1. Memberhentikan mesin ATAU Menghentikan mesin? 2. Menjalankan mesin ATAU Menggerakkan mesin? Yang mana lebih tepat? | Perkataan “memberhentikan”, “menghentikan”, “menjalankan” atau “menggerakkan”, kesemuanya boleh digunakan mengikut konteks dan penggunaan dalam ayat. | Tatabahasa | 13.10.2023 |
Salam Tuan dalam talian, 1. Apakah penjodoh bilangan yang sesuai untuk patung wayang kulit? Ayat Contoh: 1. Tok dalang itu sedang menggerakkan dua keping patung wayang kulit semasa persembahannya. Sekian, terima kasih. | Tidak semua benda mempunyai penjodoh bilangan. Oleh itu, ayat yang betul ialah Tok dalang itu menggerakkan patung wayang kulit semasa persembahannya atau Tok dalang itu menggerakkan patung watak wayang kulit semasa persembahannya. | Lain-lain | 29.12.2010 |
maksud imarah | menggerakkan atau menghidupkan suasana di masjid atau surau dengan pelbagai kegiatan berfaedah, biasanya berbentuk keagamaan. | Tatabahasa | 24.11.2007 |
apakah yang dimaksudkan dengan Model Inspirasi? | Inspirasi bermaksud sesuatu yang menggerakkan hati untuk mencipta sesuatu (hasil seni dan lain-lain); atau disebut juga ilham. Oleh itu, Model Inspirasi bermaksud model yang menjadi ilham dalam penghasilan sesuatu karya. | Makna | 27.10.2010 |
(1) Yoyo Cina perlu dimainkan dengan betul. (2) Cakera yang diimbangkan akan berpusing di atas tali semasa pemain menggerakkan kayu. Kedua-dua ayat di atas merupakan ayat tunggal atau ayat majmuk? Mengapa? Terima kasih. | Kedua-dua ayat yang diberikan merupakan ayat majmuk. Ayat pertama merupakan ayat majmuk keterangan cara iaitu penggunaan perkataan "dengan". Manakala ayat kedua pula ialah ayat majmuk keterangan waktu iaitu penggunaan perkataan 'semasa". Sila rujuk buku tatabahasa Dewan muka surat 516 untuk lebih lanjut. | Tatabahasa | 13.06.2013 |
apakah permainan dam melayu | Menurut Kamus Dewan pemainan Dam merupakan sejenis permainan utk dua orang pemain, setiap pemain menggerakkan 12 buah dam mengikut peraturannya di atas papan yg berpetak-petak segi empat (spt papan catur); | Lain-lain | 05.08.2007 |
slm. Boleh tuan/puan semak ayat di bawah betul atau tidak. Burung hantu boleh memlaingkan kepalanya bagi melihat persekitaran. ke[ala burung hantu mampu berpusing dalam 270 darjah. Jadi, dengan mudah burung hantu melihat ke belakang tanpa menggerakkan tubuhnya. | Ayat yang betul ialah burung hantu boleh memalingkan kepalanya bagi melihat persekitaran. Kepada burung hantu mampu berpaling dalam 270 darjah. Sehubungan dengan itu, burung hantu mudah melihat ke belakang tanpa menggerakkan tubuhnya. | Lain-lain | 05.12.2018 |
apakah sumbangan dewan pustaka dan bahasa di Malaysia? | Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai badan pembina dan perancang bahasa, sastera dan penerbitan menyumbang bagi menggerakkan aktiviti kebahasaan, kesusasteraan dan penerbitan. Dalam usaha memperkembangkan bahasa Melayu DBP melaksanakan pelbagai program melalui fungsi pengukuhan dasar bahasa kebangsaan, pemantauan,pemupukan, penataran, pekhidmatan dan penyebaran. Pelbagai kegiatan dilaksanakan melalui fungsi-fungsi ini bagi memastikan kedudukan bahasa Melayu terus menjadi mantap sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa perpaduan negara Malaysia. | Lain-lain | 11.07.2012 |
Salam DBP, Apakah terjemahan yang paling tepat untuk perkataan "Mobile app" " | Melalui carian di internet mobile app (application) ialah aplikasi yang direka khusus untuk menggerakkan pelbagai peralatan mudah alih. Oleh itu, kami cadangkan mobile app diterjemahkan kepada aplikasi alat mudah alih | Penyemakan dan penterjemahan | 01.04.2014 |
tuan penjaga gol itu berjaya menguit bola itu keluar sekali gus berjaya menyelamatkan pasukannya. (adakah kesalahan dalam ayat ini, tuan. tq) | Menguit bermaksud menyentuh dan menggerakkan sesuatu dengan jari dan tidak sesuai untuk ayat tersebut. | Tatabahasa | 20.09.2011 |