Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.hi.ris] | مڠهيريس

Definisi : memotong nipis-nipis: mereka sedang ~ daun pandan utk dibuat bunga rampai; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.hi.ris] | مڠهيريس

Definisi : 1 memotong atau mengerat tipis-tipis: Emaknya ~ bawang di dapur. 2 = ~ hati ki menyakiti hati; memilukan; melukakan (hati): Dia tidak dpt melupa­kan peristiwa yg ~ hatinya itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hiris
Kata Terbitan : menghiris, terhiris,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kakak menghiris bawang di atas lantai. ataupun Kakak menghiris bawang di bawah lantai? Yang mana satu betul.

Ayat yang betul ialah: Kakak menghiris bawang di lantai. Ayat ini bererti; tempat kakak membuat kerja ialah di lantai. Ayat ... di atas lantai, bererti kakak menggunakan lantai untuk menjadi papan landas.

Tatabahasa24.04.2011
memotong buah pisang secara nipis-nipis sesuai digunakan perkataan memotong atau menghiris?Perbuatan memotong nipis-nipis ialah menghiris.Tatabahasa18.04.2012
helo, saya hendak tanya ejaan umtuk dua perkataan. 1. menghiris atau mengiris? 2. menghidapi penyakit atau mengidapi penyakit?Jawapan yang betul ialah 1. menghiris dan 2. menghidapi penyakit.Lain-lain10.08.2010
1. Emak menghiris se ____ bawang merah. A. ulas B. ketul C. labu D. jambak. 2. Pemuda ____ minuman. A. menyedut B. menghirup Apakah jawapan yang betul dalam soalan 1 dan 2 ?Mengapakah ? 3. Lina tidak suka mengambil makanan yang (berat) seperti nasi terutamanya pada waktu malam. Perkataan "berat" boleh gunakan dalam ayat ini?Jika salah, apakah perkataan yang sesuai ? Terima kasih.1. Emak menghiris seulas bawang merah. Labu boleh digunakan sebagai penjodoh bilangan untuk bawang besar. Walaupun makna labu sebagai penjodoh bilangan tidak ada dalam kamus, tetapi korpus bahasa Melayu (boleh dilihat melalui laman web DBP www.dbp.gov.my) merakamkan penggunaan labu sebagai penjodoh bilangan untuk bawang besar dan bawang putih.
2. Dalam Kamus Dewan, menghirup bermaksud "menyedut dan menelan benda cair, meneguk". Menyedut pula bermaksud "menarik masuk (ke dalam)  dengan kekuatan udara (dengan mulut , hidung dan lain-lain), menghirup, menghisap.' Berdasarkan maksud yang diberikan, kedua-dua perkataan "menghirup" dan "menyedut" boleh digunakan.
3. Makanan berat adalah betul dan boleh digunakan.
Tatabahasa24.01.2013
soalan 1)apakah beza merincih ,mericih dan meraut 2)Apakah beza tepi dengan celah 3)Apakah beza penjuru dengan sudutPerbezaan kata kerja tersebut boleh dilihat daripada makna yang berikut. Merincih bermaksud menghiris (memotong, mengerat, dan sebagainya) kecil-kecil, atau disebut juga menyayat, atau meracik. Dan ricih sama makna dengan rincih. Meraut bermaksud meratakan (menghaluskan, melicinkan, meruncingkan, dan sebagainya) dengan pisau.Makna03.07.2012
Apakah definisi kesalahan penggunaan golongan kata menurut ilmuan bahasa melayu ?Kesalahan penggunaan kata lazimnya dikaitkan dengan pemilihan kata yang kurang tepat dalam konteks ayat tersebut. Contohnya, Aini mencencang bawang. Dalam konteks ayat tersebut penggunaan kata yang tepat ialah menghiris kerana perbuatan mencencang menggunakan bawang sedangkan bawang dihiris menggunakan pisau.Tatabahasa16.06.2013
Sila lihat lampiran. Terima kasih.Syabas, atas semangat tuan mendaulatkan bahasa Melayu. Kami akur dengan beberapa kenyataan saudara, dalam banyak perkara bahasa Melayu tidak diletakkan di tempat yang sepatutnya. Banyak kesalahan bahasa yang kita temui dan yang paling menghiris hati tidak ada langsung penggunaan bahasa Melayu sedangkan penggunaan bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa lain memenuhi ruang iklan tersebut. Banyak perkara lagi yang menyakitkan mata dan hati kerana seperti yang tuan nyatakan kesalahan/tida ada langsung penggunaan bahasa Melayu ada di mana-mana. Dalam hal ini DBP bertindak melalui undang-undang kecil dan garis panduan yang ada di PBT. DBP belum ada kuasa untuk menguatkuaskan akta yang berkaitan. DBP memantau dan kesalahan yang ditemui disalurkan kepada pihak yang berkaitan.Lain-lain18.06.2012

Kembali ke atas