Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kira
1. Bersinonim dengan pendapat
( fikir, rasa, anggapan, sangkaan, dugaan, )
(kata nama:)

2. Bersinonim dengan taksiran
( hitungan, anggaran, jangkaan, )
(kata nama:)

3. Bersinonim dengan peduli
( hirau, endah, parwah, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : kiranya, sekiranya, kira-kira, berkira, berkira-kira, mengira, mengira-ngira, terkira, kiraan, perkiraan, pengiraan, pengira,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
5. I Laila cuba mengira kesan baik penyertaannya dalam program itu. II Kita hendaklah hidup bersatu padu tanpa mengira perbezaan bangsa dan agama. III Ayah tersenyum melihat gelagat adik mengira duit raya yang diperolehnya. IV Serangga perosak yang memusnahkan anak-anak padi itu tidak mengira lagi banyaknya. (perkataan bercondong ialah mengira)

1.2; margin-top: 0pt; margin-bottom: 0pt;">Jawapan yang betul ialah:


1.2; margin-top: 0pt; margin-bottom: 0pt;">I. Laila cuba mengira kesan baik penyertaannya dalam program itu.

1.2; margin-top: 0pt; margin-bottom: 0pt;">ll. Kita hendaklah hidup bersatu padu tanpa mengira perbezaan bangsa dan agama.

1.2; margin-top: 0pt; margin-bottom: 0pt;">lll. Ayah tersenyum melihat gelagat adik mengira duit raya yang diperolehnya.


Tatabahasa12.05.2026
Salam sejahtera Tuan. 1. Apakah perbezaan antara mengira, menghitung dan membilang dalam konteks matematik? 2. Apakah beza antara nombor, angka dan digit dalam konteks matematik? Mohon pihak Tuan boleh memberikan contoh supaya lebih jelas dengan penggunaan perkataan yang tersebut di atas. Sekian, terima kasih.

1"> 1. Mengira, membilang, menghitung merupakan kata sinomin dalam konteks matematik  yang merujuk kepada perbuatan mengira, membilang atau menghitung untuk mengetahui banyaknya atau jumlahnya (wang, pendapatan, keuntungan dll); Dia ~ wang yg baru diterimanya. 1">

2. Angka/ Nombor: Simbol atau lambang untuk mewakili sesuatu nombor. Contohnya, I, II, III, IV, V, VI, VII, ... dan 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, …1">

3. Digit: Simbol asas dalam sistem penomboran iaitu 0, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9. Contohnya, nombor 45 651 mempunyai lima digit.1">

Lain-lain22.01.2019
Salam sejahtera, Tuan/Puan Apakah jawapan untuk soalan ini? Arahan Pilih ayat-ayat yang mengguankan perkataan berhuruf condong dengan betul. I. Laila cuba mengira kesan baik penyertaannya dalam program itu. II. Kita hendaklah hidup bersatu padu tanpa mengira perbezaan bangsa dan agama. III. Ayah tersenyum melihat gelagat adik mengira duit raya yang diperolehnya. IV. Serangga perosak yang memusnahkan anak-anak padi itu tidak mengira lagi banyaknya. Terima Kasih.

1.2; margin-top: 0pt; margin-bottom: 0pt;">Sila nyatakan pertanyaan dengan jelas kerana tiada perkataan berhuruf condong dalam contoh ayat yang diberikan.


Tatabahasa07.05.2026
Apakah maksud perkataan berikut 1.berkerja 2. menaksirJawapan 1:
Ejaan 'bekerja' tidak dieja 'berkerja'. 'r' digugurkan kerana suku kata pertama kata dasar 'kerja' mengandungi huruf 'er'. Oleh sebab awalan 'ber' juga mempunyai  huruf 'er', maka huruf 'r' dalam awalan 'ber' itu dilenyapkan. Hal ini merupakan satu kecualian morfologi bahasa Melayu. Menurut KAmus Dewan Edisi Keempat, bekerja 1. melakukan atau menjalankan sesuatu atau berbagai-bagai kegiatan (usaha, tugas, dsb) utk menghasilkan (menyelesaikan, menyediakan, dll) sesuatu .

