Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.hu.bu.ngi] | مڠهوبوڠي

Definisi : 1. membuat perhubungan dgn seseorang utk memberitahu sesuatu (mela­lui surat, telefon, atau pergi sendiri mendapat­kannya): ejen-ejen polis rahsia akan terus ~nya lagi; perbicaraan ditangguhkan se­hing­ga saksi penting dapat dihubungi polis; 2. menjadi sambungan kpd sesuatu, mengikuti, me­nuruti, menyambut (dgn): kata-kata itu di­hubungi dgn ketawa; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.hu.bu.ngi] | مڠهوبوڠي

Definisi : mengadakan pertemuan dll dgn; pergi menemui (utk memberitahu dll): Pihak polis telah ~nya petang semalam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin menghubungi Prof Datuk Dr mohamad Hatta Shahrom, Pengerusi Lembaga Pengelola DBP untuk menjemput beliau ke seminar kami. boleh dapatkan nombor telefon atau emel pembantu peribadi beliau untuk saya hubungi?salam puan budiman,

Bersama-sama ini maklumat Pengerusi Lembaga Pengelola DBP untuk maklumat selanjutnya:


Prof. Datuk Dr. Mohamed Hatta bin Shaharom
Pengerusi Lembaga Pengelola
Dewan Bahasa dan Pustaka
Aras 30, Menara DBP,
Jalan Dewan Bahasa,
50460 Kuala Lumpur,
MALAYSIA.
 
Tel: 03-21479014/9090
 
E-mel: hatta@dbp.gov.my
Lain-lain17.01.2020
sya mahu menghubungi Dewan SasteraPuan, Editor Dewan Sastera (Muhammad Fadhli Al-Akiti) bolehlah dihubungi melalui e-mel  fadhli@dbp.gov.my atau talian 03-2147 9261.Lain-lain20.03.2015
Saya ingin menghubungi Puan Zaharah Nawawi yang pernah membimbing saya dalam penulisan sebelum ini . Saya ingin alamat email beliau .Maklumat yang diperlukan tidak ada dalam pangkalan data kami. Sedikit maklumat yang ada Puan Zaharah Nawawi mengetuai KEPEZI dan beliau boleh dihubungi melalui persatuan tersebut.Lain-lain08.06.2012
Saya mahu menghubungi penulis teks komsas tingkatan 4, novel Melunas Rindu iaitu Puan Hartini Hamzah. Terdapat kekeliruan dalam beberapa peristiwa yang melibatkan watak-watak tertentu.Sekiranya tiada masalah, saya mohon untuk mendapatkan no.telefon beliau.Terima KasihUntuk maklumat saudara, novel Melunas Ridu diterbitkan oleh Utusan Publications (bukan DBP). Sila hubungi pihak Utusan Publications untuk mendapatkan maklumat berkaitan penulis tersebut.Karya10.02.2011
LEBUH RAYA MENGHUBUNGI BANDAR KARAK DENGAN KUANTAN SUDAH SIAP. IMBUHAN MENG-...-I BETULKE DALAM AYAT INI?Yang betul ialah 'menghubungkan'.Tatabahasa17.08.2009
Sebarang pertanyaan sila menghubungi Ali di talian03-xxxxxx. hubungi atau menghubungi ?Salam sejahtera,

Frasa yang betul ialah Sebarang pertanyaan, sila hubungi Ali melalui talian xxx.

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa20.06.2019
Apakah beza menghubungi dan menghubungkan? Bolehkah pihak tuan memberikan contoh bagi setiap ayat? Terima kasih

Menghubungi: 1. membuat perhubungan dgn seseorang utk memberitahu sesuatu (melalui surat, telefon, atau pergi sendiri mendapatkannya): ejen-ejen polis rahsia akan terus ~nya lagi; perbicaraan ditangguhkan sehingga saksi penting dapat dihubungi polis; 2. menjadi sambungan kpd sesuatu, mengikuti, menuruti, menyambut (dgn): kata-kata itu dihubungi dgn ketawa;

