Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.hi.dap] | مڠهيدڤ

Definisi : , menghidapi menang­gung sesuatu penyakit dgn lama: ~ penyakit tibi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.hi.dap] | مڠهيدڤ

Definisi : menanggung atau menderita sesuatu penyakit yg tidak mudah sembuh; selalu saja sakit: Sudah berapa lama kamu ~ penyakit ini? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menghidap

Peribahasa

Bagai ayam dimakan (= kena) tungau.

Bermaksud :

Pucat dan kuning kerana menghidap penyakit; sangat gelisah kelakuannya.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan/Puan. Bagaimanakah kita dapat membezakan perkataan 'menghidap' dan 'menghidapi'. Berdasarkan takrif yang diberikan secara online, menghidapi ialah menang­gung sesuatu penyakit dgn lama(kamus dewan) manakala menghidap ialah menanggung atau menderita sesuatu penyakit yg tidak mudah sembuh(kamus pelajar). Terima kasih.Perkataan menghidap dan menghidapi sama sahaja maksud, namun perkataan menghidap lebih banyak digunakan berbanding dengan menghidapi.Tatabahasa17.03.2014
Dia tidak hadir ke majlis itu kerana menghidap selesema. Dia tidak hadir ke majlis itu kerana menghidapi selesema. Dia tidak hadir ke majlis itu kerana mengalami selesema. Yang mana betul. Menghidap selesema, menghidapi selesema, mengalami selesema?Cadangan jawapan yang sesuai ialah menghidap selesema dan mengalami selesema.Tatabahasa01.09.2021
Yang mana satu betul: "Dia menghidap penyakit HIV" atau "Dia menghidap HIV"? Bolehkah kita menggunakan kedua-duanya? Terima kasih.Kedua-duanya boleh digunakan.Tatabahasa07.03.2010
Menghidap penyakit atau menghidapi penyakit? Adakah kedua-dua penggunaan tepat? Mohon pencerahan

Kedua-dua perkataan “menghidap penyakit” dan “menghidapi penyakit” adalah betul.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 765.

Tatabahasa06.10.2024
1. Ali menghidap ( penyakit , sakit) jantung berlubang. yang manakah betul, adakah kedua-dua juga betul digunakan? terima kasihJawapan yang betul ialah Ali menghidap penyakit  jantung berlubang.Lain-lain26.05.2010
1.apakah perbezaan antara menghidap dengan mengidap? 2. sila terangkan penggunaan kata di antara dan antara 3. mana yang betul 'oleh sebab itu ' atau 'oleh kerana itu'

1. Kata terbitan yang betul ialah menghidap (tidak ada kata mengidap)

2. Kata sendi nama "antara" hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang tidak mempunyai ruang atau jarak, manakala frasa "di antara" hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang mempunyai ruang atau jarak.

3. Penggunaan yang betul ialah "oleh sebab itu". Kata sendi nama "oleh" mesti diikuti oleh kata nama atau frasa nama sedangkan kerana bukan kata nama tetapi kata hubung keterangan. Frasa "oleh kerana itu" untuk menunjukkan hubungan yang membawa maksud sebab merupakan penggunaan salah, bentuk yang betul ialah "oleh sebab itu".

Tatabahasa17.09.2011
....telah disahkan menghidap jangkitan penyakit Chicken Pox (Varicella) oleh pegawai perubatan dari Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Labuan. Untuk ayat di atas, pegawai perubatan perlu huruf besar atau kecil ye?

Berdasarkan contoh teks “....telah disahkan menghidap jangkitan penyakit Chicken Pox (Varicella) oleh pegawai perubatan dari Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Labuan”, ejaan “pegawai perubatan” ditulis menggunakan huruf kecil.

Tatabahasa09.11.2023
kebanyakan pesakit yang mengidap penyakit demam denggi berdarah telah ditematkan di unit rawatan rapi di hospital bekenaan. soalannya adakah benar penggunaan perkataan 'menghidap' atau guna perkataan 'mengidap'. apakah beza pengunaan kedua-dua perkataan tersebut.Kata terbitan yang betul ialah menghidap (tidak ada kata mengidap).Tatabahasa04.11.2013
Pesakit telah didiagnosis menghidap penyakit Left Below Knee Amputation Secondary to Infected DFU oleh Pakar Perubatan dari Hospital Kepala Batas. SOALAN: 1. Adakah penggunaan perkataan DIDIAGNOSIS dalam ayat tersebut bersesuaian? 2. Sila betulkan mana-mana perkataan yang salah dalam ayat tersebut. TERIMA KASIH.

1.     1. Penggunaan perkataan didiagnosis bersesuaian dengan konteks penggunaan dalam ayat yang diberikan.

 

2.    2. Ayat tersebut telah ditambah baik seperti yang berikut:

 “Pesakit telah didiagnosis menghidap penyakit Left Below Knee Amputation Secondary to Infected DFU oleh pakar perubatan dari   Hospital Kepala Batas.”

 Untuk maklumat lanjut, sila rujuk:

(i)   Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 524 dan 1586.

(ii)  Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, (DBP, 2008), halaman 322.

Tatabahasa27.11.2024
Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan Ilat?? Anggota kerja tersebut telah disahkan mengidap keilatan oleh Pakar Perubatan? Adakah penggunaan perkataan 'mengidap keilatan' betul?Ilat bermaksud tidak dapat bekerja lagi kerana kecacatan anggota badan akibat kemalangan dan sebagainya. Menghidap bermaksud menanggung sesuatu penyakit. Frasa menghidap keilatan kurang tepat, sebaliknya mendapat keilatan lebih sesuai digunakan.Tatabahasa06.12.2012
123

Kembali ke atas