Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.ga.ris.kan] | مڠݢاريسکن

Definisi : 1. membuat garis pd (sesuatu), menandakan (sesuatu) dgn garis: ~ perkataan-perkataan yg dieja salah; 2. menyatakan aspek-aspek atau ciri-ciri utama sesuatu (biasanya secara am atau tidak terperinci): Rancangan Malaysia Kelima ~ beberapa dasar, strategi, dan program utama; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.ga.ris.kan] | مڠݢاريسکن

Definisi : 1 menggunakan sesuatu utk membuat garis; membuat garis dgn sesuatu: Anaknya telah ~ hujung paku itu pd dinding rumahnya. 2 membuat pedoman atau asas-asas yg dijadikan pegangan: Dlm hadis itu, Rasulullah ~ enam perkara yg wajib dijauhi oleh setiap muslim (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menggariskan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
TUAN 1. Para pekerja sedang menggariskan jalan yang baru ditar itu 2. emak meminta kakak menggariskan beberapa helai baju yang hendak dijahit. (tuan, kedua-dia menggariskan adalah salah, apakah perkataan yang sesuai digunakan untuk menggantikan menggariskan? terima kasih)

Penggunaan kata yang betul ialah 'menggaris'. Menggaris bermaksud membuat garis seperti ayat: Dia menggaris kain yang hendak dijahit, manakala menggariskan bermaksud membuat garis dengan sesuatu seperti ayat:  Anaknya telah menggariskan hujung paku itu pada dinding rumahnya. 

Tatabahasa29.04.2011
Tuan, saya telah mematuhi arahan tuan untuk merujuk Kamus Pelajar dan Kamus Dewan bagi membandingkan maksud perkataan. Tetapi, untuk perkataan "menggariskan", Kamus Pelajar memberikan takrif "membuat garis dengan sesuatu alat", manakala Kamus Dewan memberikan maksud "membuat garis pada sesuatu tempat". Walau bagaimanapun, dalam Kamus Pelajar, "menggarisi" yang membawa maksud "membuat garis pada sesuatu tempat", bukan perkataan "menggariskan". Dalam Kamus Pelajar, "menggariskan" hanya bermaksud "membuat garis dengan sesuatu" atau "menggunakan sesuatu untuk membuat garis". Jadi, "menggarisi" atau "menggariskan" yang membawa maksud "membuat garis pada sesuatu tempat"? Contoh arahan soalan: Garisi/Gariskan kata-kata kerja tak transitif yang terdapat dalam petikan.Bagi tujuan peperiksaan atau pembelajaran yang terarah kepada peperiksaan, sila  rujuk makna yang diberikan dalam Kamus Pelajar. Jika tidak ada maklumat yang diperlukan dalam Kamus Pelajar, barulah merujuk Kamus Dewan. Namun jika tuan berhasrat untuk membuat kajian bolehlah membuat perbandingan antara beberapa buah kamus.Makna15.12.2014
bolehkah penggunaan ayat berikut: Tajuk buku ini membincangkan bagaimana Islam menggariskan nilai etika dan sistem akhlak sebagai panduan bagi manusia dalam urusan ekonomi. Penggunaan bagaiman dalam ayat di atas sesuai ke?"Bagaimanakah Islam menggariskan nilai-nilai etika dan sistem akhlak sebagai panduan kepada manusia khususnya dalam bidang ekonomi. Penggunaan bagaiman dalam ayat di atas sesuai ke?Makna07.11.2018
1.Amirah mencuba menceriakan kelasnya dengan pelbagai hiasan. 2. Yang mana betul menggarisi perkataan atau menggariskan perkataan. 3. mengajarkan bahasa Melayu atau mengajar bahasa Melayu. Yang mana betul. terima kasih atas bimbingan dan tunjuk ajar yang diberi.1. Amirah mencuba menceriakan kelasnya dengan pelbagai hiasan.

Amirah cuba menceriakan kelasnya dengan pelbagai hiasan.

2. Yang mana betul menggarisi perkataan atau menggariskan perkataan.

Menggariskan perkataan...

3. mengajarkan bahasa Melayu atau mengajar bahasa Melayu. 
mengajarkan bahasa Melayu.

