Apakah perbezaan perkataan-perkataan di bawah : (a) menggalah (b) menggait (c) mengait (d) menjolok [Adakah penggunaan perkataan dalam ayat-ayat di bawah betul dan gramtis ?] (e) Ali menjolok buah mangga. (f) Abu menggait buah rambutan. | Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat, menggalah membawa maksud "amat tinggi", menggait bermaksud "menarik buah (perahu dan lain-lain) supaya dekat", mengait pula membawa maksud "memetik (menarik dan lain-lain) sesuatu dengan kait, mencangkuk, menggancu". Manakala, menjolok bermaksud "menusuk (merodok) sesuatu dengan galah dan lain-lain sepaya gugur, menusuk ke dalam lubang". Ayat (f) lebih sesuai digunakan "mengait".
| Makna | 08.11.2015 |