Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.hen.ti.kan] | مڠهنتيکن

Definisi : , memperhenti­kan mem­ber­henti­kan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.hen.ti.kan] | مڠهنتيکن

Definisi : menjadikan berhenti; memberhentikan: ~ segala perbuatan jahat dan keji. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
henti
Kata Terbitan : berhenti, memberhentikan, menghentikan, pemberhentian, perhentian,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
"Emak kata pergi!" jeritan bak halilintar itu menghentikan lamunan Razak. @ "Emak kata pergi!" Jeritan bak halilintar itu menghentikan lamunan Razak."Emak kata pergi," jeritan bak halilintar itu menghentikan lamunan Razak. Tidak ada kata seru dalam ayat tersebut untuk memasukkan tanda seru. Kami cadangkan puan dapatkan buku Gaya Dewan, terbitan DBP sebagai panduan untuk menulis tanda baca yang betul dalam penulisan.Ejaan13.10.2011
1. Memberhentikan mesin ATAU Menghentikan mesin? 2. Menjalankan mesin ATAU Menggerakkan mesin? Yang mana lebih tepat?

Perkataan “memberhentikan”, “menghentikan”, “menjalankan” atau “menggerakkan”, kesemuanya boleh digunakan mengikut konteks dan penggunaan dalam ayat.

Tatabahasa13.10.2023
Saya ingin menanya apakah perkataan yang sesuai untuk ayat dibawah iaitu "menghentikan" atau "memberhentikan". Berikut adalah ayat tersebut: Jika anda tidak ingin meneruskan penyertaan selepas andamenghentikan rawatan, anda harus terus berjumpa dengan doktor anda secara tetap, kerana virus Hepatitis B boleh “meradang” ke paras yang tinggi dan menyebabkan kerosakan kepada hati anda dalam minggu-minggu selepas menghentikan terapi. Bolehkah tuan menjelaskan makna setiap perkataan tersebut.Menurut Kamus Dewan memberhentikan bermaksud 1. menjadikan (menyebabkan) berhenti, membiarkan berhenti. 2. mengakhiri, menyudahi, menamatkan. 3. memecat, melepaskan seseorang drpd pekerjaan (jawatan dll): guru itu sudah diberhentikan. Memberhentikan juga bermakna menghentikan.Makna02.11.2007
POROGUEMEMPROROG - PERBUATAN MENGHENTIKAN SESUATU PENGGAL PARLIMEN BAGI MEMINDAHKAN PENGGAL TERSEBUT DENGAN PENGGAL YANG BERIKUTNYA.Istilah27.01.2011
Adakah dewan bahasa telah menghentikan peraduan-peraduan mengarang yang boleh disertai orang awam? Jika belum bagaimana saya boleh mendapatkan senarai peraduan dan syarat yang dikenakan?

DBP masih menganjurkan pertandingan/peraduan sebagai sebahagian daripada usaha DBP memupuk bakat penulis muda. Setiap pertandingan akan kami uar-uarkan dalam laman web kami.

 

Lain-lain31.01.2011
Cikgu DBP, tolong semak ayat di bawah yang manakah betul. 1. Jangan hentikan perjuangan saya. 2. Jangan menghentikan perjuangan saya. Ayat (1) adalah betul, kan? Saya hendak pengesahan DBP bagi menambah keyakinan saya dalam ayat ini. Tolong sertakan penerangan juga. Ucapan terima kasih saya ucapkan.Jangan hentikan perjuangan saya. kata perintah dengan imbuhan -kan, untuk maklumat lanjut rujuk buku Tatabahasa Dewan halaman 183 dan 256.Tatabahasa29.05.2014
pengusaha restoran itu dikehendaki -------------- daripada berniaga berhampiran longkang yang tersumbat itu. apakah jawapan yg paling sesuai.. memberhentikan atau menghentikan..Perkataan yang paling tepat ialah "berhenti". Pengusaha restoran itu dikehendaki berhenti daripada berniaga berhampiran longkang yang tersumbat itu.Tatabahasa28.10.2013
Salam, Apakah terjemahan tepat bagi istilah bahasa Inggeris "social media hiatus" atau "Internet hiatus"? Ini adalah merujuk kepada amalan menghentikan penggunaan media sosial atau Internet buat seketika bagi tujuan kesihatan emosi dan mental atau untuk memperbaiki urusan waktu sendiri, sebelum kembali kepadanya setelah beberapa lama. Adakah "kerumpangan media sosial" atau "kerumpangan Internet" boleh digunakan? Terima kasih.Padanan bahasa Melayu untuk perkataan "social media hiatus" dan “Internet hiatus” ialah  rumpang media sosial dan rumpang Internet. Walau bagaimanapun, padanan perkataan bergantung pada konteks dan penggunaan ayat.Makna19.02.2021
Pilih satu jawapan yang betul. Guru Besar terpaksa ----- persatuan seni kerana jumlah anggotanya terlalu sedikit. A membatalkan B membubarkanDalam konteks ayat tersebut, membubarkan lebih tepat kerana salah satu daripada maksud membubarkan menurut Kamus Dewan ialah menghentikan atau menamatkan sesuatu.Lain-lain28.06.2015
1)Apakah perbezaan perkataan dengan imbuhan mem...kan dan imbuhan mem sahaja? Contohnya, memberi dan memberikan. 2)bagaimanakah kita hendak membezakan sama ada perkataan itu dieja dengan '-' atau tidak. Contohnya sampah sarap @ sampah-sarap, rempah ratus @ rempah-ratus 3)yang mana satu betul ? Menghentikan @ memberhentikan? Jikalau kedua-duanya betul, apakah perbezaannya?Awalan mem- ialah salah satu daripada alomorf meN-, iaitu kata kerja yang mendukung maksud melakukan sesuatu. Penggunaan kata kerja dengan awalan meN- boleh menerbitkan dua makna, iaitu sama ada melakukan perbuatan seperti mengarang dan mengaum; serta menyatakan keadaan seperti seperti membujang dan memanjang. Lihat buku Tatabahasa Dewan, halaman 151 - 161. Manakala kata kerja yang terbentuk dengan apitan meN-...-kan menghasilkan kata kerja transitif dengan maksud membuat sesuatu yang terkandung dalam kata kerja dasar seperti ... merundingkan Projek Ikhtiar; maksud kausatif atau menyebabkan seperti ... membesarkan rumah; dan maksud benefaktif atau manfaat seperti ... membelikan adik buku. Lihat buku Tatabahasa Dewan, halaman 191 - 197.Tatabahasa28.10.2014
12

Kembali ke atas