Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : mencagarkan harta benda secara gadai janji kpd pemberi pinjaman (bank, syarikat kewangan dsb) utk mendapatkan pinjaman: dia terpaksa ~ rumahnya kpd bank utk membiayai pelajaran anaknya di seberang laut; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
janji (kata nama)
1. Bersinonim dengan waad: waadat, komitmen, iltizam, ikrar, sumpah, pengakuan, jaminan,

2. Bersinonim dengan ajal: had, waktu, tempoh, waad,

Kata Terbitan : berjanji, menjanjikan, perjanjian,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
sambungan ... menyerahhakkan, menyerahkan balik dan memulangkan, menggadaikan, menggadai janji, mendemis, menyerahhakkan semula, atau selainnya melupuskan, atau membuat apa-apa urusan mengenai, apa-apa harta alih atau tak alih yang terletakhak pada Perbadanan atas apa-apa terma sebagaimana yang didapati patut oleh Perbadanan,…” 4. Jawapan segera daripada pihak Tuan amat dihargai. Sekian, terima kasih. AIN-NUR ‘AMIYERRA AWOD BINTI ABDULLAH Bahagian Penyemakan dan Pembaharuan Undang-Undang Jabatan Peguam NegaraPerkataan atau frasa yang puan berikan terlalu umum. Terjemahan yang baik dan tepat memerlukan pemahaman yang menyeluruh berkaitan konsep dan konteks penggunaan teks dalam sesebuah bidang. Padanan yang diberikan juga perlu selaras untuk keseluruhan  teks, khususnya teks laras undang-undang. Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com.

Untuk maklumat tambahan berkaitan padanan istilah, puan boleh melayari laman web PRPM melalui https://prpm.dbp.gov.my
Penyemakan dan penterjemahan09.02.2022
Tuan/Puan, Perkataan yang betul adalah "menggadaikan janji" atau "menggadaijanjikan"? Terima kasih.Perkataan yang betul ialah menggadai janji yang bermaksud mencagarkan harta benda secara gadai janji kepada pemberi pinjaman (bank, syarikat kewangan dan sebagainya) untuk mendapatkan pinjaman. Lain-lain17.09.2021

Kembali ke atas