Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngim.bas] | مڠيمبس

Definisi : 1. = mengimbasi mengenakan arus udara pd sesuatu, mengipas; 2. bergerak ke kiri dan ke kanan dgn cepat: tiang topang imbas-~; 3. = mengimbasi Id menggerakkan (memindahkan) arus elektrik; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengimbas


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Di mana saya boleh mendapatkan borang anugerah S. E.A Write Award (Malaysia) 2023.Tuan boleh mengimbas kod QR yang terdapat pada lampiran.Lain-lain07.03.2024
5. Pengerusi juga mengucapkan tahniah kepada ahli JLAKS yang menerima pingat dan darjah kebesaran seperti berikut: 6. Pengerusi turut mengimbas kembali aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan bagi tempoh enam bulan kedua tahun 2013 seperti berikut: 7. Pengerusi seterusnya memaklumkan terdapat beberapa lagi aktiviti bagi tahun 2013 yang dirancang dan bakal dilaksanakan seperti berikut: a. 15 Nov - Perbarisan Persaraan TPTL, Serah Tugas TPTL dan Majlis Jasamu Dikenang di KDSG. b. 30 Nov - Hari Keluarga Markas Tentera Laut di Kompleks Sukan Air, Putrajaya.Tidak ada pertanyaan yang dikemukakan. Maklumat yang tuan berikan berkaitan dengan minit mesyuarat. Untuk makluman tuan, dalam penulisan minit mesyuarat, Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam 2/1992 menjadi rujukan utama.  Minit mesyuarat ialah dokumen sulit jabatan dan format minit mesyuarat lazimnya ditentukan oleh jabatan masing-masing. Walau bagaimanapun pada kelazimannya dalam ruangan tindakan dimasukkan nama pegawai yang berkenaan (tanpa nama jawatan). Untuk maklumat lanjut, tuan boleh merujuk buku Bahasa Laporan oleh Asmah Haji Omar, terbitan DBP. Tuan juga boleh merujuk buku tatabahasa atau laman web kami untuk melihat contoh pembentukan dan penggunaan kata yang betul bagi memastikan ayat yang digunakan itu tepat.Lain-lain13.01.2014
Untuk perpustakaan "on hold" - the book is "on hold". Untuk pengkomputeran "Browse"Cadangan terjemahan kami bagi "the book is on hold" ialah sama ada "buku itu sedang dalam perhatian" atau "buku itu ditangguhkan...". Walau bagaimanapun, terjemahannya bergantung pada konteks. Bagi "browse" dalam bidang komputer, istilah bahasa Melayunya ialah semak seimbas atau imbas/mengimbas.Istilah18.04.2009

Kembali ke atas