Ayat yang mana satu betul? 1. Menghasilkan pelbagai bentuk tangki air 2. Menghasilan tangki air pelbagai bentuk 3. Menghasilkan kepelbagaian bentuk tangki air Terima kasih | 1. Menghasilkan pelbagai bentuk tangki air. | Lain-lain | 12.10.2018 |
bagaimanakah menghasilkan karangan yang berkualiti? | Sila rujuk bahan ini : 1. Seni mengarang (penulisan karangan KBSM, popular, ilmiah : Panduan untuk pelajar, guru, mahasiswa, wartawan, editor, pekerja) Sulaiman Masri Karisma Publications 2004 . 2. Perlakuan dan proses menulis karangan bahasa Melayu Marohaini Yusoff Penerbit Universiti Malaya 2004 | Lain-lain | 29.07.2007 |
Peparit yang menghasilkan permukaan jalan berlubang, rekahan atau mendap dengan kedalaman melebihi 25 mm berbanding dengan paras pavemen sedia ada dibaiki atau ditambah dengan bahan turapan. Top-up or reinstate backfilled trench when trench develops potholes, crack or settle 25 mm below adjacent pavement level. | Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com. | Penyemakan dan penterjemahan | 02.07.2020 |
Saya ingin menghasilkan buku teknikal berkenaan catur yang merangkumi Undang-undang Catur, Garispanduan Menjayakan Pertandingan Catur, Sistem Pertandingan dan Penggunaan Program Didalam Penganjuran Catur. Kebanyakkan buku-buku reference adalah didalam bahasa Inggeris jadi saya bertujuan untuk mengolahnya kedalam Bahasa Malaysia/Melayu. Undang-undang Catur adalah sesuatu yang umum jadi, perlukah saya mendapat kebenaran dari mana-mana pihak untuk menerbitkannya untuk mengelak plagiarism. Juga, saya didalam usaha menerbitkan buku Belajar Bermain Catur kerana saya rasa tidak ada lagi buku sebegini didalam bahasa Malaysia/Melayu dan kalau ada pun, mungkin ia nya telah dicetak disekitar pertengahan 60an. Adakah DBP menyokong penerbitan buku-buku seperti ini dan apakah garis panduan yang perlu saya ikuti i.e. tebal buku (perlu kah ada minima/maksima muka surat), dan juga penggunaan bahasa kerana beberapa terma dan terjemahan perkataan tidak mungkin terdapat didalam Bahasa Malaysia/Melayu. Harap dapat penjelasan | Pihak kami mengalu-alukan hasrat Saudara untuk menulis buku tersebut. Pihak kami bersedia untuk mempertimbangkan penerbitan buku tersebut sekiranya Saudara menyerahkan manuskripnya nanti kepada DBP. Manuskrip sebaik-baiknya dihantar dalam bentuk bercetak, dan juga dalam bentuk digital. Manuskrip mesti lengkap dengan bahan awalan, bahan teks dan bahan akhiran. Bahan awalan termasuklah halaman judul manuskrip, senarai kandungan, senarai ilustrasi dan senarai jadual, jika berkenaan. Bahan akhiran termasuklah senarai rujukan dan lampiran jika ada. Ilustrasi atau contoh ilustrasi perlu disertakan jika berkenaan. Penulis juga perlu menyertakan surat penyerahan manuskrip yang rasmi dengan keterangan lengkap berkenaan penulis dan sipnosis buku. Tebal manuskrip bergantung kepada kandungan manuskrip yang Saudara tulis dan kepada siapa manuskrip tersebut ditujukan, dan tidak ada syarat khusus mengenainya. | Lain-lain | 09.07.2012 |
Saya telah menghasilkan beberapa puisi, boleh saya tahu, kat mana saya boleh hantar untuk semakan pihak DBP? | Jawapan bagi soalan saudara telahpuan dijawab. | Lain-lain | 10.05.2010 |
