Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.go.so/] | مڠݢوسوق

Definisi : 1. membersihkan (menggilapkan dll) dgn tangan (berus, kain, dll), menggeser-geserkan (berus, kain, dll) pd sesuatu dgn keras, menyental: sbg orang gaji kerjanya ialah memasak, mencuci pakaian dan ~ lantai; 2. menyeterika (baju dll); 3. = menggosok-gosok membangkit-bangkitkan kemarahan, menghasut: jika tiada orang yg ~ tidak mungkin ia mahu melawan; 4. menggilap (mengasah, menyerodi) permata dll; 5. ark menggesek (biola dsb); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.go.so/] | مڠݢوسوق

Definisi : 1 membuat sesuatu menjadi licin dll dgn menggunakan sesuatu; menggeserkan sesuatu pd sesuatu benda lain supaya berkilat, bersih dsb: Abu sedang ~ gigi. 2 = ~ pakaian menyeterika pakaian. 3 mengasah batu permata. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menggosok


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Dia tidak akan menjadi begitu marah jika tidak ada orang (menggosok/menggosok-gosok)nya.Jawapan yang tepat ialah menggosok-gosok.Tatabahasa23.08.2013
Tuan, Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? Setiap pagi Rizal menggosok gigi. Rizal menggosok gigi setiap pagi. Terima kasihAyat yang betul adalah seperti yang berikut:
(1) Pada setiap pagi Rizal menggosok gigi. (2) Rizal menggosok gigi pada setiap pagi.
Tatabahasa25.03.2014
Abu (menggosok/mengelap) badannya dengan tuala selepas mandi.Perkataan yang betul ialah mengelap.

Abu mengelap badannya dengan tuala selepas mandi.
Tatabahasa23.08.2013
Melvin sedang menggosok tayar kereta dengan berus manakala bapanya menyembur air sambil mengelap kereta. sama ada "manakala" dan "sambil" boleh digunakan dalam satu ayat yang sama?

Manakala dan sambil boleh digunakan dalam satu ayat yang sama. Manakala  ialah kata hubung pancangan keterangan yang berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama. Sambil pula bermaksud pekerjaan yg di­lakukan bersama-sama dengan pekerjaan yang lain.

Tatabahasa17.02.2014
Ali "sedang" menggosok gigi "pada waktu pagi".(Adakah ayat ini betul?)Sedang bermaksud ketika/masih melakukan sesuatu lagi. Ayat itu kurang tepat dan ayat yang tepat ialah "Ali menggosok gigi pada waktu pagi". Tatabahasa11.08.2011
Salam Sejahtera ! Kita mestilah menjaga kebersihan diri. Contohnya dengan menggosok gigi pada setiap hari. Soalan: Bolehkah perkataan "contohnya" digunakan pada mula ayat.

Perkataan contohnya boleh digunakan pada pangkal ayat dengan syarat mempunyai kesinambungan dengan ayat yang dinyatakan sebelum ini.

Ayat "Kita mestilah menjaga kebersihan diri. Contohnya, gosok gigi pada setiap hari” boleh digunakan.
Tatabahasa11.03.2014
Adakah ayat-ayat tersebut betul? a) Doktor gigi menasihati Natasya supaya menggosok gigi setiap kali selepas makan b) Puan Hasnah membekali suaminya nasi lemak untuk dimakan pada waktu rehat. C) Peserta-peserta yang akan menjalani kursus itu perlu sentiasa berpakaian kemas. d) Kami menghiasi gambar-gambar pemandangan pada dinding kelas.Ayat a, b dan c adalah betul. Ayat "d" adalah salah. Ayat yang betul ialah Kami menghiasi dinding kelas dengan gambar-gambar pemandangan.Tatabahasa04.10.2013
Pak Rahim (mengesat) peluh yang mengalir di dahinya semasa dia bertungkus-lumus di sawah padi. Mengapakah kita tidak boleh menggunakan "mengelap" ?
  • mengesat

    1. menyapu-nyapu atau menggosok supaya kering: budak itu menggeleng-geleng sambil ~ air matanya; ~ peluh; ~ darah; 2. bp menyapu-nyapu (menggosok) kerana membersihkan sesuatu (drpd habuk, kotoran, dll);
  • mengelap

    menyapu atau mengeringkan dgn kain lap dll, menyeka: dia berdiri seketika, kemudian ~ dahinya; tidak mengapa tumpah sedikit saya boleh lap;
  • Berdasarkan  makna yang diberikan di atas, apabila dipadankan dengan contoh ayat , menunjukkan kedua-dua kata tersebut boleh digunakan, namun yang lebih tepat dan biasa digunakan ialah mengesat.

    Makna02.10.2009
    Ini soalan latihan BM anak saya, tidak tahu hendak pilih jawapan apa? Walaupun perkara kecil tapi sungguh menggusarkan. Soalan: Sebelum tidur Asyraf akan ...... gigi. a. memberus b. menggosok c. mencuci d. membasuh Saya tidak tahu nak pilih yang mana a. ATAU b. Setelah semak dengan Pusat Rujukan Persuratan Melayu @DBP, keduanya adalah betul. Mohon jawapan. Terima kasih.Sebelum tidur Asyraf akan memberus gigi. Memberus bermaksud membersihkan dengan berus dan dalam situasi ini ialah berus gigi.Tatabahasa02.01.2012
    Mana satu ayat yang betu.. 1. Baju itu digosok oleh ibu. 2. Ibu menggosol baju itu.Kedua-duanya betul: 1. Baju itu digosok oleh ibu - ayat pasif, dan 2. Ibu menggosok baju itu - ayat aktifTatabahasa03.07.2011
    12

    Kembali ke atas