| Menggeledah atau menggeladah yang betul? Atau mana satukah yang lebih lazim dipakai? | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, menggeledah bermaksud memeriksa dengan tujuan mendapatkan sesuatu (barang curian, senjata haram, dan lain-lain), menyelongkar (rumah dan lain-lain), menggeladah. Oleh itu, menggeledah dan menggeladah adalah sama dan kedua-duanya adalah betul. Walau bagaimanapun, yang lazim dipakai ialah menggeledah. | Ejaan | 09.05.2012 |
| Kesalahan ayat- Pihak polis menggeledah badan pemuda itu yang disyaki memiliki dadah. | Perkataan yang sesuai dengan konteks ayat tersebut ialah memeriksa, bukannya menggeledah.
| Tatabahasa | 05.07.2012 |
| Apapkah yang dimaksudkan dengan 'Power of Search' mengikut istilah undang-undang ? | Kami mencadangkan "power of search" diterjemahkan sebagai "kuasa untuk menggeledah", "izin untuk mencari", atau "kebenaran untuk menyelongkar". Sekiranya frasa ini berkaitan bidang undang-undang, padanan yang paling tepat ialah Waran Geledah | Istilah | 31.10.2020 |
| Saya rasa terpanggil untuk bertanya samada perkataan Pegawai Waran atau Pegawai Waren yang seharusnya digunakan. Saya telah merujuk kepada Kamus Dewan dan mendapati hanya mendapati terjemahan perkataan Waran sahaja. Akan tetapi, Laman Web Rasmi TLDM menggunakan perkataan Waren. Persoalan saya adakah Waran dan Waren merupakan 2 perkataan yang berbeza maksudnya? Mana satu yang betul dari segi ejaan? | Waran bermaksud surat kuasa yg dikeluarkan oleh majistret, biasanya kpd pegawai polis utk membolehkannya menangkap seseorang atau menggeledah (merampas) harta, dll (rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat). Oleh itu yang betul ialah Pegawai Waran. | Makna | 07.08.2007 |