Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. mencakar-cakar (dgn kuku dll), menyisir (tanah): tuan itu berhenti ~ kepalanya; 2. ki mengumpulkan harta (dgn jalan yg tidak patut dsb): tanah jajahan diperlukan utk ~ kekayaannya; menggaruk-garuk kepala ki dlm kesusahan dll; hendak ~ tidak berkuku prb ingin melakukan sesuatu tetapi tidak mempunyai alatnya; tidak ada orang ~ keluar badan prb orang biasanya berpihak (pd kaum dll) kalau timbul pergaduhan; kini gatal besok digaruk prb pertolongan yg datang terlambat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menggaruk

Peribahasa

Siapa gatal dialah menggaruk.

Bermaksud :

Siapa yang berkehendak, dialah yang harus berbuat.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mohon pencerahan beda perkataan KUIS, KAIS, KAIT dan KAIH. Mohon juga contoh ayat untuk membedakannya. Terima kasih.Kais atau mengais mempunyai tiga makna, iaitu:
1. mencakar dan menggaruk (tanah, pasir dan sebagainya) seperti ayam yang mencari makan
2. mencari (rezeki) dengan susah payah

Kaih ialah ialah versi dialek (tidak baku) untuk kata baku kais.

Kuis atau menguis mempunyai dua makna, iaitu:
1. menolak, menepis, atau menyepak sesuatu ke tepi atau ke tempat lain
2. mencakar atau menggaruk (sampah, tanah dan lain-lain) seperti ayam untuk mencari makanan 

Kait mempunyai empat makna, iaitu:
1. besi, kayu dan sebagainya yang bercangkuk di hujungnya dan dipasang pada buluh dan sebagainya untuk memetik buah-buahan dan sebagainya
2. sesuatu yang terselindung dan menyusahkan
3. berkaitan dengan kait
4. lihat makna mengait

Mengait mempunyai empat makna, iaitu:
1. memetik sesuatu dengan kait
2. menarik atau mencangkuk sesuatu dengan sesuatu yang seperti kait
3. menjalinkan benang dengan jarum kait untuk membuat (renda, baju panas dan sebagainya)
4. mengambil (keuntungan dan lain-lain) dengan cara tidak halal

Untuk maklumat lebih lanjut, silalah dapatkan Kamus Dewan Perdana (2020) di kedai-kedai buku DBP atau melalui portal DBPNiaga.my
Makna07.12.2025

Kembali ke atas