Bagaimana cara yang mudah untuk menyemak makna sesuatu perkataan? Sekiranya seseorang hanya mereka makna sesuatu perkataan itu, adakah dia telah menghina Bahasa Malaysia | Untuk menyemak makna sesuatu perkataan ada pelbagai kaedah antaranya melalui kamus. Walau bagaimanapun kamus ini hanya merakan apa yang didapati sahaja. Tidak menjadi satu kesalahan jika seseorang mencipta sesuatu perkataan atau istilah tertentu asalkan membawa kepada konsep tertentu yang jelas. | Lain-lain | 23.07.2007 |
Ayat berikut yang manakah betul. I Kalau ada mada yang lega saya ingin berkunjung ke rumahnya. II Hamdan berasa lega setelah selesai menduduki UPSR. III Dapur rumah saya lega kerana baru di sambung. I Surihani lebih tinggi daripada Shafiqah. II Kita jangan sekali menghina orang yang miskin. III Kehijauan pepohon itu menyegarkan pandangan. | Semua ayat dikemukakan betul kecuali dua yang telah dibetulkan seperti yang berikut: I Kalau ada masa yang lega saya ingin berkunjung ke rumahnya. III Dapur rumah saya lega kerana baharu diubah suai. II Kita jangan sekali-kali menghina orang yang miskin. Sila rujuk Kamus Dewan, Edisi Ketiga, DBP untuk makna setiap perkataan. | Tatabahasa | 15.07.2014 |
CONTOH NILAI MURNI DALAM PANTUN MELAYU. HURAIKAN TENTANG GAYA BAHASA DALAM CERPEN? | Nilai-nilai murni dalam pantun secara umumnya ialah nilai-nilai baik yang boleh dijadi panduan. Contoh nilai murni dalam pantun di bawah: Baju Melayu butangnya lima, Datangnya asal di Teluk Belanga; Jangan tuan suka menghina, Kita sama-sama hidup di dunia.
Dalam pantun di atas, nilai murni dapat dilihat dalam bahagian maksud pantun, iaitu baris ketiga dan keempat yang mengingkat kita tentang perbuatan menghina sesama sendiri yang tidak membawa manfaat dengan ingat kita hanya manusia biasa yang tertu sahaja ada melakukan kesalahan. Gaya atau gaya bahasa dikenal dalam ilmu retori dengan istilah style. kata style adalah kata yang diambil dari kata Latin, iaitu stilus. Secara umum untuk meneliti gaya bahasa dalam sesebuah cerpen dalam dilihat daripada pemilihan diksi atau pemilihan kata yang boleh pula dibahagian kepada beberapa ciri seperti klimaks, antiklimaks, paralisme, antitesis repetisi dan sebagai. Cadangan sila rujuk buku gaya bahasa. sekian, terima kasih.
| Lain-lain | 08.01.2009 |
Saya tidak dapat membezakan penggunaan imbuhan "meN- kan". Kadang-kadang imbuhan ini mesti diikuti dengan 'orang' dan pada masa yang lain diikuti dengan kata kerja, kata nama. contoh 1: Emak membuatkan ayah secawan kopi. contoh 2: Hakim menjatuhkan hukuman penjara terhadap orang kaya yang menghina mahkamah itu | Empat golongan kata utama iaitu kata nama, kata adjektif, kata kerja dan kata tugas boleh menerima apitan men-...kan untuk membentuk kata kerja transitif. Dalam hal ini sdr perlu membezakan antara keempat-empat golongan kata tadi dan apakah golongan kata ini boleh bergabung dengan men-...kan. Untuk mendapatkan keterangan lanjut sdr bolehlah merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga pada halaman 190-196. Terima kasih. | Lain-lain | 30.10.2008 |
Adakah suatu istilah lain yang dapat digunakan bagi merujuk "bible" selain daripada Injil? Ini kerana, Injil merupakan sebuah kitab yang diturunkan Allah kepada Isa alaihis salam, sedangkan "bible" adalah suatu rekaan manusia yang terang-terangan bukan wahyu Allah subhanahu wataala. Pada pendapat saya, menyatakan "bible" sebagai Injil merupakan suatu pendustaan dan menghina ajaran Islam. | Buku istilah DBP menterjemahkan bible menjadi Injil dalam bahasa Melayu, hal ini sememangnya membawa kepada perbincangan yang lebih lanjut di kalangan sesetengah pihak dan pihak DBP mengambil maklum perkara ini, terima kasih. | Lain-lain | 21.10.2008 |
1. Apa beza nista dengan celaan, terutamanya dari segi penggunaannya dalam konteks yg berlainan? Sila sertakan contoh. 2. Apa singkatan yang terkini bagi (sebelum Masehi) dan (Masehi), ada yg tulis SM dan M, dan ada pula yang tulis S.M. dan M. Mana yg terkini? | Kamus Pelajar Edisi Kedua mendefinisikan nista sebagai kata-kata yang bertujuan menghina; cercaan; makian: Segala macam nista dan umpat dihamburkan kepada pemuda itu. 2 hina sekali; keji: kata-kata ~ kata-kata yg keji; perbuatan ~ perbuatan yang keji. 3 rasa malu; aib. Manakala celaan bermaksud ejekan yang keras; kata-kata yg kesat; kecaman. Singkatan Sebelum Masihi ditulis sebagai SM | Tatabahasa | 11.08.2016 |