Menghubungkan1. menjadikan berhubungan (berangkaian, bersambungan), menyambungkan, merangkaikan: garisan lurus yg ~ dua titik; rumah itu mempunyai dua kamar yg satu sama lainnya dihubungkan oleh sebuah pintu; 2. = memperhubungkan mempertalikan (dgn), mengaitkan (dgn): perdaganganlah yg ~ negeri Melaka dgn kawasan-kawasan di sekelilingnya; rakyat Hirahlah yg menjadi perantaraan ~ orang Parsi dgn orang Arab; 3. = memperhubungkan mempertemukan dgn, menjadikan satu dgn, menggabungkan dgn: ia pun ~ dirinya dgn pergerakan wanita setempat; mereka memperhubungkan kami dgn sekeluarga orang perantauan lain; 4. menjadikan supaya berhubungan atau bertemu: ada jalan kereta api yg ~ Bangkok dgn Saigon;  menjadikan berhubungan (berangkaian, bersambungan), menyambungkan, merangkaikan: garisan lurus yg ~ dua titik; rumah itu mempunyai dua kamar yg satu sama lainnya dihubungkan oleh sebuah pintu; 2. = memperhubungkan mempertalikan (dgn), mengaitkan (dgn): perdaganganlah yg ~ negeri Melaka dgn kawasan-kawasan di sekelilingnya; rakyat Hirahlah yg menjadi perantaraan ~ orang Parsi dgn orang Arab; 3. = memperhubungkan mempertemukan dgn, menjadikan satu dgn, menggabungkan dgn: ia pun ~ dirinya dgn pergerakan wanita setempat; mereka memperhubungkan kami dgn sekeluarga orang perantauan lain; 4. menjadikan supaya berhubungan atau bertemu: ada jalan kereta api yg ~ Bangkok dgn Saigon; 

Makna14.09.2009
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apakah tanda koma diperlukan untuk ayat berikut: "Sebarang pertanyaan lanjut, tuan boleh menghubungi Encik Ahmad bin Ali di talian..." atau "Sebarang pertanyaan lanjut tuan boleh menghubungi Encik Ahmad bin Ali di talian..."? Sekian, terima kasih.

Ayat yang betul ialah "Untuk pertanyaan lanjut, tuan boleh menghubungi Encik Ahmad bin Ali melalui talian 013-2471000”. Koma dimasukkan selepas perkataan “lanjut”.

Tatabahasa12.08.2024
Mohon pencerahan: a) "Sampai di sana nanti, saya akan menghubungi ibu dengan segera," nada suara Risena sedikit berubah melihat ibunya kerisauan. b) "Sampai di sana nanti, saya akan menghubungi ibu dengan segera." Nada suara Risena sedikit berubah melihat ibunya kerisauan.

Ayat kedua (b) yang tepat kerana terdapat dua ayat yang berbeza konteksnya, pertama dialog dan kedua situasi ketika itu. 

Tatabahasa19.09.2011
Saya sedang melakukan kajian mengenai novel Warna Sebuah Lembah karya En. Osman Ayob dan berharap dapat menghubungi beliau untuk bertanyakan beberapa soalan. Oleh itu, bolehkah DBP memberikan cadangan tentang cara-cara unbtuk menghubungi En Osman Ayob ? Sekiranya pihak DBP tidak keberatan, saya berharap agar pihak DBP dapat memberikan nombor telefon dan juga alamat emel beliau. Segala kerjasama pihak tuan amat saya hargai dalam menyempurnakan kajian saya. Terima kasih.Tidak ada maklumat yang berkaitan dengan Encik Osman Ayob dalam pangkalan data kami, apa yang ada ialah karya-karya beliau yang diterbitkan oleh penerbit luat. Berdasarkan maklumat tersebut juga kebanyakan karya beliau diterbitkan dalam akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian. Oleh itu, kami cadangkan saudara berhubung dengan kedua-dua editor dan sayrikat penerbitan akhbar berkenaan untuk membantu saudara mendapatkan maklumat yang diperlukan. Badan Penulis20.07.2011
12345678910...

Kembali ke atas