat Jepun di Hiroshima dan di Nagasaki itu, dapatlah kita ~ betapa kuatnya kuasa bom atom itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tahu (kata kerja)
1. Bersinonim dengan maklum: faham, mengerti, mengetahui, sedar, mengakui, enga,
Berantonim dengan jahil

2. Bersinonim dengan kenal: cam, ingat, mengenal pasti,

3. Bersinonim dengan mengambil peduli: mempedulikan, mengendahkan, menghiraukan, mengambil hirau, mengacuhkan, mengambil berat, mengambil tahu, mengambil pusing,
Berantonim dengan membiarkan

Kata Terbitan : tahu-tahu, mengetahui, ketahuan, berketahuan, pengetahuan, berpengetahuan,

Peribahasa

Tak(kan) sebab ayam seekor mengetahui hari siang.

Bermaksud :

Sesuatu pekerjaan yang dikerjakan oleh orang banyak itu tidak akan terganggu kalau hanya seorang saja yang tidak suka.

 

Lihat selanjutnya...(12)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ayah tidak mengetahui bahawa abang terlibat dalam demonstrasi yang diadakan petang tadi. penggunaan mengetahui betul ke tahu betul?Ayah tidak mengetahui bahawa abang terlibat dalam demonstrasi yang diadakan petang tadi. - kata kerja mengetahui paling tepat digunakan dalam ayat ini.Tatabahasa31.03.2010
mengetahui cara mengajar membaca secara menyebut suku kata, perkataan, dan ayat mengenali suku kata terbuka dan suku kata tertutup

Untuk makluman, suku kata terbuka ialah suku kata yang diakhiri oleh huruf vokal, manakala suku kata tertutup ialah suku kata yang diakhiri oleh huruf konsonan. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu, yang disusun oleh Encik Ismail Dahaman. Rujuk juga buku Daftar Kata Bahasa Melayu, terbitan DBP; Mengajar Membaca - Teori dan Aplikasi Panduan Meningkatkan Kemahiran Mengajar Membaca, tulisan Yahyah Othman; dan Motivasi dan Kaedah Membaca, tulisan Zaini Ujang terbitan Nurin Entreprise. Dalam hal pengajaran dan pembelajaran ini, sila rujuk kepada pihak yang lebih arif, iaitu pensyarah di maktab dan universiti.

Lain-lain30.04.2013
1. Ingin mengetahui kaedah paling pantas mengetahui terjemahan isitilah bahasa Inggeris ke bahasa Melayu? 2. Didapati Kamus Dewan tidak mengandungi isitlah terkini. Dimanakah rujukan isitilah bahasa Melayu terkini boleh diperolehi?Saudara boleh menggunakan lawan sesawang DBP untuk mendapatkan padanan istilah yang dikehendaki dengan segera, sila layari www.prpm.dbp.gov.my, di ruang carian kata taipkan istilah yang hendak dicari dan saudara akan memperoleh data bukan sahaja daripada istilah tetapi dari kamus, artikel, buku, ensiklopedia, peribahasa dan sebagainya.Lain-lain10.11.2010
INGIN MENGETAHUI SAMA ADA PERKATAAN YANG BETUL BAGI LAGENDA. LAGENDA ATAU LEGENDA?Ejaan yang betul ialah legenda iaitu cerita dongeng yang bersangkutan dengan kisah-kisah yang bersejarah.Tatabahasa14.10.2013
INGIN MENGETAHUI MENGENAI EJAAN YANG BETUL.. Kurnianya, Kurnia-Nya, atau KurniaNya. yang mana satu betul penggunaannay. Sebagai contoh Bersyukur ke hadrat Allah SWT, dengan limpah dan Kurnia-NyaEjaan yang betul ialah kurnia-Nya. Kata ganti nama yang merujuk Allah seperti -Nya dan -Mu hendaklah ditulis dengan huruf besar dan didahului tanda sempang.Ejaan04.04.2012
ingin mengetahui struktur ayat yang betul bagi perkataaan di bawah perdana menteri malaysia keempat, Datuk Seri Dr. Mahathir MohamadStruktur ayat dan ejaan yang betul ialah Perdana Menteri Malaysia Keempat, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad (tajuk) atau Perdana Menteri Malaysia keempat, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad (dalam ayat).Ejaan02.03.2012
Ingin mengetahui tentang peribahasa dan simpulan bahasa, halaman yang berkaitan.

Layari www.prpm.dbp.gov.my dan tuliskan perkataan yang boleh menjadi kata kunci kepada peribahasa atau simpulan bahasa berkenaan. Saudara akan memperoleh maklumat daripada pelbagai bidang seperti kamus, istilah dan peribahasa. Untuk simpulan bahasa, klik 'peribahasa', manakala untuk simpulan bahasa lazimnya ditandakan dalam huraian makna entri kamus berkenaan.

 

Lain-lain29.04.2011
ingin mengetahui perkataan 'siarkaki' atau 'siar kaki'. dengan nama lain adalah laluan pejalan kaki / koridor.

Saudara,

Perkataan ini dieja sebagai dua perkataan, iaitu siar kaki.

Ejaan05.01.2010
ingin mengetahui perbezaan di antara:- Orang tua-tua dan orang-orang tua. terima kasih

Kata ganda yang betul ialah orang-orang tua (bukan orang tua-tua) merujuk kepada ramainya orang tua yang ada.

Tatabahasa31.10.2009
Ingin mengetahui cara mendapat database Kamus Dewan Perdana. Ingin mengeluarkan Kamus Electronik dengan mengabungkan Kamus Perdana dengan Kamus Inggeris , Arab, dan Cina

Saudara,

Dewan Bahasa dan Pustaka  menerbitkan Kamus Dewan Edisi Keempat dan bukan Kamus Dewan Perdana.  Kamus yang dimaksudkan mungkin diterbitkan oleh penerbit lain. 

Lain-lain09.09.2009
12345678910...

Kembali ke atas