Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngim.ba.ngi] | مڠيمبڠي

Definisi : 1. menjadi sbg imbangan kpd: banyaknya gula ~ pahit kopi yg pekat; 2. menandingi, melawani: tungku pemanas bilik tak dapat ~ dingin yg amat sangat itu; 3. membalas (budi, cinta, dll): kebaikan diimbangi dgn kebaikan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngim.ba.ngi] | مڠيمبڠي

Definisi : menjadi sbg bandingan (imbangan) kpd: Projek “Buku Hijau” bertujuan memperbanyak bahan makanan utk ~ inflasi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Pohon terjemahan yang sesuai bagi perkataan "offset". Berdasarkan carian, "offset" diterjemah sebagai "mengimbangi" dalam prpm. Walau bagaimanapun, penggunaan "offset" yang diingini adalah berkaitan pelepasan gas rumah kaca dan perkataan "mengimbangi" adalah tidak sesuai. "Offset" adalah bertujuan untuk mengurangkan pelelasan gas rumah kaca dengan beberapa cara termasuklah "reduction emission, mitigation". Mohon panduan perkataan yang bersesuaian untuk digunapakai. Apabila perkataan "ofset" ditaip untuk mendapatkan cadangan perkataan, terjemahan yang diberi mempunyai maksud yang berbeza dalam konteks yang diingini.Padanan bagi istilah offset dalam bahasa Melayu ialah imbangan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam bidang Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG).Istilah08.10.2025
apakah tatabahasa struktural?Terdapat dua pengertian utama: Pada satu segi istilah ini bermaksud “ pendekatan analisis bahasa yang memberikan perhatian yang eksplisit kepada kepada pelbagai unsur bahasa sebagai struktur dan system “ ( Harimurti 1982 ). Dari segi yang lain pula istilah struktural dikatkan dengan pendekatan-pendekatan yang berkembang pesat di Eropah dan Amerika Syarikat., masing- masing dikenali dengan ciri-cir tersendiri. Dua aliran yang terkemuka ialah aliran Prague di Eropah dan aliran Deskritif di Amerika. Tatabahasa struktur Tatabahasa sturtur juga disebut tb. Formal, tetapi pengertian tb formal itu di masa yang terakhir-akhir ini telah dipecahkan kepada dua iaitu tb formal struktur dan tb formal tranformasi generatif mengimbangi bentuk dan makna.Tatabahasa27.07.2006

Kembali ke atas