Adakah ayat berikut gramatis: 1. Rosli menghalang daripada tanamannya dirosakkan kumbang perosak. 2. Dia berjaya melepaskan daripada dirinya ditahan pihak polis. | Contoh ayat yang gramatis adalah seperti yang berikut: 1. Rosli menghalang daripada tanamannya dirosakkan kumbang perosak ---> Rosli menghalang kumbang perosak daripada merosakkan tanamannya. 2. Dia berjaya melepaskan daripada dirinya ditahan pihak polis ---> Dia berjaya melepaskan dirinya daripada ditahan pihak polis. | Tatabahasa | 24.08.2018 |
Ayat utama:Minyak yang jisimnya kurang daripada air akan terapung di permukaan air dan menghalang sinaran matahari ke dasar sungai. Ayat yang kedua:Minyak yang jisimnya kurang daripada air akan terapung atas permukaan air dan menghalang sinaran matahari dari dasar sungai. Saya nak bertanyakan soalan ni manakah ayat yang betul? Sebenarnya penggunaan kata sendi nama di digunakan Arah,Tempat,dan masa.Saya ada keliru soalan ini.Mohon Tuan/Puan boleh memberi penerangan yang jelas. | Sendi nama di digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat yang tetap. Contohnya: Aku berdiri di dalam sungai sambil mencuci kain di atas sekeping batu leper. Ayat yang betul ialah: Minyak yang jisimnya kurang daripada air akan terapung di permukaan air dan menghalang sinaran matahari ke dasar sungai. | Lain-lain | 05.01.2021 |
Ibu bapa akan meluangkan masa bersama dengan anak-anak untuk menghalang mereka daripada keluar rumah. Q: Adakah ayat ini betul? | Ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak untuk menghalang mereka keluar daripada rumah. | Tatabahasa | 12.08.2012 |
penggunaan perkataan kekangan untuk menyatakan masalah ruang bagi tujuan permohonan ruang. | Kekangan bermaksud halangan/sesuatu yg mengekang (menghalang dll). Dalam konteks ayat tersebut, kekangan untuk menyatakan masalah ruang bagi tujuan permohonan ruang ialah halangan/sesuatu yang menghalang permohonan ruang itu diluluskan. | Makna | 01.04.2010 |
Five Retardant | Menghalang api (bukan kalis api) | Lain-lain | 15.07.2008 |
Kami ingin mengetahui maksud Penggalang.Adakah maksudnya ia menghalang atau menyekat? Nama Penggalang ini akan diletakan pada bot - bot laju APMM. | Tuan, Maksud penggalang menurut Kamus Dewan adalah sesuatu yang digunakan untuk menggalang atau perintang. Terima kasih | Makna | 01.07.2011 |
salam 1 Malaysia, 1. Apakah penggunaan kata 'ke lima' (dijarakkan atau dekat) dalam ayat berikut sesuai digunakan? contoh ayat : faktor yang ke lima yang menghalang pelajar datang ke sekolah adalah kerana kemiskinan. 2. apa beza murid dengan pelajar? adakah penggunaan murid/pelajar dalam ayat berikut betul: contoh ayat : pelajar di sekolah rendah lebih mudah menerima nasihat daripada murid sekolah menengah. sekian terima kasih | 1. Faktor kelima yang menghalang pelajar datang ke sekolah ialah kemiskinan. 2. Perkataan murid dan pelajar mempunyai maksud yang sama, iaitu orang atau anak yang sedang belajar atau berguru. Walau bagaimanapun, murid lazimnya digunakan untuk sekolah rendah.
| Tatabahasa | 02.03.2015 |
Salam, Soalan saya merujuk kepada ayat di bawah: "Beg udara menghalang pemandu dan penumpang daripada merempuh stereng dan papan pemuka dengan memanjangkan masa impak semasa perlanggaran." Adakah perkataan 'merempuh' sesuai digunakan? Jika tidak, apakah perkataan yang sesuai untuk menggantikannya? Terima kasih. | Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, perkataan"rempuh" membawa maksud perbuatan melanggar seseorang atau sesuatu, biasanya dengan agak kuat sehingga terbalik, cedera, rosak dan sebagainya. Oleh itu, perkataan "merempuh" dalam ayat ini boleh digunakan. | Tatabahasa | 21.02.2022 |
Apakah terjemahan yang sesuai bagi istilah "pop-up blocker" (yang menghalang tab baru daripada dibuka dalam sesuatu penyemak imbas)? | Belum ada lagi istilah untuk "pop-up blocker" dalam bahasa Melayu. Kami cadangkan dua istilah yang boleh digunakan mengikut konteks: 1. "Penghalang tetingkap timbul" sekiranya ia window 2. "Penghalang kotak timbul" sekiranya ia box
| Makna | 27.04.2014 |
Saya seorang pelajar yang menulis tentang Pendidikan Islam. saya ingin bertanya tentang penggunaan huruf kecil dan besar dalam perkataan pendidikan islam dalam ayat-ayat berikut : 1. Pusat-pusat pendidikan islam 2. Usaha-usaha untuk menghalang penyebaran pendidikan islam. | Penggunaan huruf yang betul: 1. Pusat-pusat pendidikan Islam 2. Usaha-usaha untuk menghalang penyebaran pendidikan Islam | Ejaan | 19.07.2018 |