bolehkah "dengan menggunakan" diguna bersama? contohnya: a) Emak memotong daging dengan menggunakan pisau. b) Emak memotong daging dengan pisau. c) Emak memotong daging menggunakan pisau. ayat manakah yang betul? | Tuan, Rangkai kata “dengan menggunakan” boleh digunakan bersama-sama kerana perkataan “dengan” dalam contoh ayat yang diberikan merupakan kata sendi yang membawa maksud memakai atau menggunakan, iaitu sebagai alat. Sehubungan dengan itu, ketiga-tiga contoh ayat betul. | Tatabahasa | 15.04.2019 |
Assalamualaikum, Bolehkah berikan contoh ayat - ayat yang menggunakan perkataan "bajik" tanpa menggunakan kata terbitannya iaitu "kebajikan"? | Wasssalam, Perkataan tersebut tiada makna dan tidak digunakan. | Tatabahasa | 26.12.2016 |
saya agak keliru dengan penggunaan kata sendi nama - dengan. merujuk tatabahasa dewan m/s 280 dengtan bermaksud memakai atau menggunakan. Oleh itu, apabila kita menggunakan dengan, kita tidak akan bubuh perkataan menggunakan selepas perkataan dengan kerana dianggap lewah. Tetapi, apabila dengan berfungsi sebagai kata hubung keterangan cara (m/s: 518) Bolehkah kita gugurkan kata kerja selepas dengan Contoh: 1. Pemuda itu datang dengan menaiki kereta api Pemuda itu datang dengan kereta api 2. Dia membunuh ular itu dengan menggunakan buluh Dia membunuh gular itu dengan buluh Selain kata sendi nama "dengan" dan "untuk", apakah kata yang juga mempunyai peranan sebagai kata sendi nama dan kata hubung? | Sekiranya ayat tersebut ayat tunggal, iaitu bukan ayat majmuk, kedua-dua boleh digunakan. Contoh: 1. Pemuda itu datang dengan menaiki kereta api 2. Pemuda itu datang dengan kereta api. Tuan, apabila perkataan "dengan" berfungsi sebagai kata hubung keterangan cara, iaitu menghubungkan 2 ayat tunggal menjadi ayat majmuk, maka kata kerja selepas perkataan "dengan" (menggunakan) tidak boleh digugurkan. Contoh: Dia membunuh ular itu dengan menggunakan buluh. ( Dia membunuh ular itu.) + (Dia menggunakan buluh.) | Tatabahasa | 27.05.2015 |
Apakah nama sukan air yang meluncur di ombak menggunakan surfboard, luncur ombak atau luncur air? Saya keliru sebab ada sesetengahnya menggunakan nama luncur ombak dan ada sesetengah yang lain pula menggunakan nama luncur air. Terima kasih. | Istilah yang betul ialah luncur air. | Istilah | 13.04.2016 |
Bolahkah saya menggunakan nama restoran dalam bahasa inggeris dan nama tersebut saya tertera dalam papan iklan restoran saya.Contoh seperti dalam lampiran.Terima kasih. | Nama restoran boleh menggunakan bahasa Inggeris kerana itu ialah nama khas. Walau bagaimanapun, keterangan tambahan di bawah nama restoran haruslah menggunakan bahasa Melayu, atau jika ingin mengekalkan bahasa Inggeris, perlu ada padanan bahasa Melayu, iaitu menggunakan dwibahasa (bahasa Melayu dan Inggeris) Di sudut kiri atas papan iklan perlu ditambah keterangan aktiviti berbahasa Melayu yang sesuai seperti RESTORAN | Lain-lain | 29.03.2017 |
Apakah cara pelafalan 'tebante' (Glosari Dialek Pahang)? Adakah menggunakan e taling atau pepet bagi kedua - dua e? | Huruf “e” pertama menggunakan e pepet, manakala huruf “e” kedua menggunakan e taling. | Tatabahasa | 23.06.2018 |
Salam, Saya ingin tahu sinonim reka. Kami ingin mengarang ayat dalam bahasa Melayu menggunakan perkataan 'designed' namun pihak atasan tidak setuju untuk menggunakan perkataan 'reka', beliau lebih suka dengan perkataan yang melambangkan 'pembinaan' tetapi tidak menggunakan perkataan 'pembinaan'. Selain itu, encik ada cadangan terjemahan "Cyberjaya designed for creator" tak? Terima kasih. | Dalam pangkalan data istilah DBP, padanan bahasa Melayu untuk "design" ialah reka bentuk. Walau bagaimanapun dalam konteks ayat bahasa Inggeris yang diberikan, "design" boleh djuga diterjemahkan kepada dibina. Contohnya: Cyberjaya yang dibina untuk pencipta atau Cyberjaya yang direka bentuk untuk pencipta. | Penyemakan dan penterjemahan | 26.08.2016 |
Salam sejahtera. Adakah perkataan video di bawah ini betul? Dia merakamkan persembahan dengan menggunakan video. Atau pun lebih sesuai ialah... Dia merakamkan persembahan dengan menggunakan alat video. Terima kasih. | Video: alat untuk merakamkan dan menayangkan filem dengan menggunakan pita video (disalurkan melalui peti televisyen); Tidak perlu menambah perkataan "alat" untuk video kerana makna video itu sendiri merupakan satu alat. | Tatabahasa | 02.01.2020 |
saya menggunakan kata2 untuk bannner iklan iaitu: "bajet ciput majlis gemilang" lulus ke tuan | Tuan, Sila buat permohonan iklan melalui laman dbpsahbahasa.my atau datang sendiri ke Kaunter Pengesahan Iklan di Menara DBP untuk mendapat pengesahan iklan. | Lain-lain | 17.04.2019 |
Adakah menggunakan perkataan 'sahaja' dan 'hanya' dalam satu ayat dianggap lewah? Contohnya, "Hanya ada satu jalan sahaja di sini." Terima kasih. | Penggunaan 'sahaja' dan 'hanya' dalam ayat "Hanya ada satu jalan sahaja di sini." pada pandangan saya tidak lewah tetapi sebagai penegasan. | Tatabahasa | 23.10.2018 |