Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.gong.gong] | مڠݢوڠݢوڠ

Definisi : 1. membawa (memegang) dgn mulut atau paruh (bkn anjing, burung, dll), menggondol: mereka mengejar seekor anjing yg lari ~ sepotong daging; 2. menyalak (anjing); spt gagak ~ telur prb perihal lelaki yg buruk atau hitam beristerikan perempuan cantik atau berkulit putih; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.gong.gong] | مڠݢوڠݢوڠ

Definisi : membawa dgn mulut; menggondol: Kucing itu ~ anaknya ke sana ke mari. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menggonggong

Peribahasa

Seperti anjing menggonggong tulang.

Bermaksud :

Orang yang tamak mendapat sesuatu barang dengan mudah. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti anjing beroleh bangkai).

 

Lihat selanjutnya...(4)

26

Great barkers are not biters

Orang yang menengking-nengking marah lazimnya tidaklah sampai mengambil tindakan atau mendatangkan kecederaan. Oleh itu kita tidak perlu takut padanya.

Anjing yang menyalak (menggonggong) tak akan menggigit

"I thought you were seriously beaten up by that burly man. I was really scared when he started shouting and threatening you. The whole block could hear him," I said. "A barking dog never bites, and this was not the first time," replied Ali calmly.

"Aku ingatkan kau teruk dibelasah oleh lelaki sasa itu. Aku takut betul apabila dia menjerit-jerit dan mengancam-ancam kau. Seluruh blok bangunan ini boleh mendengar suaranya," kataku. "Anjing yang menyalak tak akan menggigit," jawab Ali dengan tenang.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(6)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
menggonggong mempunyai berapa "g"Terdapat 5 huruf "g" dalam perkataan "menggonggong".

Untuk membantu saudara menyelesaikan persoalan ini, saudara bolehlah mendapatkan Kamus Dewan Perdana (KDP), terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). KDP merupakan kamus bahasa Melayu terbesar dan terlengkap yang dihasilkan oleh DBP. Lebih daripada 120 ribu entri dan subentri yang merangkumi kata umum, istilah, dialek dan kata bahasa serumpun. Analisis baharu berdasarkan data korpus lebih daripada 113 juta kata dalam korpus DBP, di samping penggunaan kata di Internet. Terdapat juga maklumat pemenggalan kata, ejaan Jawi, sebutan dan kelas kata. Sekitar 7000 maklumat etimologi disediakan dalam kamus ini.


Lain-lain22.03.2022

Kembali ke atas