Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngi.ri.mi] | مڠيريمي

Definisi : berkirim (mengirim, mengirim­kan) kpd: selalu dia ~ saya surat menceritakan keadaan dirinya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngi.ri.mi] | مڠيريمي

Definisi : mengirim kpd: Ali ~ ayahnya sepucuk surat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengirimi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Pasifkan ayat berikut: Saya mengirimi Syafiqa kad undangan perkahwinan abang. Saya masih ragu2 untuk meletakkan kata yang sesuai selepas kerja pasif "kirimi". Adakah selepas kata itu perlu diletakkan objek (kad undangan perkahwinan abang) atau orang (Syafiqa).Ayat pasif yang betul bagi ayat, "Saya mengirimi Syafiqa kad undangan perkahwinan abang." ialah "Syafiqa saya kirimi kad undangan perkhawinan abang." Hal ini disebabkan ayat Pasif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Contohnya: Kucing dikejar oleh anjing (daripada: Anjing mengejar kucing). Bagi membantu saudara mendapatkan ciri-ciri ayat pasif, saudara boleh membuat rujukan pada Buku Tatabahasa Dewan bermula muka surat 411.Tatabahasa04.08.2016
Tuan, Apakah jawapan untuk ayat di bawah ? 1. Fatimah ______________ rakan karibnya beberapa keping poskad ketika melancong ke Australia. a. mengirimkan b. mengirimi Terima kasih. Cik OngJawapan yang betul ialah "mengirimi".Tatabahasa07.11.2018
selamat pagi..saya ingi. bertanya tentang ayat aktif dan ayat pasir. soalan: Ibu mengirimi abang sepucuk surat. ayat pasif: abang dikirimi ibu sepucuk surat. / abang dikirimi sepucuk surat oleh ibu. adakah ayat pasif bagi kedua-dua ayat tersebut betul?Ayat pasif yang betul ialah abang dikirimi sepucuk surat oleh ibu.Tatabahasa27.02.2019
Apakah jawapan yang betul untuk menukarkan ayat aktif yang berikut kepada ayat pasif? 1. Saya telah mengirimi adik wang saku untuk keperluannya belajar di luar negara. 2. Ayah menghadiahi emak seutas rantai emas sempena ulang tahun perkahwinan mereka.

Ayat pasif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal dan menjadikannya subjek baharu. Terdapat tiga jenis ayat pasif iaitu:

  1.    Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif
  2.    Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kata ganti nama diri kedua
  3.    Ayat pasif dengan perkataan kena yang hadir sebelum kata kerja.

 

Berdasarkan soalan tersebut, cadangan jawapan adalah seperti yang berikut:

  1.    Wang saku adik telah saya kirim untuk keperluannya belajar di luar negara.
  2.    Emak dihadiahi oleh ayah seutas rantai emas sempena ulang tahun perkahwinan mereka.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. 

Tatabahasa18.07.2023
Apakah kesalahan ejaan dan kesalahan penghunaan imbuhan dalam ayat di bawah? 1) Pihak kerajaan telah mengenal pasti individu tertentu yang melibatkan secara aktif dalam kegiatan pro-komunis. 2)Pengurusan syarikat meminta pemohon agar mengirimi maklumat masing-masing melalui e-mail kepada mereka. 3)Pengarah itu mengemukakan pandangan bahawa keefisyenan kakitangan amat penting dalam penentu jatuh bangunnya sesebuah organisasi.Kesalahan tatabahasa seperti yang digariskan:

 1) Pihak kerajaan telah mengenal pasti individu tertentu yang melibatkan secara aktif dalam kegiatan pro-komunis.

2)Pengurusan syarikat meminta pemohon agar mengirimi maklumat masing-masing melalui e-mail kepada mereka.

