| Gabungkan ayat tunggal 1.a.Mei Mei mengikat rambut. b.Mei Meimenyikat rambut.(atau) Mei Mei mengikat rambut atau mengikat rambut.@Mei Mei mengikat atau menyikat rambut. Jwp yang mana satu tepat? | Jawapan yang betul ialah Mei Mei mengikat atau menyikat rambut? | Tatabahasa | 12.08.2014 |
| Pak Ali mengikat kaki kerusi rotan yang hampir rosak itu dengan ____________ rotan. A. seurat B. seutas C. seruas D. selembar | Jawapan yang tepat ialah "seutas" | Lain-lain | 21.05.2014 |
| Tali leher --> mengikat atau menyimpul | Tali leher diikat dan kemudian disimpul | Lain-lain | 14.08.2008 |
| Adakah ayat-ayat berikut betul: 1. Ali mandi di pantai. 2. Ali berenang di pantai. 3. Ali mengikat plastik sampah dengan tali. | 1. Ali mandi di pantai. 2. Ali berenang di pantai. 3. Ali mengikat plastik sampah dengan tali. Ketiga-tiga ayat ini betul. | Tatabahasa | 02.03.2015 |
| Salam sejahtera. Saya keliru, bagaimanakah untuk mengeja dan menyebut perkataan seperti mengambil, mengeja, mengikat, mengobor dan mengubah. Setahu saya, kata dasar yang bermula dengan huruf a, e, i, o, u dibubuh imbuhan awalan meng-, jadi adakah perkataan-perkataan dieja seperti berikut: meng-am-bil atau me-ngam-bil meng-e-ja atau me-nge-ja meng-i-kat atau me-ngi-kat meng-o-bor atau me-ngo-bor meng-u-bah atau me-ngu-bah | Kata terbitan dengan awalan meN- atau peN- (termasuk yang digunakan sebagai unsur apitan) dengan kata dasarnya yang bermula dengan bunyi vokal atau diftong dilafazkan menurut cara pemecahan suku kata ejaan. Contohnya: mengambil [me.ngam.bil] mengeja [me.nge.ja] mengikat [me.ngi.kat] mengubah [me.ngu.bah] Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi–Sebutan–Jawi Edisi Kedua (DBP, 2016), halaman 56 – 57 dan Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021). | Tatabahasa | 07.11.2025 |
| Salam sejahtera. Saya ingin bertanya tentang ayat-ayat berikut: 1. Ibu menatang sedulang minuman dengan berhati-hati. 2. Ali mengikat surat khabar lama dengan rajin. Adakah kata adjektif yang digunakan dalam ayat (1) dan (2) betul? Apakah cadangan tuan/puan tentang kata adjektif yang sesuai untuk digunakan dalam ayat-ayat tersebut? Terima kasih. | Ayat pertama betul, namun ayat kedua dibetulkan menjadi Ali mengikat surat khabar lama dengan kemas. | Tatabahasa | 18.02.2015 |
| Ingin bertanya jawapan bagi ayat ini : Puan Nora mengikat plastik sampah itu....supaya sampahnya tidak bersepah. A erat-erat B rapat-rapat Ckuat- kuat D ketat-ketat . Adakah kuat-kuat atau ketat- ketat | Jawapan yang sesuai ialah C dan D. | Tatabahasa | 03.11.2015 |
| Salam sejahtera, 1.Puan Noridah menghidangkan makanan kepada /untuk ahli keluarganya.(kepada atau untuk) 2.Puan Noridah menatang makanan kepada/ untuk ahli keluarganya. 3. Sofia mengikat beg plastik sampah/ plastik sampah. (beg plastik sampah/ plastik sampah) Terima kasih. | Ayat yang betul ialah (1). "Puan Noridah menghidangkan makanan untuk ahli keluarganya”, (2). "Puan Noridah menatang makanan untuk ahli keluarganya" dan (3). "Sofia mengikat “beg plastik sampah.” | Tatabahasa | 14.06.2022 |
| Penggunaan perkataan "tegang-tegang" dan "cekang-cekang". Contohnya untuk menarik tali yang dililit pada batang pokok kelapa. | Kelasi mengikat tegang-tegang tali kapal yang baru berlabuh itu. Cekang juga bermaksud tegang atau kaku berkaitan tubuh badan dan sebagainya. Dalam konteks makna yang tuan maksudkan penggunaan perkataan tegang-tegang tidak sama dengan cekang-cekang. | Tatabahasa | 30.07.2013 |
| Salam sejahtera, Saya ingin bertanya, adakah perkataan 'bernikah' digunakan pada bukan Islam? Terima kasih. | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, bernikah ialah mengikat hubungan sbg suami isteri yg sah, melangsungkan perkahwinan. Perkataan tersebut boleh digunakan semua agama. | Tatabahasa | 28.11.2012 |