Salam sejahtera. 1. Ali menggantung gambar di dinding. 2. Ali menggantung gambar pada dinding. 3. Gambar yang tergantung di / pada dinding itu ialah gambar datuk saya. Ayat yang mana betul ? | Ayat yang betul ialah; 1. Ali menggantung gambar pada dinding. 2.Gambar yang tergantung pada dinding itu ialah gambar datuk saya. | Tatabahasa | 14.05.2013 |
Ayah (menggantung, menggantungkan) gambar pada dinding. Yang manakah betul? | Ayah menggantungkan gambar pada dinding. | Tatabahasa | 20.03.2011 |
1.Dia menggantung/menggantungkan jam itu di/pada dinding. 2.Dia menampal/menampalkan gambar di/pada papan kenyataan. 3.Kita mestilah mengamalkan ilmu pengetahuan yang diperolehi/diperoleh agar ilmu tersebut kekal dalam ingatan kita. 4.adakah tidak menggalakkan penggunaan perkataan "haruslah" dalam karangan murid? | 1. Dia menggantungkan jam itu pada dinding. 2. Dia menampalkan gambar pada papan kenyataan. 3. Kita mestilah mengamalkan ilmu pengetahuan yang diperoleh agar ilm tersebut kekal dalam ingatan kita. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Soalan no.4 tidak jelas. | Tatabahasa | 09.05.2009 |
Adakah ayat ini betul? Beberapa orang murid sedang menggantung Jalur Gemilang pada dinding pentas. | Jawapan "Beberapa orang murid sedang menggantung Jalur Gemilang pada dinding pentas" adalah betul. Namun, jawapan yang lebih sesuai ialah "Beberapa orang murid sedang menampal Jalur Gemilang pada dinding pentas", kerana perkataan "pada dinding pentas" biasanya merujuk "pada bahagian dinding pentas tersebut". | Tatabahasa | 31.03.2013 |
1. Orang ramai berhimpun di Balai Raya Taman Indah. atau Orang ramai berhimpun di balai raya Taman Indah. (adakah balai raya itu dianggap sebahagian drp nama khas?) 2. Guru menulis tajuk karangan di papan hitam. atau Guru menulis tajuk karangan pada papan hitam. 3. Ayah menggantung gambar di dinding. atau Ayah menggantung gambar pada dinding. | Ayat yang betul adalah seperti yang berikut: 1. Orang ramai berhimpun di Balai Raya Taman Indah. 2. Guru menulis tajuk karangan di papan hitam. 3. Ayah menggantung gambar pada dinding. | Tatabahasa | 25.01.2015 |
Saya ingin memohon kebenaran untuk menggantung kain rentang dan poster kempen Derma Darah. | Kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", lampirkan visual dalam format jpeg atau gif untuk semakan kami. | Tatabahasa | 16.10.2015 |
Kami ingin mendapatkan kelulusan MPK untuk menggantung banner kami di premis. Mereka menasihatkan kami untuk mendapat kelulusan dari pihak DBP. Perkataan di banner tersebut adalah seperti berikut: Mulakan Perniagaan anda dengan BizMula-i Pembiayaan untuk perniagaan baru Tempoh masa terhad Kunjungi kami sekarang Credit Guarantee Corporation CGC | Untuk pengesahan iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). | Lain-lain | 11.08.2014 |
Mohon semakan bunting program sekolah untuk kelulusan lesen menggantung dari Majlis Perbandaran Seremban. | Permohonan pengesahan bahasa dalam iklan boleh dikemukakan secara dalam talian melalui portal DBP Sah Bahasa (http://dbpsahbahasa.my) | Lain-lain | 05.07.2017 |
MEMINTA UNTUK SEMAK EJAAN BANNER DAN MEMOHON KELULUSAN UNTUK MENDAPATKAN KEBENARAN MENGGANTUNG BANNER INI | 1. Betulkan kepada Jualan Mega! (rapatkan tanda ! dengan perkataan sebelumnya) 2. Betulkan format tarikh seperti yang berikut: 19/1-9/2 2019 3. Betulkan Easy Pay kepada Bayaran Mudah 4. Betulkan ESPANA ROOF kepada BUMBUNG ESPANA 5. Betulkan dari RM1.39 kepada daripada RM1.39 (rapatkan RM dengan angka). Sila betulkan pada tempat lain yang berkaitan 6. Betulkan MONIER CONTOUR kepada BUMBUNG KONTUR MONIER 7. Teks pada bahagian bawah perkataan Setiap Satu tidak jelas dan sukar dibaca. Sila lampirkan visual keseluruhan dengan teks yang lebih jelas untuk memudahkan penyemakan. Kemudian, sila layari laman web dbpsahbahasa.my , daftar ID pengguna dan kata laluan. Setelah itu, boleh teruskan untuk permohonan pengesahan bahasa dan lampirkan sekali visual iklan perniagaan anda. Pihak tuan/puan perlu membuat pembayaran untuk pendaftaran sebanyak RM10 terlebih dahulu. | Lain-lain | 22.01.2019 |
Saya adalah ahli jawatankuasa bahagian promosi di Universiti Malaya dimana saya ditugaskan untuk menggantung bunting di sekitar Kuala Lumpur. Soalan saya, adakah dibenarkan bunting menggunakan bahasa inggeris pada keseluruhan bunting? Soalan kedua bagaimana prosider untuk mendapatkan kelulusan bunting yang mana boleh dipamer atau tidak | Gegantung ("bunting") hendaklah menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa utama. Bahasa Inggeris boleh dimasukkan sebagai bahasa kedua di sebelah bawah bahasa Melayu dan tulisannya hendaklah lebih kecil. Saudara boleh menghantar visual gegantung tersebut kepada Bahagian Pengembangan Bahasa Melayu melalui faks 03-21422029 untuk disemak penggunaan bahasa Melayu. | Lain-lain | 10.02.2010 |