Bolehkah saya menggugurkan perkataan tahun dalam ayat atau ketika membuat perbandingan tahun. Contohnya: Pendapatan pelancong antarabangsa pada (tahun) 2014 adalah sebanyak RM72 bilion berbanding RM65.4 bilion pada (tahun) 2013. Sekian, terima kasih. | Ayat yang gramatis ialah Pendapatan pelancong antarabangsa pada tahun 2014 ialah sebanyak RM72 bilion berbanding RM65.4 bilion pada tahun 2013. | Tatabahasa | 13.06.2016 |
Salam, bolehkah nilai harga 70 sen ditulis begini? 1. Kuih-kuih yang dijual di gerai itu berharga tujuh puluh sen seketul. Atau, adakah perlu ditulis tanpa menggugurkan perkataan 'Ringgit Malaysia'? 2, Kuih-kuih yang dijual di gerai itu berharga RM0.70 seketul. Apakah alasannya? Terima kasih. | Mengikut buku Gaya Dewan, DBP menetapkan untuk menyatakan jumlah ringgit dan sen, gunakan lambang ringgit Malaysia (RM) dan eja perkataan sen. Cara penulisan yang betul adalah seperti yang berikut: (i) Kuih-kuih yang dijual di gerai itu berharga 70 sen; atau (ii) Kuih-kuih yang dijual di gerai itu berharga RM0.70. | Tatabahasa | 21.05.2014 |
Saya ingin memastikan ejaan yang tepat untuk kata terbitan' komposisi' dalam tesarus Bahasa Melayu DBP, memberikan kata ' mengkomposisi' sedangkan dalam Kamus Dewan edisi ke-4 , kata terbitannya menggugurkan pangkal huruf asal, 'mengomposisikan'. Adakah kaedah yang sama unyuk kata'kompos'? Mengompos atu mengkompos? | Ejaan yang betul ialah ‘mengomposisikan’ dan ‘mengompos’. | Ejaan | 22.01.2015 |
salam tuan, apa perbezaan antara klitik dengan sinkop. | Tuan, Dalam bidang linguistik sinkopé ditakrifkan sebagai pemendekan sesuatu kata dengan menggugurkan satu atau lebih huruf atau suku kata dari tengah-tengah kata itu, misalnya pengguguran ha dalam sahaja menjadi saja, dan id dalam tidak menjadi tak. Untuk maklumat lanjut sila rujuk makalah/buku yang berkaitan. Manakala klitik merupakan kata ganti nama singkat 'kau' dieja bercantum dengan kata yang mendahuluinya atau mengikutinya. Misalnya kauterima. | Tatabahasa | 15.02.2012 |
Salam, betulkah ayat ini jika tidak disertai kata sendi nama 'oleh'? Novel yang dibeli kakak sangat tebal. Terima kasih. | Ayat tersebut betul, ayat pasif yang diikuti oleh objeknya boleh menggugurkan kata oleh. | Tatabahasa | 30.12.2013 |
Salam, saya ingin bertanyakan 2 soalan: 1) Saya ingin mengetahui penggunaan tanda bacaan yang betul untuk gelaran yang berikut: Tokoh Murid Peringkat Negeri Pahang @ tokoh murid peringkat negeri Pahang 2) Benarkah kita perlu menggugurkan perkataan 'bendera' untuk merujuk Jalur Gemilang?contohnya mewarnakan Jalur Gemilang, mengibarkan Jalur Gemilang. Terima kasih | Ejaan yang betul ialah Tokoh Murid peringkat negeri Pahang. Jalur Gemilang nama khas bendera kita, maka tidak perlu lgi ditulis bendera Jalur Gemilang. | Tatabahasa | 01.06.2012 |
Tuan, minta lihat ayat contoh di bawah. 1. Pemuda itu datang dengan menaiki kereta api. Ayat (1) ialah ayat majmuk pancangan keterangan. Perkataan "dengan" bertugas sebagai kata hubung keterangan cara dalam ayat ini. Andai kata saya menggugurkan kata kerja "menaiki" dalam ayat keterangan "dengan menaiki kereta api", ayat akan menjadi begini: 2. Pemuda itu datang dengan kereta api. Saya hendak bertanya, adakah ayat (2) ialah ayat tunggal atau ayat majmuk pancangan keterangan? Ada orang yang mengatakan bahawa bentuk ayat (2) ialah ayat tunggal. Setelah pengguguran kata kerja "menaiki" dalam ayat keterangan digugurkan, ayat majmuk akan berubah kepada ayat tunggal. Ada hal demikiankah? Satu soalan lagi. Adakah perkataan "dengan" dalam ayat (2) bertugas sebagai kata sendi nama atau masih kata hubung keterangan cara? Bagaimanakah saya membezakan tugas "dengan" sebagai kata sendi nama dan kata hubung? | Ayat Pemuda itu datang dengan kereta api ialah ayat tunggal, kata dengan berfungsi sebagai kata sendi nama. Sila rujuk Tatabahasa Dewan berkaitan kata sendi nama dan jenis ayat. | Tatabahasa | 22.12.2014 |
maksud sinkope(pemendekkan kata) secara penuh serta kajian lalu artikel,rencana atau sebagainya yang telah dilakukan oleh pengkaji terdahulu terhadap sinkope. | Dalam bidang linguistik sinkopé ditakrifkan sebagai pemendekan sesuatu kata dengan menggugurkan satu atau lebih huruf atau suku kata dari tengah-tengah kata itu, misalnya pengguguran ha dalam sahaja menjadi saja, dan id dalam tidak menjadi tak. Untuk maklumat lanjut sila rujuk makalah/buku yang berkaitan. | Tatabahasa | 27.07.2010 |
Apakah sebabnya "oleh yang demikian" sesuai digunakan, manakala "oleh hal yang demikian" kurang sesuai digunakan? | Frasa yang betul ialah "oleh hal yang demikian", "oleh" ialah kata nama yang hadir sebelum kata nama "hal". Namun, banyak penggunaan dalam wacana menggugurkan kata nama "hal" dan beranggapan kedua-dua frasa setara. | Tatabahasa | 12.08.2014 |
Yang manakah betul? Apakah sebabnya? 1. Oleh hal yang demikian 2. Oleh yang demikian | Frasa yang betul ialah "oleh hal yang demikian" . "Oleh" ialah kata nama yang hadir sebelum kata nama "hal". Namun, banyak penggunaan dalam wacana menggugurkan kata nama "hal" dan beranggapan kedua-dua frasa setara. | Tatabahasa | 20.10.2014 |