Apakah perbezaan maksud antara 'menghindari' dengan 'menghindarkan'? Adakah ayat ini betul jika digunakan~Saya dapat menghindari diri daripada perbuatan yang mampu merosakkan masa depan saya. | Menghindari bermaksud menjauhkan diri daripada seperti ayat saya berusaha menghindarinya: dan menghindarkan bermaksud mengelakkan daripada seperti ayat Undang-undang telah digubal utk menghindarkan perbuatan rasuah. Ayat yang betul ialah saya menghindari diri daripada perbuatan yang mampu merosakkan masa depan saya | Tatabahasa | 07.01.2020 |
Yang manakah betul dalam ayat di bawah, menghindari atau menghindarkan? 1) Bunga pakma mengeluarkan bau busuk untuk menghindari musuh daripada mendekatinya. 2) Bunga pakma mengeluarkan bau busuk untuk menghindarkan musuh daripada mendekatinya. | Mengikut Kamus Dewan Perdana, muka surat 774, maksud "menghindari" ialah menjauhkan dari sesuatu atau seseorang. Contoh ayat: Pegawai yang terlibat dalam kes rasuah tersebut hingga kini terus menghindari wartawan. Manakala maksud "menghindarkan" ialah menjauhkan diri seseorang daripada sesuatu atau seseorang. Contoh ayat: Ahli Dewan Negeri hendaklah sentiasa menghindarkan diri daripada menggunakan kedudukannya bagi faedah peribadi. Cadangan ayat yang betul ialah Bunga pakma mengeluarkan bau busuk untuk menghindari musuh daripada mendekatinya. | Tatabahasa | 15.08.2023 |
Assalamualaikum. Berdasarkan pautan https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=menghindari&d=175768LIHATSINI , (sila menatal ke bawah) mungkin terdapat kesalahan dalam pangkalan Khidmat Nasihat berkaitan dengan frasa "menghindarkan diri daripada". Berdasarkan soalan Khidmat Nasihat pada hari 07.01.2020, "Ayat yang betul ialah saya menghindari diri daripada perbuatan yang mampu merosakkan masa depan saya" manakala soalan pada hari 14.07.2020 mempertunjukkan "Jawapan yang betul ialah Kita perlu menghindarkan diri daripada perbuatan negatif." Yang manakah betul? Terima kasih! | Jawapan yang lebih tepat ialah "kita perlu menghindarkan diri daripada perbuatan negatif" | Lain-lain | 24.01.2022 |
Ayat: Kita perlu menghindarkan diri daripada perbuatan negatif. atau Kita perlu menghindari diri daripada perbuatan negatif. mana satu yang betul ? | Salam sejahtera, Jawapan yang betul ialah Kita perlu menghindarkan diri daripada perbuatan negatif. | Tatabahasa | 14.07.2020 |
1. Penggunaan 'Akibat daripada'. Adakah 'daripada' perlu atau tidak? Adakah penggunaan ini salah? 2. Penggunaan 'menghindari daripada'. Adakah 'daripada' perlu atau tidak? Adakah penggunaan ini salah? | penggunaan kata 'akibat' dalam contoh di atas adalah tidak perlu contohnya dalam ayat berikut akibat daripada makan terlalu banyak. | Tatabahasa | 20.09.2007 |
Apakah objektif pengurusan Islam. | Objektif pengurusan Islam ialah melahirkan sistem kerja berteraskan nilai-nilai Islam, menghindari salah laku dalam pengurusan yang bertentangan dengan nilai-nilai Islam, membentuk petugas yang amanah dan cekap, telus dan adil. Maklumat lanjut boleh diperoleh daripada pihak MAMPU, Jabatan Perdana Menteri. | Makna | 17.10.2006 |
Bolehkah tuan terangkan penggunaan dan alasannya: 1a. dijatuhi 1b. dijatuhkan 2a. menjatuhi 2b. menjatuhkan 3a. tertarik oleh 3b. tertarik dengan 4a. membeli 4b. membelikan 5a. atau 5b. ataupun 6a. menghindari 6b. menghindarkan | 1. Perkataan "menjatuhi" diikuti objek bernyawa seperti Hakim menjatuhi pesalah hukuman gantung sampai mati, perkataan menjatuhkan diikuti objek tidak bernyawa seperti Hakim menjatuhkan hukuman gantung sampai mati kepada pesalah. Perkataan dijatuhi dan dijatuhkan ialah bentuk pasif perkataan menjatuhi dan menjatuhkan. Lihat contoh ayat pesalah dijatuhi hukuman gantung sampai mati dan hukuman gantung sampai mati dijatuhkan kepada pesalah. 2. Frasa "tertarik oleh" dan "tertarik dengan", kedua-duanya sama maksud dan fungsinya. 3. Membeli bermaksud memperoleh barang dengan membayar, seperti "membeli kereta"; manakala membelikan bermaksud membeli untuk, seperti membelikan isterinya sebuah kereta. 4. Menghindari bermaksud menjauhkan diri daripada seperti ayat saya berusaha menghindarinya: dan menghindarkan bermaksud mengelakkan daripada seperti ayat Undang-undang telah digubal utk menghindarkan perbuatan rasuah. | Makna | 29.09.2014 |
Mohon pihak DBP membezakan istilah 'anteater' dan 'pangolin' dalam pangkalan data. Kedua-duanya diberi padanan tenggiling walhal haiwan berbeza. Ini penting. Minta sangat diperbetulkan dengan segara supaya dapat menghindari kesilapan dalam bidang biologi. | Terima kasih atas keprihatinan tuan dalam penggunaan bahasa Melayu yang betul. Pihak kami akan memaklumkan perkara tersebut kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi untuk tindakan selanjutnya. | Penyemakan dan penterjemahan | 16.02.2019 |
Ibu bapa perlu (membatas) pergaulan anak-anak bagi (menghindarkan) mereka daripada (terbabit) dalam gejala yang kurang sihat. Adakah ayat di atas betul ? terima kasih! | Ibu bapa perlu membataskan pergaulan anak-anak bagi menghindari mereka daripada terbabit dalam gejala yang kurang sihat.
| Lain-lain | 12.10.2009 |
1. Saya akan mencadangkan mereka tidak bermain di tangga agar kecederaan dapat dielakkan. 2. Saya akan mencadangkan agar tidak bermain di tangga untuk mengelakkkan kecederaan. Yang manakah merupakan ayat yang betul? Mengapakah? Sila jelaskan. Terima kasih. | Ayat yang sesuai digunakan ialah: Jangan bermain di tangga bagi mengelakkan berlaku kecederaan. atau Untuk menghindari kecederaan, elakkan bermain di tangga. Untuk maklumat lanjut yang berkaitan dengan ayat, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014), halaman 432 – 575. | Tatabahasa | 08.08.2024 |