Tatabahasa18.03.2013
1) Apakah perkataan yang sesuai untuk tempat kosong di bawah? Menggarisi atau menggariskan?Mengapa? Cikgu Zafarul meminta murid-muridnya _________isi-isi penting daam petikan itu. 2) Apakah perkataan yang sesuai untuk tempat kosong di bawah? Mengajar atau mengajarkan?Mengapa? Cikgu Hanisah ________ Bahasa Meayu tahun 6 sejak lima tahun yang lalu. 3) Adakah perkataan jenis perlu diletakkan selepas perkataan pelbagai atau berbagai-bagai bagi ayat di bawah? -Pelbagai-bagai jenis makanan tradisional Melayu dijual di Restoran Sutera Permai.1) Cikgu Zafarul meminta murid-muridnya menggarisi isi-isi penting daam petikan itu. Menggaris bermaksud memberi bergaris pada sesuatu, manakala menggariskan bermaksud membuat garis dengan sesuatu.
2) Cikgu Hanisah mengajarkan Bahasa Meayu tahun 6 sejak lima tahun yang lalu. Mengajarkan bermaksud 
mengajar sesuatu kepada seseorang dan mengajar bermaksud menyampaikan menyampaikan ilmu pengetahuan kepada orang lain.  
3) Pelbagai makanan tradisional Melayu dijual di Restoran Sutera Permai. Pelbagai bermaksud bagai dan jenis.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Pelajar, terbitan DBP.
Tatabahasa11.06.2013
Assalamualaikum. Bolehkah pihak DBP menggariskan beberapa gaya bahasa yang puitis seperti penggunaan diksi, metafora dan sebagainya beserta maksud serta contoh-contoh penggunaan ayat dalam sesebuah cerpen atau novel?Waalaikumsalam. Tentang penggunaan gaya bahasa puitis ini saudara bolehlah melayari laman web kami dengan melihat beberapa contoh penggunaan tersebut khususnya dalam ruangan sastera. Contoh-contoh penggunaan gaya bahasa dalam puisi, cerpen, novel dan sebagainya.Ini mungkin dapat membantu saudara. Terima kasih.Lain-lain04.01.2007
buku ini membincangkan bagaimana Islam menggariskan nilai etika dan sistem akhlak. soalan: Boleh ke pengguna 'bagaimana' di tengah ayat seperti di atas? jika tidak boleh apakah ayat yang sesuai. terima kasihKedudukan perkataan bagaimana dalam ayat tersebut adalah betul kerana selain berfungsi sebagai kata tanya, bagaimana juga membawa maksud 2. dgn cara apa, dgn jalan apa: ( Kamus Dewan Edisi keempat)Tatabahasa03.12.2018
Sy ingin bertanya tentang cadangan perkataan bagi ayat2 ini, sama ada perlu meggunakan perkataan "PERIMETER" @ "PARAMETER" : 1. Pihak Jabatan Landskap telah menggariskan keperluan asas bagi penyediaan kawasan lapang dengan pendekatan sebagai penanaman perimeter bagi setiap cadangan pembangunan. 2. Ini bermakna ruang 2 meter penanaman perimeter ini hanya disediakan untuk keperluan penanaman pokok dan keperluan aktiviti rekreasi sahaja. Sy juga ingin bertanya tentang kewujudan perkataan "KEMUDAHSAMPAIAN" (accessibility) dalam istilah b.melayu atau dalam kamus dewan terbaru. Terima kasih.1. Dalam Kamus Dewan Edisi keempat, perimeter bermaksud ukuran panjang keliling sesuatu objek, rajah satah atau kawasan. Manakala parameter bermaksud  garis-garis yang menen­tukan atau menandakan keluasan atau batasan sesuatu, keluasan yang ada batasan-batasannya.

Berdasarkan takrifan tersebut, perkataan yang sesuai ialah perimeter.

Pihak Jabatan Landskap telah menggariskan keperluan asas bagi penyediaan kawasan lapang dengan pendekatan  perimeter bagi setiap cadangan pembangunan.

Hal ini bermakna 2 meter perimeter ini hanya disediakan untuk keperluan penanaman pokok dan keperluan aktiviti rekreasi sahaja.

2. Dalam data kami, padanan bahasa Melayu bagi perkataan Accessibility ialah kebolehcapaian, ketercapaian mengikut konteks ayat.
Tatabahasa08.09.2017
Salam, apakah arahan yang sebetulnya diterima untuk arahan bagi bentuk soalan menggariskan jawapan yang betul?Adakah Garisi kata kerja (jawapan) yang betul atau Gariskan kata kerja (jawapan) yang betul?. Terima kasih. Saya ingin selaraskan untuk gaya editing bahan penerbitan kami. Terima kasih.Akhiran -kan membentuk kata kerja transitif. Kata kerja yang menerima akhiran -kan tanpa awalan wujud dalam dua jenis ayat tertentu sahaja, iaitu: ayat pasif bagi kata ganti nama orang pertama dan kedua, contohnya Rencana itu saya bukukan; dan ayat suruhan, contohnya Belikan saya sebuah buku. Ayat yang dinyatakan merupakan ayat berbentuk ayat suruhan. Maka, frasa yang tepat ialah Gariskan kata kerja yang betul. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, muka surat 185 untuk keterangan lebih lanjut.Tatabahasa25.02.2013

Kembali ke atas