Selamat sejahtera. Saya hendak bertanya, apa cara yang betul untuk menulis dialog yang dipetik dalam dialog? Contohnya: "Farah kata "Aku tak mahu lagi dah kena uji macam ni!" pada aku semalam." Adakah contoh ini betul? Kalau salah, macam mana cara yang tepat untuk menulisnya? Terima kasih. | Penggunaan tanda petik pada contoh ayat yang diberikan tidak betul. Tanda petik tunggal (‘ ’) digunakan dalam ungkapan atau ayat yang sudah diapit tanda petik (“ ”). Contoh: “Aku tahu engkau menghina aku apabila kau kata, ‘kerja itu sesiapa pun boleh buat’ semasa makan tengah hari tadi.” Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi Keempat (DBP, 2023), halaman 125 – 126. | Lain-lain | 28.09.2023 |
Adakah DBP kini ambil sikap lepas tangan dgn penggunaan BM yg 'entah apa2'? Sakit betul telinga bila radio dan TV gunakan perkataan 'diorang' dan 'kitaorang' secara berleluasa. Bayangkan penggunaan dialog 'kitaorang dgn diorang best giler'. Dulu dituturkan dlm program2 drama saja (anehnya drama dari syarikat penerbitan bukan Melayu dgn pelakun2 utama bukan Melayu seringkali lebih prihatin untuk gunakan perkataan 'mereka' dan 'kami'). Tapi kini program bual-bicara yg sepatutnya lebih bersifat akademik juga gunakan istilah itu. Apalagi program bersifat santai spt 'mad market' dan 'supper' di TV9. Rasanya TV9 memang jaguh dgn penggunaan BM semberono. Saya ingin cadangkan supaya DBP adakan anugerah tahunan bagi penggunaan BM terbaik utk stesen TV dan radio. Sebagai permulaan mungkin dalam dua kategori iaitu drama dan bual-bicara. Selain itu boleh juga umumkan stesen yg 'paling menghina BM'. TOLONG......TOLONG DBP. HENTIKAN PROGRAM BULAN BAHASA KEBANGSAAN NI. KEMPEN NI CUMA LAYAK MASA AWAL2 MERDEKA DULU. TAPI SELEPAS LEBIH LIMA DEKAD MERDEKA, KEMPEN INI BAGAI SATU PENGHINAAN PADA BAHASA UTAMA (kononnya) NEGARA INI APALAGI MENTERI2 PUN NAMPAK LEBIH SERONOK BERBAHASA PENJAJAH.... | Terima kasih atas makluman dan komitmen tuan dalam usaha memartabatkan bahasa kebangsaan. Kami juga mengambil maklum cadangan tuan mewujudkan semula pengiktirafan kepada pihak media yang sama-sama berusaha memartabatkan bahasa kebangsaan. Untuk makluman tuan juga, Bulan Bahasa Kebangsaan akan terus dilaksanakan kerana peri pentingnya mempersegar semangat kecintaan masyarakat terhadap bahasa kebangsaan dan memperkukuh keyakinan terhadap keupayaan bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu, bahasa komunikasi dan wahana perpaduan. | Lain-lain | 29.10.2014 |
Salmiyah Umar Adakah DBP kini ambil sikap lepas tangan dgn penggunaan BM yg 'entah apa2'? Sakit betul telinga bila radio dan TV gunakan perkataan 'diorang' dan 'kitaorang' secara berleluasa. Bayangkan penggunaan dialog 'kitaorang dgn diorang best giler'. Dulu dituturkan dlm program2 drama saja (anehnya drama dari syarikat penerbitan bukan Melayu dgn pelakun2 utama bukan Melayu seringkali lebih prihatin untuk gunakan perkataan 'mereka' dan 'kami'). Tapi kini program bual-bicara yg sepatutnya lebih bersifat akademik juga gunakan istilah itu. Apalagi program bersifat santai spt 'mad market' dan 'supper' di TV9. Rasanya TV9 memang jaguh dgn penggunaan BM semberono. Saya ingin cadangkan supaya DBP adakan anugerah tahunan bagi penggunaan BM terbaik utk stesen TV dan radio. Sebagai permulaan mungkin dalam dua kategori iaitu drama dan bual-bicara. Selain itu boleh juga umumkan stesen yg 'paling menghina BM'. | Terima kasih atas maklumat yang diberikan. Untuk makluman tuan, DBP sememangnya memantu penggunaan bahasa dalam media elektronik. Kami bersetuju dengan pendapat tuan, ada rancangan televisyen yang cenderung menggunakan bahasa pasar atau bahasa rojak terutamanya rancangan berbentuk hiburan dan santai. Melalui kerjasama DBP dengan pihak media, kami berusaha untuk memperbaik mutu rancangan dan seterusnya memartabatkan bahasa Melayuyang menjadi citra kebangsaan. | Lain-lain | 21.04.2014 |