3)Pengarah itu mengemukakan pandangan bahawa keefisyenan kakitangan amat penting dalam penentu jatuh bangunnya sesebuah organisasi.
Tatabahasa01.04.2014
apakah perbezaan antara imbuhan me...kan dan me...iApitan meN...i  diikuti objek yang bernyawa, contohnya; Ayah mengirimi Ali surat, manakala apitan meN...kan diikuti objek yang tidak bernyawa, contohnya; Ayah mengirimkan surat kepada Ali. Dalam hal ini penggunaan apitan meN...i dan meN...kan akan menentukan objek yang mengikutinya sama ada objek bernyawa atau tidak bernyawa. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 191 dan 202.Tatabahasa06.07.2011
BAGAIMANA MEMBEZAKAN PENGGUNAAN MeN... kan dengan MeN..... i Kedua, Bagaimana membezakan penggunaan didalam dengan dalamm sahaja

Apitan meN...i  diikuti objek yang bernyawa, contohnya; Ayah mengirimi Ali surat, manakala apitan meN...kan diikuti objek yang tidak bernyawa, contohnya; Ayah mengirimkan surat kepada Ali. Dalam hal ini penggunaan apitan meN...i dan meN...kan akan menentukan objek yang mengikutinya sama ada objek bernyawa atau tidak bernyawa. Pada kelazimannya juga apitan meN...kan menunjukkan objek yang mengikutinya bergerak, contohnya; Ayah menaikkan tangga (tangga - objek bergerak), dan apitan meN...i menunjukkan objek yang mengikutinya itu tidak bergerak, contohnya Ayah menaiki tangga (tangga - tidak bergerak). Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 191 - 207. 

"Dalam" ialah kata sendi nama yang juga dapat berfungsi sebagai kata arah. Kata sendi nama "dalam" digunakan di hadapan frasa nama yang membawa pengertian "lingkungan yang tidak mempunyai jarak atau ruang seperti perkara, peristiwa, hal dan sebagainya. Contoh ayat:  Karya tersebut hendaklah ditulis dalam bahasa Melayu.  Sebagai kata arah "dalam" akan hadir sesudah kata sendi nama untuk menunjukkan hala atau tempat, misalnya di dalam atau ke dalam.  Contoh ayat: Mereka mengadakan mesyuarat di dalam bilik gerakan.

Tatabahasa23.03.2010
boleh tak jelaskan apitan meN-kan & meN-i... dan bila apitan tersebut digunakan.. berikan contoh.. TQVMApitan meN-...-i  diikuti objek yang bernyawa, contohnya; Ayah mengirimi Ali surat, manakala apitan meN-...-kan diikuti objek yang tidak bernyawa, contohnya; Ayah mengirimkan surat kepada Ali. Dalam hal ini penggunaan apitan meN-...-i dan meN-...-kan akan menentukan objek yang mengikutinya sama ada objek bernyawa atau tidak bernyawa.Tatabahasa27.05.2011
Imbuhan 'MeN..i/kan' amat mengelirukan.Apakah formula terbaik nak bezakan keduanya? Apa beza..1.memberi/kan 2menjauhi/kan 3.menjahit/kan 4.menemui/kan?TQVM

Apitan meN...i  diikuti objek yang bernyawa, contohnya; Ayah mengirimi Ali surat, manakala apitan meN...kan diikuti objek yang tidak bernyawa, contohnya; Ayah mengirimkan surat kepada Ali. Untuk maklumat lanjut rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 191. Awalan kata kerja meN-... mendukung maksud melakukan sesuatu sama ada melakukan perbuatan atau menyatakan keadaan. Topik ini dibincangkan dengan panjang lebar dalam halaman 158-160. Untuk melihat perbezaan makna antara kata terbitan dengan awam meN-... dan kata kerja meN-...kan rujuk laman web kami www.prpm.dbp.gov.my.

 

Tatabahasa20.05.2011
Bagaimana membezakan penggunaan apitan men..., men...i dan men...kan dalam ayat. Terdapat buku yang menerangkan penggunaannya berdasarkan status objek iaitu sama ada objek itu bergerak atau tidak bergerak dan objek bernyawa atau tidak bernyawa.Apitan meN...i  diikuti objek yang bernyawa, contohnya; Ayah mengirimi Ali surat, manakala apitan meN...kan diikuti objek yang tidak bernyawa, contohnya; Ayah mengirimkan surat kepada Ali. Dalam hal ini penggunaan apitan meN...i dan meN...kan akan menentukan objek yang mengikutinya sama ada objek bernyawa atau tidak bernyawa. Pada kelazimannya juga apitan meN...kan menunjukkan objek yang mengikutinya bergerak, contohnya; Ayah menaikkan tangga (tangga - objek bergerak), dan apitan meN...i menunjukkan objek yang mengikutinya itu tidak bergerak, contohnya Ayah menaiki tangga (tangga - tidak bergerak). Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 191 - 207. Tatabahasa06.04.2009
12

Kembali ke atas