[meng.ga.lang] | مڠݢالڠ
Definisi : 1. diberi galang (landasan,ganjal, dll), menyokong, menunjang: ~ kepala dgn bantal; ~ perahu; 2. Id memperkuat, memperkukuh (negara, pertubuhan, dll): menyumbangkan tenaga dan fikiran utk ~ parti sendiri; 3. menghalang: barang kehendaknya tidak pernah digalang melainkan diturutkan sahaja; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[meng.ga.lang] | مڠݢالڠ
Definisi : 1 memberi bergalang; menyokong; menyangga: Ia ~ kepalanya dgn bantal. 2 tidak membiarkan atau tidak melepaskan; menghalang. Ia tidak pernah ~ kemahuan anaknya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)