Jawapan 2:
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan "menaksir"  bermaksud menaksir, mentaksir 1. mengira atau menghitung banyaknya sesuatu (harga dll): ditaksir-taksir Solihin perongkosan yg harus dikeluarkannya; 2. menyangka, menelah, mengagak, mengira: penduduk Vietnam Utara ditaksir sebanyak tiga belas juta; 3. memberi penghargaan (dgn sewajarnya), menghargai, menilai: dgn jalan itu, penyelidik seni sastera dapat mengenal sesuatu ciptaan dgn lebih baik lagi dan akhirnya dapat ~ nilai ciptaan seni itu;
Tatabahasa27.03.2013
tolong beri takrif atau definisi perkataan berikut: 1.alternatif 2. autentik 3.kesedaran kendiri 4.Ingin tahu(curiosity) 5.fokus 6. Inisiatif 7.Minda kelas Pertama 8.Pentaksiran 9.Jati diri1. Alternatif = 1. pilihan yg merupakan kemestian (keharusan); 2. satu pilihan antara dua kemungkinan.  2. Autentik bermaksud dapat dipercayai atau dijadikan pegangan, asli dan benar.  3. Kesedaran kendiri bermaksud kesedaran sendiri. 4. Ingin tahu bermaksud sifat ingin tahu.  5. Fokus bermaksud tumpuan perbincangan, perhatian dan sebagainya. 6. Inisiatif bermaksud daya usaha (tindakan dll) yg mula-mula. 7. Minda Kelas Pertama minda iaitu mempunyai minda tahap tertinggi, eksklusif dan terbaik. 8. Penaksiran bermaksud perihal mengira atau menghitung banyaknya sesuatu, menyangka, menelah, mengagak, mengira. 9. Jati diri ialah identiti.Makna16.09.2008
1. Perkataan manakah yang betul...PENAKSIRAN ATAU PENTAKSIRAN 2. Apakah maksud perkataan tersebutYang betul ialah penaksiran, iaitu mengira atau menghitung banyaknya sesuatu (harga dan lain-lain).Makna07.10.2009
(1)Perpaduan kaum dapat diwujudkan menerusi aktiviti sukan. (2)Masyarakat majmuk akan bersatu padu dan berganding bahu tanpa mengira agama, budaya, bangsa, dan kepercayaan demi meraih kemenangan dalam sesuatu acara sukan. Ayat (1) merupakan ayat topik/ isi karangan manakala ayat (2) ialah ayat huraian. DBP, adakah ayat (2) yang saya tulis jelas menghuraikan isi karangan? Jika tidak, sila beritahu. Terima kasih!Berdasarkan pengamatan kami ayat kedua ialah sebahagian daripada ayat yang menghuraikan ayat pertama. Walau bagaimanapun jika soalan ini berkaitan dengan peperiksaan sila berbincang dengan guru di sekolah saudara.Tatabahasa09.11.2011
Assalamualaikum. Bolehkah ayat ini digunakan? Anda bersama kami tanpa mengira sebanyak mana masa diperlukan". Bolehkah "sebanyak mana" digunakan untuk ayat bukan pertanyaan ini? Kalau tidak, apakah perkataan lain selain "jumlah" kerana saya rasa "jumlah" tidak sesuai utk teks ini. Terima kasih.

Perkataan sebanyak mana boleh digunakan. Ayat yang dicadangkan ialah, Anda bersama kami tanpa mengira sebanyak mana masa yang diperlukan.1">

Tatabahasa04.11.2019
saya ingin bertanya tentang pemenggalan suku kata bagi perkataan-perkataan berikut: 1. INGIN. Adakah i/ngin ATAU in/gin? 2. DENGAN. den/gan ATAU de/ngan? 3. PERTANDINGAN. per/tan/din/gan ATAU per/tan/ding/an? 4. PERANGAI. pe/ran/gai ATAU pe/ra/ngai? 5. SANGAT. san/gat ATAU sa/ngat? 6. TERINGAT. ter/in/gat ATAU ter/i/ngat? 7. MENGIRA. men/gi/ra ATAU me/ngi/ra? 8. SUATU. su/a/tu ATAU sua/tu? 9. SEMUA. se/mua ATAU se/mu/a? 10. MENAIKI. me/na/ik/i ATAU me/naik/i ATAU me/nai/ki? 11.PAK CIK GOBI. pak/cik/gobi ATAU pak cik/gobi?

Pemenggalan perkataan berdasarkan sebutan.

1. INGIN.  i/ngin

2. DENGAN. de/ngan?

3. PERTANDINGAN. per/tan/di/ngan

 4. PERANGAI. pe/ra/ngai

5. SANGAT. sa/ngat?

6. TERINGAT. te/ri/ngat,  ter/i/ngat

7. MENGIRA. me/ngi/ra

 8. SUATU. sua/tu?

 9. SEMUA. se/mua

10. MENAIKI. me/nai/ki,  me/nai?/ki 

11.PAK CIK GOBI. pak/cik/gobi 

Buku Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi  Edisi Kedua boleh dijadikan sumber rujukan.

Tatabahasa27.04.2010
tolong terangkan kesalahan dalam ayat ini - 1. Begitu juga dengan pelancong dari dalam dan luar negeri yang sentiasa membanjiri kawasan Putrajaya tanpa mengira waktu. 2. Berikut ialah nama murid yang akan menyertai lawatan ke Langkawi. 3.Semoga hasratnya tercapai untuk melanjutkan pelajaran di menara gading. 4. Mi segeralah kita makan pada malam ini. 5. Terima kasih kerana memberikan peluang kepada saya untuk menyampaikan sepatah dua kata dalam majlis yang mulia ini. 6. Baginda akan mengurniai rakyat yang banyak berjasa sempena Hari Keputeraan baginda esok.1. Luar negeri sepatutnya luar negara. 2. Ayat ini betul. 3. Melanjutkan pelajaran ke menara gading bukan di menara gading. 4. Dialog ini betul. 5. dalam majlis sepatutnya pada majlis. 6. Ayat sepatutnya Baginda mengurniakan pingat kepada rakyat yang banyak berjasa.Tatabahasa14.04.2010
12

Kembali ke atas