penggunaan kata sendi "daripada" dan "dari" dan apa perbezaan diantara maksud perkataan "menghadiahkan' dengan "menghadiahi". Terima kasih. | Perkataan 'dari ' digunakan untuk waktu, arah dan tempat manakala yang selainnya 'daripada'. perbezaannya boleh dilihat pada ayat yang berikut; menghadiahkan , contohnya; Ali menghadiahkan buku kepada Ahmad,menghadiahi ; Ali menghadiahi Ahmad buku. | Tatabahasa | 14.03.2007 |
yang mana satu betul A) saya menghadiahkan sebatang pen untuk ayah saya B) saya menghadiahkan ayah saya sebatang pen Terma kasih | Ayat yang betul ialah jawapan A. Saya menghadiahkan sebatang pen untuk ayah saya. | Tatabahasa | 13.07.2009 |
saya keliru dengan penggunaan perkataan menghadiahi dan menghadiahkan. contoh ayat; ayah menghadiahi/menghadiahkan adik mainan. | Puan Zaimah, Fungsi apitan meN...kan menandakan kausatif, manakala apitan meN...i menandakan lokatif. Contoh: Ayah menghadiahkan basikal kepada Ali; Ayah menghadiahi Ali basikal. MeN...kan menerima objek tidak bernyawa, iaitu basikal, manakala meN...i menerima objek bernyawa. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 207. | Tatabahasa | 04.05.2010 |
1. Kakak menghadiahkan dua buah pasu bunga kepada ibu. Soalan : kesan dan betulkan penggunaan perkataan dalam ayat di atas. | Ayat tersebut betul. | Tatabahasa | 28.06.2016 |
Bagaimanakah penggunaan imbuhan -kan yang sebenarnya? cth : (1) Ibu menghadiahkan baju itu kepada saya. (2) Ibu menghadiahi saya baju itu. Saya bertanya tentang soalan ini kerana semasa saya belajar di sekolah menengah,penggunaan imbuhan -kan mestilah diikuti dengan kata ganti diri selepasnya. | Menghadiahkan bermaksud memberikan sesuatu sebagai hadiah kepada seseorang, contohnya ibu menghadiahkan baju itu kepada saya. Menghadiahi bermaksud memberikan hadiah kepada seseorang, contohnya ibu menghadiahi saya baju itu. Kedua-dua contoh ayat yang diberi betul. | Tatabahasa | 07.08.2010 |
Adakah bg imbuhan meN..kan,contoh dalam ayat ' menghadiahkan '..g telah digugurkan..menjadi menhadiahkan.. | Imbuhan meN ... kan bagi kata 'hadiah' ialah 'menghadiahkan'. | Ejaan | 07.10.2008 |
Aiman sangat gembira sekali kerana ayahnya telah menghadiahkan sebuah basikal untuknya. penggunaan "sekali "dalam atay ini betul atau salah. | Ayat "Aiman sangat gembira sekali kerana ayahnya telah menghadiahkan sebuah basikal untuknya" betul dan boleh digunakan. | Tatabahasa | 29.01.2013 |
apakah perbezaan menghadiahkan dan menghadiahi?terima kasih | Fungsi apitan meN-...i -kan dengan meN-...-i terbahagi tiga: (1) Fungsi apitan meN-...-kan untuk menandakan kausatif, manakala apitan meN-...-i menandakan lokatif, contohnya; a. Pak Osman menghadiahkan basikal kepada Ahmad. b. Pak Osman menghadiahi Ahmad sebuah basikal. (2) Bagi kata tertentu, perbezaan penggunaan apiatan meN-...-i adalah dari segi objek tepat yang boleh mengikutinya, iaitu apitan meN-...-kan lazimnya menerima objek tidak bernyawa dan apitan meN-...-i menerima objek bernyawa. Contohnya; a. Ali memberi kucing makanan. b. Ali memberikan makanan kepada kucing. Perkataan memberi dalam ayat (b) sebenarnya terdiri daripada kata dasar beri yang menerima apitan meN-...-i, tetapi telah digugurkan. (3) Bagi sebilangan kecil kata kerja yang menerima apitan meN-...--kan dan meN-...-i, penggunaannya saling berganti tanpa membezakan makna. Contohnya; a. Ali membaiki kereta yang rosak itu. b. Ali membaikkan kereta yang rosak itu. | Tatabahasa | 21.12.2012 |
Salam, Bagaimana bezakan penggunaan imbuhan i dan kan? misalnya menghadiahi dan menghadiahkan. Sekian, terima kasih. | Saudara, Fungsi apitan meN...kan dan meN...i menandakan kausatif dan lokatif. Contohnya: i. Pak Osman menghadiahkan sebuah basikal kepada Ahmad ii. Pak Osman menghadiahi Ahmad sebuah basikal. Yntuk keterangan lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, , halaman 207. | Tatabahasa | 28.12.2009 |
Salam tuan, Bagaimanakah cara untuk membezakan penggunaan kata imbuhan 'kan ' dan 'i' Contoh : menghadiahkan atau menghadiahi | Apitan meN-...-kan lazimnya menerima objek yang tidak bernyawa dan apitan meN-...-i menerima objek yang bernyawa. Contoh ayat: Osman menghadiahkan sebuah basikal kepada Ahmad. Osman menghadiahi Ahmad sebuah basikal. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 190. | Tatabahasa | 22.04.2013 |