Saya telah menghasilkan beberapa puisi, boleh saya tahu, kat mana perlu saya hantar untuk semakan? | Dewan Bahasa dan Pustaka tidak memberikan sebarang khidmat penyemakan puisi, tetapi andainya saudara berminat untuk menghantar puisi saudara untuk diterbitakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, bolehlah saudara menghantarnya kepada Ketua, Bahagian Majalah, Dewan Bahasa dan Pustaka, 50926 Kuala Lumpur. Sekiranya kumpulan puisi hantarkan kepada Ketua, Bahagian Penerbitan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, 50926 Kuala Lumpur. | Lain-lain | 10.05.2010 |
Syarikat kami menghasilkan mentega dan lepa susu. Pegawai daripada pejabat kesihatan memberitahu kami bahawa perkatan 'lepa susu' tidak sesuai digunakan dalam label sebab sumber bahan mentah bukannya semua daripada haiwan. Kami ingin tahu apa lagi perkataan yang sesuai digunakan untuk menggantikan istilah 'lepa susu istimewa' yang dapat menterjemahkan perkataan ' luxury spread'. Harap pihak tuan dapat menolong kami untuk mendapat jawapan. Sekian, terima kasih. | Cadangan kami ialah sapuan istimewa. | Istilah | 12.09.2008 |
Bagaimanakah hendak menghasilkan penulisan bahasa melayu yang bermutu? Saya mencari penyelesaian ini kerana saya sedang membina sebuah laman web dalam bahasa melayu, kami tidak mempunyai penulis yang mahir berbahasa melayu, bagaimanakah DBP dapat membantu dalam konteks ini? Mungkin DBP ada menawarkan servis yang dapat membantu kami. Sekian, terima kasih. | DBP tiada menawarkan kursus penulisan secara intensif dalam bidang penulisan massa. DBP hanya memberi kursus penulisan dokumen rasmi seperti surat dan kertas kerja. Selain itu, DBP ada memberi kursus penataran bahasa Melayu. DBP boleh memberikan khidmat bimbingan dan penyemakan teks yang disediakan oleh tuan bagi meningkatkan mutu bahasa Melayu. Sila berhubung dengan Unit Latihan DBP untuk mendapat maklumat lanjut. | Lain-lain | 21.09.2007 |
Bagaimana hendak memohon untuk menghasilkan sebuah buku? | Untuk menghasilkan karya asli, tidak perlu membuat permohonan. Bagaimanapun, eloklah berbincang dengan penerbit yang dipilih tentang topik yang hendak ditulis agar penulisan buku itu dapat dipantau skop dan mutunya. | Lain-lain | 20.12.2007 |
Salam sejahtera, Bagaimana untuk menghasilkan penulisan puisi yang berunsurkan ketuhanan dengan menepati ciri-ciri penulisan yang baik? | Salam sejahtera, Bagaimana untuk menghasilkan penulisan puisi yang berunsurkan ketuhanan dengan menepati ciri-ciri penulisan yang baik? Secara umumnya, puisi ketuhanan yang baik mempunyai ciri menunjukkan kekuasaan Tuhan, mempunyai kaitan rapat dengan ciri ketuhanan, mengagungkan ciri ketuhanan, dan memaparkan diksi yang menunjukkan sifat Tuhan seperti rahmat dan kasih sayang. Sebagai contoh puisi ketuhanan boleh menggunakan simbolik sajak daripada alam, peristiwa sejarah, kehidupan sehari-hari dan bentuk peribadatan. seperti anggur dan cawan, alam tumbuhan dan haiwan, kosmologi dan antropologi dan sumber cahaya, misalnya matahari, bulan, lampu, pelita dan api. Sekiranya puan memerlukan maklumat bolehlah berhubung dengan Encik Shahrun Nizal bin Mohd Nor melalui talian 03-21479203 atau e-mel shanrun@dbp.gov.my. | Sastera | 27.12.2013 |