Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
pakai
Kata Terbitan : memakai, terpakai, pakaian, berpakaian, pemakaian, sepemakaian, pemakai,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. wujud kah perkataan mengguna pakai? 2. mengguna pakai atau menggunapakai?Ejaan yang betul ialah mengguna pakai.Ejaan15.03.2023
urusniaga --> urus niaga, kuatkuasa --> kuat kuasa, menggunapakai --> mengguna pakaiurus niaga, kuat kuasa, mengguna pakaiTatabahasa10.07.2008
Perkataan-perkataan berikut adakah dieja rapat atau jarak? 1. Dipindahmilik/Memindahmilik atau Dipindah milik/Memindah milik 2. Ditandatangani/Menandatangani atau Ditanda tangani/Menanda tangani 3. Digunapakai/Menggunapakai atau Diguna pakai/Mengguna pakai Terima kasih.

Ejaan yang betul ialah: 1. Dipindah milik/Memindah milik  2. Ditandatangani/Menandatangani  3. Diguna pakai/ Mengguna pakai

Ejaan17.01.2011
Salam sejahtera. 'dari sudut' pandang 'dari segi. pendapatan merujuk kepada ungkapan di atas dalam keadaan yang macam mana kita boleh mengguna pakai 'dari sudut...' dan konteks macam mana kita boleh mengguna pakai 'dari segi...' ? terima kasih

Antara maksud sudut termasuklah pokok atau dasar pandangan (penelitian, penyelidikan, dan sebagainya),  arah pandangan, atau segi; manakala segi dikiaskan kepada pandangan terhadap sesuatu atau disebut sebagai sudut pandang. Berdasarkan huraian tersebut, frasa yang betul ialah 'dari sudut pandang'. Frasa 'dari segi' lebih kepada aspek atau bahagian yang diberikan perhatian, seperti 'dari aspek fizikal'.

Tatabahasa03.04.2011
JPA mengguna pakai perkataan 'VALUE' untuk terjemahan Teras Strategik 5 - Membudayakan NILAI (Transformasi Perkhidmatan Awam). Apakah makna dan definisi VIRTUE pula? Apakah perbezaan VIRTUE dan VALUE? Bagaimana kesesuaian untuk menggunakan VIRTUE dan VALUE?Dalam data rujukan kami, padanan bahasa Melayu bagi perkataan virtue ialah sifat murni. Puan bolehlah melayari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=virtue&d=1.Penyemakan dan penterjemahan07.04.2015
Penulisan waktu 1. Penggunaan '.' atau ':' dalam menulis waktu yang tepat? merujuk format BI mereka menggunakan ':', format BM MPM STPM juga mengguna pakai tanda ':'. 2. Adakah 2000 dan 20:00 boleh digunakan? 3. Adakah 20:00 perlu tulis malam? Terima Kasih
1. Dalam konteks dan penggunaan umum untuk penulisan waktu, satu titik (2.00) digunakan manakala dalam bidang atau penulisan wacana matematik digunakan dua titik (2:00) untuk membezakan antara waktu dengan titik perpuluhan.

2. Penggunaan yang betul 20:00 (dalam bidang matematik).

3.Tidak perlu meletakkan malam apabila menggunakan sistem 24 jam. 
Tatabahasa22.04.2020
untuk makluman kami di Kementerian dan JKM khususnya memang mengguna pakai Orang Kurang (OKU). Namun, pihak media telah membuat penyelarasan menggunakan Orang Kelainan Upaya. Justeru, pihak kami memohon nasihat daripada tuan adakah perlu kami mengeluarkan kenyataan Media berhubung perkara ini atau dari pihak DBP?Terima kasih atas makluman yang puan berikan. Berdasarkan semakan kami akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian mengguna istilah yang betul, iaitu Orang Kurang Upaya (OKU), tetapi akhbar Kosmo dan Harian Metro menggunakan istilah Orang Kelainan Upaya (OKU). rasanya tidak perlulah kenyataan Media dikeluarkan oleh pihak puan, sebaliknya DBP akan mengeluarkan surat teguran epada pihak akhbar berkenaan. Kami juga akan menyebarkan maklumat berkenaan melalui medium lain seperti jawatankuasa dengan pihak media.Istilah27.06.2014
Assalammualaikum.... Bolehkah istilah seperti direktif, kolaborasi, kolaboratif, toleransi, non-direktif dan stail digunakan dalam penulisan buku akademik? Seperkara lagi, apakah istilah yang sesuai digunakan bagi perkataan bahasa inggeris instructional scaffolding? Bolehkah saya mengguna pakai perkataan perancah pengajaran? Terima kasih atas bantuan tuanSalam sejahtera,

Tuan,

1. Berdasarkan soalan tuan, hanya perkataan non-direktif sahaja yang tiada maksud dalam data kami. Jadi, tuan boleh gunakan perkataan yang disebutkan diatas selain perkataan non-direktif dalam penulisan buku akademik.

2. Bagi instructional scaffolding, padanan scaffolding dalam bidang Pendidikan ialah sokongan. Instructional pula bermaksud  pengajaran/pendidikan/arahan. Oleh itu, kami mencadangkan sokongan pengajaran. Namun, kami berpandangan Kementerian  Pendidikan sudah ada istilahnya sendiri bagi konsep tersebut. Tuan boleh rujuk pihak KPM juga.

Untuk maklumat lanjut boleh layari http://prpm.dbp.gov.my/ .

Sekian, terima kasih.
Makna09.07.2017
Salam. Saya ingin bertanya berkenaan terjemahan terkini untuk frasa "second hand smoke" dalam Bahasa Malaysia. Saya ada terjumpa artikel dalam akhbar yang bertarikh 7 Julai 2020 yang mengguna pakai frasa "asap rokok terpakai". Adakah frasa "asap rokok sekunder" tidak boleh diguna pakai lagi?Padanan istilah tersebut masih kekal seperti yang berikut:

second hand smoke - asap sekunder

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain22.11.2021
Amal Ahmad NasarudinView Profile Actions Apr 27th, 11:35pm Amal Ahmad Nasarudin Amal Assalamualaikum, Tuan/Puan, baru-baru ni viral di FB gambar perkataan baru seperti berikut: Sarapan Kudapan Merarau Cicipan Makan malam Gabi Soalan sy, benarkah kita akan/sedang mengguna pakai penamaan baharu itu, atau ia sekadar gurauan? Terima kasihPerkataan ini telah lama diperkenalkan kepada umum sebagai pilihan kepada perkataan yang sedia ada, bukanlah penamaan baharu atau menggantikan ungkapan yang sedia ada.Tatabahasa07.05.2016
12

Kembali ke atas