Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.ham.pa.kan] | مڠهمڤاکن

Definisi : 1. mengosongkan: perahu­nya itu dihampakannya dan diperbaikinya; 2. membiarkan (pulang dll) dgn tangan hampa, mengecewakan; 3. menimbulkan rasa hampa: mati yg ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.ham.pa.kan] | مڠهمڤاکن

Definisi : 1 membuat menjadi hampa; mengosongkan. 2 menyebabkan berasa hampa atau kecewa; membiarkan pulang dll dgn tangan kosong (tidak berhasil dll); mengecewa­kan: Dia meminta maaf kerana telah ~ harapan ayahnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hampa (adverba)
1. Bersinonim dengan kosong: tidak berisi, lompong, keropong, gerohong,
Berantonim dengan berisi

2. Bersinonim dengan kecewa: putus asa, putus harap, patah hati, tercanggung,

3. Bersinonim dengan sia-sia: gagal, tidak berhasil, tidak berjaya,
Berantonim dengan berjaya

4. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan bodoh, dungu, tidak berilmu,

Kata Terbitan : menghampakan, kehampaan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Keengganan beberapa orang pelajar menyertai latihan pusat bola sepak akan ____ misi pasukan sekolah untuk menjadi johan pada tahun ini. A membantutkan B menjejaskan C menggagalkan D menghampakan Munsyi, apakah jawaban yang paling sesuai dalam ayat ini. TKKeengganan beberapa orang pelajar menyertai latihan pusat bola sepak akan menjejaskan misi pasukan sekolah untuk menjadi johan pada tahun ini. Sila rujuk kamus untuk mengenal pasti perkataan yang tepat dalam konteks sesuatu ayat.Tatabahasa04.07.2012

Kembali ke atas