Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.ham.bur.kan] | مڠهمبورکن

Definisi : melompatkan, mener­jun­kan: tetak tinggi diendapkan, tetak rendah dihamburkan; ~ kuda melompatkan kuda. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.ham.bur.kan] | مڠهمبورکن

Definisi : 1. menaburkan, mene­bar­kan, menyebar(kan): ia ~ pasir dlm lori ke atas tanah yg sedang ditambak; ~ jala; 2. membuang-buang, memboroskan (wang dll): kerjanya ~ wang sahaja; 3. mencurah­kan, mengeluarkan (dgn banyak): ~ air mata; ~ kata-kata mengeluarkan kata-kata dgn banyak (memarahi dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.ham.bur.kan] | مڠهمبورکن

Definisi : 1 membuang sesuatu (bunga dll) merata-rata; menyebarkan; menaburkan: Orang ramai telah ~ bunga ke kereta rombongan baginda. 2 mengeluarkan banyak-banyak; mencurahkan: Dia ~ air mata kerana sedih mengenangkan anaknya yg telah tiada. Semasa berlaku ledakan gubung berapi, magma dihamburkan ke atas bersama benda-benda lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hambur
Kata Terbitan : berhamburan, menghamburi, menghamburkan, terhambur, hamburan, penghamburan,

Peribahasa

646

Words have wings, and cannot be recalled

Fikir dahulu sebelum bercakap kerana kata yang terlepas dari mulut tidak boleh ditarik balik.

Terlangsung perahu boleh balik, terlangsung cakap tak boleh balik.

I regretted launching such a hurtful remark, but words have wings, and cannot be recalled . I faced the consequences when I was suspended from work.

Saya menyesal kerana menghamburkan kata-kata yang menyakitkan hati, tetapi terlangsung perahu boleh balik, terlangsung cakap tak boleh balik. Saya menghadapi padahnya apabila saya digantung kerja.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(4)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
menghamburkan dan menyemburkan,apa bezanya?Menghamburkan bermaksud membuang sesuatu (bunga dan lain-lain) merata-rata; sama makna dengan menyebarkan dan menaburkan. Menyemburkan bermaksud memancarkan se­suatu dari mulut. Sila layari laman web kami www.prpm.dbp.gov.my , taipkan perkataan yang diperlukan dalam ruangan CARI dan saudara akan peroleh data daripada kamus, istilah dan sebagainya.Makna31.01.2011
Ayat yang mana betul? 1. Petani (menabur/menaburkan) benih di sawah. 2. Petani (menabur / menaburkan) baja di sawah. 2. Ibu (menabur /menaburkan) beras hancur di atas tanah.Tuan,

Berdasarkan soalan, maksud menabur: 1. menghamburkan supaya ber-selerak, menyebar (benih dll): ~ benih padi; 2. (kelihatan) dgn banyaknya, ber­taburan: di pinggang perak berlapis, di dada bintang ~; 3. Pr mulai terbit buahnya (padi): padi teman sudah ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat).

Maksud menaburkan: 1. menjadikan bertabur (berselerak), menghamburkan merata-rata, menyebarkan (benih dll): Najela ~ beberapa kuntum bunga melur; Datuk Ujang ~ benih lagi; 2. sl membuang (menggugurkan, me­nyebarkan) banyak-banyak: segala ulama dan hukama ~ mas dan perak dan permata dan ratna mutu manikam kpd kaki Raja Iskandar; 3. ki menyebarkan (pendapat dll), memberikan: kesedihan tidak dapat diatasi dgn nasihat yg sudah berkali-kali ditaburkan; mereka ~ fitnah dgn tujuan utk memecahbelahkan pemimpin dan umat Islam; (Kamus Dewan Edisi Keempat).

Oleh itu, kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan.

Untuk maklumat lanjut, tuan boleh layari http://prpm.dbp.gov.my/.

Sekian, terima kasih.
Makna06.07.2017
Asalamualaikum. Saya ingin bertanya, Adakah saya menjawab soalan ini dengan betul? soalanya: Kakak menabur ikan-ikan itu dengan serbuk kunyit sebelum menggorengnyaAsalamualaikum. Saya ingin bertanya, Adakah saya menjawab soalan ini dengan betul? soalanya: Kakak menabur ikan-ikan itu dengan serbuk kunyit sebelum menggorengnya.
Perkataan"menabur" bermaksud -menghamburkan supaya berselerak; kelihatan dengan banyaknya, bertaburan dan tidak sesuai untuk perbuatan yang dilakukan kepada ikan.  Ayat yang betul ialah -Kakak mengaulkan ikan-ikan dengan serbuk kunyit sebelum menggorengnya.
Tatabahasa22.01.2014

Kembali ke atas