Saya berminat untuk membuat mengiklankan kolej kami di dalam dewan siswa untuk tujuan promosi pendaftaran masuk pelajar baru ke kolej kami. Boleh kah pihak tuan menghantar makluman atau nama pegawai untuk saya hubungi, terima kasih. -anis- | Puan boleh menghubungi editor Dewan Siswa, haziah@dbp.gov.my dan hantar salinan e-mel (cc) kepada zubaidi@dbp.gov.my atau fauzilah@dbp.gov.my untuk sebarang pertanyaan atau maklumat tentang periklanan di majalah DBP. | Lain-lain | 12.12.2012 |
Saya perhatikan ada satu iklan papan tanda di Bangsar mengiklankan kereta jenama BMW yang didalamnya tertulis dengan huruf terang ayat seperti ini " Joy is BMW" dan diatasnya tertera terjemahan bahasa Melayu dengan huruh pudar dan tak kelihatan dari jauh seperti ini "Keriangan ialah BMW". Selain itu, ada juga iklan lain di Kampung Keramat tertulis ayat ini "life is beutiful" dan terjemahan bahasa Melayunya berbunyi begini "hidup ialah indah". Benarkah semua terjemahan ini pada pandangan DBP? Dalam bahasa Melayu, padanan yang sering kita ungkap untuk kalimat 'life is beutiful' ialah "hidup itu indah". Pada pandangan saya, mungkin terjemahan sesuai untuk ayat "joy is BMW" ialah 'riang itu BMW'. Jadi, apa yang boleh saya lakukan untuk membantu DBP menangani masalah ini? | Terima kasih atas pandangan yang diberikan. Pihak kami akan menyemak padanan terjemahan pada papan iklan yang disebutkan itu. Sumbangan yang boleh tuan berikan ialah menghantar kepada kami gambar foto iklan berkenaan supaya pihak kami boleh mengambil tindakan susulan. Alamatkan kiriman tuan kepada Ketua Bahagian Dasar Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka, Tingkat 25, Jalan Dewan bahasa, 50460 Kuala Lumpur. | Tatabahasa | 09.02.2010 |
Apa kekosongan jawatan terdapat di DBP? | Sdr, Kami menjadualkan untuk mengiklankan jawatan Pembantu Tadbir Kesetiausahaan) Gred N17 dalam masa terdekat ini. Sila layari laman web DBP atau membaca akhbar mingguan utama dalam tempoh terdekat ini. Terima kasih. | Lain-lain | 26.02.2009 |
BAGAIMANA UNTUK MEMBUAT PERMOHONAN KERJA ONLINE DAN TARIKH TUTUP PERMOHONAN. | Sdr, Dimaklumkan bagi setiap jawatan kosong yang akan diisi, kami akan mengiklankan kekosongan jawatan tersebut melalui akhbar utama tempatan dan juga melalui laman web kami. Segala butiran tentang jawatan tersebut dinyatakan dengan jelas di dalam iklan yang disiarkan, termasuklah kaedah penghantaran permohonan, kelayakan yang diperlukan bagi sesuatu jawatan, tarikh tutup permohonan dan sebagainya. Buat masa ini, pihak kami belum menyediakan kaedah mengemukakan permohonan jawatan kosong secara 'online', tetapi sdr bolehlah mengisi borang permohonan yang disediakan dan mencetak borang tersebut dan poskan bersama-sama dengan dokumen yang diperlukan sebelum tarikh tutup. | Lain-lain | 02.09.2007 |
saya ingin bertanya satu soalan ....buat masa ini,masih ada jawatan kosong atau pon tidak di DBP? | Terima kasih di atas minat yang sdr tunjukkan terhadap DBP. Dimaklumkan DBP akan mengiklankan beberapa jawatan kosong dalam masa terdekat ini. Iklan tersebut akan disiarkan melalui laman web DBP dan juga melalui akhbar atempatan. Sila layari laman kami dari masa ke masa dan melihat akhbar tempatan berbahasa Melayu khususnya pada hujung minggu. Iklan akan dibuka selama 21 hari dari tarikh iklan disiarkan. | Lain-lain | 26.04.2008 |
