Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.ha.ya.ti] | مڠحياتي

Definisi : mengalami dan merasai (dlm batin), meresapkan ke dlm jiwa: matlamat akhirnya ialah utk ~ nilai-nilai akhlak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.ha.ya.ti] | مڠحياتي

Definisi : mengalami dan merasai sesuatu dlm batin: Dia sedang ~ cerita yg dibacanya itu (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hayat
Kata Terbitan : menghayati, penghayatan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
cara-cara untuk menghayati dan menikmati puisiRajin membaca, menghayati serta hadir pada program baca puisi yang dijalankan. Salam.Lain-lain13.07.2008
Para pelancong akan dapat menghayati keindahan sungai Sarawak apabila melawat negeri Bumi Kenyalang itu. munsyi, adakah ayat ini gramatis? adakah melawat ke digunakan? TQAyat yang gramatis ialah Para pelancong akan dapat menghayati keindahan sungai Sarawak apabila melawat ke negeri Bumi Kenyalang. Hal yang sebenarnya bukanlah melawat perlu diikuti dengan kata "ke" atau tidak tetapi kata sendi "ke" perlu digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah.Tatabahasa11.03.2012
apakah maksud perkataan penghayatan? bagaimanakah kita boleh menunjukkan penghayatan? apakah perkataan bahasa inggeris yang sinonim dengan perkataan penghayatan ? terima kasihPenghayatan bermaksud perihal menghayati, perihal mengalami dan merasai dalam batin. Sila jelaskan apakah yang saudara maksudkan dengan cara untuk menunjukkan penghayatan? Perkataan bahasa Inggeris yang boleh membawa maksud menghayati ialah "feel" atau "appreciate".Makna22.07.2009
Salam sejahtera. Adakah frasa berikut betul atau salah? 1. menikmati keriangan berkelah 2. menghayati masa keriangan bersama-sama. Yang mana satukah betul? 1. Kami(subjek) tiba(kata kerja) di destinasi(frasa keterangan tempat) kira-kira pukul sembilan pagi(frasa keterangan masa) ATAU 2. Kami(subjek) tiba di destinasi(frasa kata kerja) kira-kira pukul sembilan pagi(frasa keterangan masa) Sekiranya salah, apakah frasa yang betul? Terima kasih:)1. Frasa yang betul ialah "menikmati keriangan perkelahan" dan "menghayati masa riang bersama-sama".

2. Kami (frasa nama) tiba di destinasi (frasa kerja) kira-kira pukul sembilan pagi (frasa keterangan). Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, dalam tajuk Proses Penerbitan Ayat, muka surat 531 -581.
Tatabahasa15.05.2024
saya cuba cari erti dan ejaan yg tepat bagi perkataan ini:mentadabbur . tetapi tidak dijumpai melalui PPRM. mhn bantuan ejaan yg tepat. t.kasihPerkataan “tadabbur” merupakan perkataan Arab yang bermaksud menghayati maksud ayat-ayat al-Quran untuk memahaminya. Oleh itu, dalam bahasa Melayu, “menghayati maksud ayat-ayat al-Quran untuk memahaminya” yang digunakan bagi mengungkapkan maksud yang berkenaan.Istilah15.09.2020
pelajar dapat menajamkan minda mereka sehingga dapat menghayati pengalaman yang diibaratkan bahtera yang saujana mata memandang munsyi, adakah ayat ini gramatis digunakan dalam karangan . TKAyat tersebut tidak gramatis. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, lihat tajuk pembentukan kata dan pembentukan ayat serta rujuk juga kamus Dewan untuk melihat aspek semantik perkataan yang digunakan.Tatabahasa29.04.2012
Salam sejahtera. Adakah frasa berikut betul atau salah? 1. menikmati keriangan berkelah 2. menghayati masa keriangan bersama-sama Sekiranya salah, apakah frasa yang betul? Terima kasih:)Frasa yang diberikan betul dan boleh digunakan mengikut konteks yang bersesuaian.
Tatabahasa14.05.2024
cam ne nak buat sajak sy teringin nak memahami maksud sajak yang berbahasa kiasan penuh dengan pesonafikasiAssalamualaikum wbk. Sdr. dicadangkan merujuk dan menghayati buku Panduan Menulis Sajak (terbitan DBP) karya Rahman Shaari. Dalam hal ini juga, sdr. digalakkan membaca puisi karya penulis lain terutama karya yang memenangi hadiah sastera, rajin mengikuti bengkel penulisan puisi serta banyakkan berkarya. Mudah-mudahan sdr. akan berjaya menjadi penulis/penyair yang baik. Sekian, teriama kasih.  Lain-lain11.10.2008
soalan kefahaman Pemikiran sasterawan negara yang terungkap dalam karya sastera menyentuh pelbagai aspek kehidupan akan banyak memberikan kesedaran kepada orang ramai sekirannya mereka membaca,memahami dn menghayati pemikiran tersebut untuk dimanfaatkan dalam kehidupan masyarakat majmuk di malaysia. Sejauhmanakah anda bersetuju dengan pernyataan tersebut? Bagaimanakah jawab soalan ini??Bagi menjawab pertanyaan tersebut, tuan perlu menyatakan persetujuan terhadap pernyataan yang dikemukakan dengan bukti-bukti persoalan tersebut. Tuan perlu mengupas berkenaan pemikiran sasterawan Negara melalui karya yang dihasilkan. Persetujuan tuan perlu berkaitan dengan kehidupan masyarakat majmuk. Tuan perlu banyak membaca karya sasterawan Negara dan mencari kekuatan hasil sastera untuk memberi kesedaran kepada pembaca.Tatabahasa25.10.2013
Buku cerita peribahasa kanak-kanak sesuai untuk bacaan usia berapa dan mengapa pada usia tersebut sesuai? kerana terdapat kajian menyatakan buku cerita peribahasa sesuai untuk kanak-kanak berusia 7 hingga 12 tahun kerana pada peringkat usia ini mereka lebih berupaya memahami dan menghayati cerita yang mengandungi unsur peribahasa. Saya mencari dapatan pandangan ini.

Untuk makluman, soalan yang dikemukakan kurang jelas. Sehubungan dengan itu, tuan boleh menghubungi pegawai Bahagian Buku Kanak-kanak dan Remaja bagi mendapatkan penjelasan lebih lanjut melalui talian utama DBP, iaitu 03-2147 9000.

Sastera07.01.2025
12

Kembali ke atas