Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.Öi.ba.rat.kan]/ | مڠعبارتکن

Definisi : 1. mengumpamakan, me­nyamakan, membandingkan (sesuatu benda dgn yg lain): pd manusia spt inilah dapat diibaratkan pepatah: bercerai hidup umpat-umpatan, bercerai mati puji-pujian; 2. menganggap: dia ~ buku sbg temannya pd waktu lapang; 3. mengatakan sesuatu (selalunya yg berupa nasihat) dgn berbagai-bagai kiasan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.Öi.ba.rat.kan]/ | مڠعبارتکن

Definisi : 1 membandingkan sesuatu benda dgn sesuatu yg lain; mengumpamakan: Ustaz Hamid sering ~ buku sbg telaga yg tidak pernah kering airnya. 2 menganggap: Beliau ~ pejabatnya sbg rumah keduanya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ibarat
1. Bersinonim dengan umpama
( seperti, macam, serupa, sebagai, bagaikan, laksana, selaku, bak, )
(kata tugas:)

2. Bersinonim dengan teladan
( pengajaran, iktibar, contoh, tamsil, model, )
(kata nama:)

Kata Terbitan : mengibaratkan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah kegunaan bahasa kiasan?Bahasa kiasan - digunakan sebagai pertimbangan mengenai sesuatu perkara dengan perbandingan, mengibaratkan atau membuat sindiran yang ditujukan kepada seseorang.Lain-lain29.09.2006

Kembali ke atas