Adakah segitiga dan tigasegi mempunyai maksud yg sama bagi menggambarkan bentuk yg mempunyai 3 bucu ? Penggunaan kata yg manakah paling sesuai menggambarkan bentuk yg mempunyai 3 bucu ,.... segitiga atau tigasegi? | Yang betul ialah segi tiga, justeru perkataan sesuai menggambarkan bentuk yang mempunyai tiga bucu ialah segi tiga | Makna | 21.05.2007 |
1. Adakah kata 'buruk' digunakan untuk menggambarkan buah-buahan? 2. Adakah 'meningkatkan harga' digunakan untuk menunjukkan kenaikan harga? | 1. Antara frasa adjektif yang boleh digunakan untuk menggambarkan keadaan buah-buahan ialah busuk dan rosak. Kata adjektif buruk tidak sesuai untuk menggambarkan sifat/keadaan buah-buahan. 2. Dalam Kamus Dewan Edisi Empat, meningkatkan bermaksud meninggikan kedudukan (taraf dan lain-lain), membesarkan (pengeluaran dan lain-lain), memperhebat: daya usaha ini akan ~ kemungkinan pertumbuhan ekonomi; kerjasama antara parti-parti komponen BN perlu ditingkatkan lagi. Manakala menaikkan pula bermaksud menjadikan naik; meletakkan di tempat yang tinggi; meninggikan: ~ bendera. 2 meletakkan barang ke atas kereta, kapal dll: Kuli sedang sibuk ~ barang-barang ke kapal. 3 menjadikan lebih tinggi (pangkat, taraf hidup dsb). 4 menjadikan bertambah kuat (bkn semangat, kemarahan dan sebagainya): Kejayaan abangnya telah ~ semangat Amin untuk belajar bersungguh-sungguh. 5 menjadikan naik (berkenaan adunan kuih); mengembangkan: Serbuk penaik dicampurkan sedikit untuk ~ adunan itu. ~ gaji meninggikan gaji. ~ harga meninggikan harga. Frasa yang lebih sesuai ialah menaikkan harga yang menunjukkan kenaikan harga barg/meninggikan harga. | Tatabahasa | 13.02.2015 |
Untuk menggambarkan pemakaian yang seksi atau tidak senonoh, sepatunya menggunakan "mencolok mata" atau "menjolok mata"? | Perkataan yang sesuai ialah "mencolok mata" | Tatabahasa | 26.02.2017 |
Minta pakar bantu, Apakah perkataan yang dapat menggambarkan - sesuatu perkembangan tidak berkembang- penggunaan kata "berhenti" tidak dapat menggambarkan secara tepat keadaan tersebut. Dalam Bahasa Inggeris, stagnant dalam Bahasa Indonesia, stagnasi - kata adjektif ? boleh digunakan dalam BM. CONTOH AYAT: PERKEMBANGAN PROJEK ITU TELAH STAGNASI SEHINGGA HARI INI. (berhenti - rasa tidak tepat) | Perkataan yang sesuai bagi merujuk konteks ayat yang diberi ialah TERHENTI. | Istilah | 09.12.2017 |
Apakah kata seru yang sesuai untuk menggambarkan bunyi batuk? | Kata seru berfungsi melahirkan berbagai-bagai perasaan dan tidak termasuk untuk menggambarkan bunyi batuk. | Tatabahasa | 18.04.2012 |
Terima kasih di atas jawapan yang diberikan. Bagaimana pula sekiranya syarikat kami ingin meletakkan “Pejabat Urusan dan Workshop”. Apakah perkataan yang paling sesuai bagi menggambarkan tajuk tersebut. Kami cuba meletakkan perkataan “bengkel” tetapi tidak bersesuaian kerana ianya seolah-olah menggambarkan bengkel kereta, dan sebagainya. Adakah sebarang perkataan yang lebih sesuai bagi menggambarkan pejabat kami sebagai sebuah bengkel yang berkaitan dengan urusan selenggara pam. Mohon penjelasan yang lebih tepat dari pihak tuan. Sekian terima kasih. | Kami mencadangkan "pejabat Urusan dan Pusat Latihan", keterangan aktiviti bagi syarikat tuan. | Tatabahasa | 21.11.2014 |
Salam, saya ingin tahu apakah perkataan yang sesuai untuk menggambarkan perasaan takut apabila melihat pokok-pokok yang tinggi di dalam hutan. Bolehkah perkataan 'gayat' digunakan untuk menggambarkan perasaan itu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, gayat bermaksud takut untuk melihat sesuatu dari atas ke bawah. Tetapi, dalam kes ayat yang saya berikan, perasaan takut itu datang apabila melihat sesuatu yang besar dan tinggi dari bawah. Bolah saudara@saudari jelaskan? Terima kasih. | Tuan/puan boleh menggunakan perkataan "gerun" bagi mengambarkan keadaan di atas. Gerun membawa maksud takut, ngeri, gamang: dia gerun dgn keadaan dlm hutan; ~ gementar takut yg amat sangat: hati mereka ~ gementar kerana mereka yakin akan kembali kpd Tuhan mereka; menggerunkan menimbulkan rasa gerun: peristiwa itu ~, ngeri, dan menakutkan; angkatan tentera yg terkuat, yg dapat ~ musuh; kegerunan perasaan atau keadaan gerun, kengerian, ketakutan: kumpulan kongsi gelap itu benar-benar menimbulkan ~ di kalangan orang awam; penggerun (orang, benda) yg menimbulkan gerun: azimat ~. | Istilah | 23.05.2013 |
Boleh tak guna peribahasa "seperti cincin dengan permata" untuk benda lain selain daripada untuk menggambarkan pasangan pengantin? Mohon bagi contoh.TK. | Lazimnya, peribahasa seperti cincin dengan permata untuk menggambarkan pasangan yang serasi yakni cocok segalanya; jodoh yang sesuai benar. | Tatabahasa | 19.10.2016 |
Pohon nyatakan penggunaan bahasa yang betul untuk menggambarkan organisasi; Adakah 1. Program Pergigian 2. Program Kesihatan Pergigian atau 3. Program Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Buat masa sekarang kami menggunakan- Program Kesihatan Pergigian. Terima kasih | Nama yang lebih tepat untuk menggambarkan organisasi ialah PERKHIDMATAN KESIHATAN PERGIGIAN (program - untuk menjelaskan aktiviti yang dilaksanakan) | Lain-lain | 05.01.2018 |
I Dia yang menggambarkan dirinya pelukis terkenal tanah air. II Dari hari ke sehari dia kelihatan semakin kurus. apakah kesalahan tatabahasa bagi kedua-dua soalan di atas? terima kasih | I. Dalam ayat tersebut, 'yang' tidak perlu dan ayat yang betulnya ialah 'Dia menggambarkan dirinya pelukis terkenal tanah air.' II. Dari hari ke hari dia kelihatan semakin kurus. Harap maklum. | Tatabahasa | 05.06.2008 |