NAK TAHU TARIKH TUTUP DAN JUGA JAWATAN BAGI IKLAN DALAM LAMAN WEB GOV.... | Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih di atas minat yang sdr tunjukkan terhadap DBP. Dimaklumkan DBP akan mengiklankan beberapa jawatan kosong dalam masa terdekat ini. Antaranya ialah jawatan Pemandu Kenderaan Gred R3, Pembantu Am Pejabat Gred N1, Pengawal Keselamatan Gred KP11, Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) Gred N17, Ahli Fotofrafi Gred B11 dan beberapa jawatan lain. Sila layari laman web kami dari masa ke masa atau lihat iklan kami dalam akhbar tempatan pada hujung minggu. Kebiasaannya permohonan jawatan akan dibuka selama 21 hari dari tarikh iklan disiarkan. | Lain-lain | 30.03.2008 |
ADAKAH DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA ADA KEKOSONGAN JAWATAN? | Sdr, Terima kasih di atas minat yang sdr tunjukkan untuk berkhidmat bersama-sama kami dalam membina dan mengembangkan Bahasa Melayu. Merujuk kepada soalan yang sdr kemukakan, dimaklumkan DBP baharu sahaja mengiklankan dua jawatan kosong iaitu Akauntan Gred W41 dan Pembantu Rendah Gred R3. Bagaimanapun iklan tersebut telah ditutup pada 17 Januari 2011. Sdr digalakkan untuk melayari laman sesawang DBP dari semasa ke semasa untuk melihat iklan jawatan kosong kami. Sekian. | Lain-lain | 18.01.2011 |
salam. apakah beza bagi perkataan "pengiklanan" dan "periklanan"? bolehkah berikan contoh penggunaannya? terima kasih | Salam saudari Khairunnisa, Periklanan merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud hal yang berkaitan dengan iklan manakala pengiklanan beerti, perihal (perbuatan, kegiatan dsb) mengiklankan. Perbezaan perkataan pengiklanan dan periklanan dilihat dari aspek kemasukan apitan kata nama peN-...-an dan peR-...-an. Lazimnya apitan peN-...-an bergabung dengan kata dasar iaitu (iklan) daripada golongan kata nama bertujuan menandakan makna proses mengerjakan maksud yang terkandung dalam kata dasar. Manakala apitan peR-...-an membentuk kata nama yang membawa makna abstrak. Perkataan yang menerima apitan peR-...-an menandakan makna khusus, iaitu hal yang berkaitan dengan kata dasar atau hasil daripada melakukan maksud kata dasarnya. untuk maksud yang mudah, pengiklanan lebih kepada proses mengerjakan iklan manakala periklanan hasil melakukan proses 'iklan.' Contoh penggunaan dua perkataan tersebut dalam ayat; 1. Pihak kerajaan, menerusi Kementerian Penerangan terutamanya, turut memerhatikan perkembangan dunia periklanan Malaysia. 2. Pengiklanan produk baru syarikat itu dibuat melalui media massa. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk keterangan lanjut. | Tatabahasa | 12.09.2012 |
Salam, Apakah terjemahan untuk "crowdsourcing" iaitu istilah yang digunakan dalam laman web yang menawarkan iklan-iklan kerja kepada pekerja bebas (freelancer) secara sumber luar (outsource). Juga, apakah terjemahan untuk istilah "affiliate" yang sering digunakan dalam laman web pemasaran rangkaian (network marketing) dalam talian? "Affiliate" ini merujuk kepada ahli-ahli yang mendaftar kemudian boleh mengiklankan/menjual produk-produk dari laman web pemasaran rangkaian tersebut. Terima kasih. | Untuk makluman belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk crowdsourcing. Istilah yang dicadangkan ialah khidmat luar kumpulan. Istilah bahasa Melayu untuk affiliate ialah ahli gabungan. | Istilah | 17.11.2012 |
salam.sy ni seorang pelajar jurusan pengajian melayu di UM.apakah prospek kerjaya jurusan sy ini. | Sdr, Pemegang Ijazah Sarjana Muda seperti yang dimiliki oleh sdr layak dipertimbangkan untuk menjawat jawatan gred 41 seperti Pegawai Perancang Bahasa dan/atau Pegawai Tadbir di DBP. Sdr boelhlah mengemukakan permohonan jawatan sebaik sahaja kami mengiklankan kekosongan jawatan yang berkenaan. Namun, sebagai makluman sdr, iklan bagi jawatan Pegawai Perancang Bahasa sudah disiarkan dan ditutup pada 11 Februari 2008. Tiada kekosongan bagi jawatan Pegawai Tadbir buat masa ini. | Lain-lain | 16.02.2008 |