Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menggelek


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1)Mak Eton menggelek adunan kuih itu sehingga sebati.2)Sesiapa yang ditawarkan sebagai model barangan tersebut sungguh bertuaah kerana akan menikmati pendapatan yang lumayan.(ADA SALAH TAK?)

Saudara Ho,

Kedua-dua ayat yang dikemukakan betul dari aspek tatabahasanya, namun untuk ayat yang kedua lebih gramatis jika
'Sesiapa yang ditawarkan sebagai model barangan tersebut sungguh bertuah, kerana akan menikmati pendapatan  lumayan.'

Tatabahasa03.10.2012
Salam. Saya ingin meminta pandangan berkenaan terjemahan Bahasa Melayu untuk istilah 'facial roller' atau 'beauty roller' yang merujuk pada alat yang digunakan dengan kaedah menggelek pada bahagian wajah. Apakah terjemahan Bahasa Melayu yang terbaik untuk istilah tersebut? Bolehkah saya menggunakan istilah Penggelek Muka?Cadangan padanan yang sesuai ialah Penggelek Muka.Penyemakan dan penterjemahan28.04.2021
Saya ingin tahu sumber perkataan 'Canai'. Ada sumber yang mengatakan perkataan 'Roti Canai' timbul dari roti yang dibawa oleh pendatang dari Chennai, India ke Malaysia. Jika teori ini betul, adakah perkataan 'Canai' (mencanaikan) seperti digunakan dalam Bahasa Melayu yang bermaksud mengasah, timbul dari perkataan Roti Canai (Chennai) ini?

Antara maksud canai ialah menggelek (adunan kuih) supaya rata dan nipis: ~ pastri. Konsep ini digunakan untuk 'roti canai'.

Makna18.08.2009

Kembali ke atas