Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngi.sah.kan] | مڠيصهکن

Definisi : menceritakan, meriwayat­kan: buku ini ~ pengembaraan dan penghidupan seorang yg masyhur; ia telah menulis sebuah rencana yg ~ pergerakan wanita di Indonesia; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngi.sah.kan] | مڠيصهکن

Definisi : meriwayatkan sesuatu kejadian dll; menceritakan: Buku ini ~ pengembaraan seorang yg masyhur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kisah (kata nama)
Bersinonim dengan hal, cerita, kejadian, riwayat, gambaran, tambo, peristiwa, babad, hikayat, berita, karangan, rencana, sejarah;,
Kata Terbitan : berkisah, mengisahkan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
"Beliau menanyai / menanya / menanyakan sebab Qu Yuan tidak mengisahkan kejelitaan bunga laurel dalam syairnya." Apakah kata kerja yang sesuai bagi ayat di atas? Terima kasih.Ayat yang betul ialah "Beliau menanyakan sebab Qu Yuan tidak mengisahkan kejelitaan bunga laurel dalam syairnya."Tatabahasa29.03.2007
1)surat itu saya sudah kirim 2)cerpen itu mengisahkan tentang perjuangan menentang penjajah 3)Lampu-lampu di bandar itu dilihat sungguh indah pada waktu malam

Yang lebih gramatis adalah seperti yang berikut:

1. Surat itu sudah saya kirim.

2. Cerpen itu mengisahkan perjuangan menentang penjajah.

3. Ayatnya betul.

Tatabahasa17.11.2011
1.apakah istilah yang paling sesuai digunakan untuk seseorang yang melakukan kerja membancuh air di kedai makan? 2.saya difahamkan ayat "novel ini mengisahkan tentang percintaan dua orang remaja" adalah salah.saya ingin mengetahui mengapakah ayat ini dianggap ayat yang salah.1. Boleh digunakan "pembancuh air" tetapi lazimnya kita menggelar mereka pembantu di kedai makan.
2. Mengisahkan ialah kata kerja transitif yang perlu diikuti objek (percintaan) selepasnya. Oleh itu, kata sendi nama tentang tidak boleh hadir selepasnya.
Tatabahasa10.07.2012
Saya ada melakukan kajian mengenai karya novel yang mengisahkan perpisahan dalam sebuah keluarga yang akhirnya bertemu semula.Saya juga ingin mencari peribahasa atau bidalan yang sesuai bagi menggambarkan situasi tersebut. Oleh itu saya ingin bertanya mengenai peribahasa atau bidalan yang sesuai selain "air dicincang tidak akan putus"Peribahasa lain yang sama maksud ialah carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga. Harap maklum.Lain-lain29.05.2008
Contoh bagaimana untuk menulis tentang watak protagonis dalam novel Lamunan Puitis?Watak protagonis ialah watak utama dalam sesuatu cerita, drama;  penyokong terkemuka sesuatu perjuangan, pergerakan dan sebagainya. Novel Lamunan Puitis mempunyai trilogi yakni mengandungi tiga novel dalam satu buku.

Kisah pertama bertajuk "Sebuah Mimpi Hari Tua" mengisahkan sebuah keluarga yang teringat akan orang tua di kampung. Mengenang kembali akan sawah yang sudah tidak diusahakan lagi.  Novel kedua bertajuk "Titipan" mengisahkan tentang kenangan watak utama dengan ibunya. Novel yang terakhir bertajuk "Embun". Mengisahkan tentang watak dan sifat embun dan kaitannya dengan sifat hujan. Kisah embun yang mencari jati diri dan cuba memisahkan diri dari 'jemaah hujan'.


Saudara boleh menceritakan watak utama dalam ketiga-tiga novel tersebut berdasarkan perwatakan yang dibawa oleh watak utama.  Watak atau sifat (seseorang) yang zahir dan batin (merangkumi budi pekerti dan tabiatnya, tingkah lakunya, jiwanya, pemikirannya, dsb): yang ditunjukkan oleh watak protagonis.

Saudara juga boleh menghubungi Bahagian Penyelidikan Sastera DBP untuk lebih lanjut melalui e-mel iaitu hanafi@dbp.gov.my  selain membuat rujukan di Pusat Dokumentasi Melayu, buku rujukan dan lain-lain.

Sastera26.02.2013
1.sinoplis sejarah melayu 2.aspek bahasa dalam sejarah melayu fonetik,fonologi,morfologi,sintaksis,semantik,kossa-kata

Sejarah Melayu yang ditulis oleh Tun Sri Lanang merupakan karya agung orang Melayu yang mengisahkan tentang asal usul raja-raja Melayu dan keturunannya. Oleh sebab pertanyaan saudara memerlukan  kajian dan penyelidikan yang mendalam, saudara boleh membuat rujukan di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP setelah mendaftar sebagai ahli Rakan Dewan.

Lain-lain17.02.2009
Ingin tahu mengenai sejarah terbitnya kamus dewanSejarah ringkas penerbitan kamus Dewan ada ditulis dalam ruangan Kata Penghantar, Kamus Dewan Edisi Keempat dan untuk maklumat terperinci sila rujuk artikel atau buku yang mengisahkan sejarah perbitan kamus khususnya Kamus Dewan.Lain-lain07.07.2008
apa beza antara ayat ini :::: AYAT (1)Ahmad bercerita tentang kisah hidup silam ::::::AYAT (2)Ahmad menceritakan tentang kisah hidup silam::::::::::::::AYAT (3)Ahmad mencerita tentang kisah hidup silam:::::::: Tolong beri penjelesan yang sempurna !!!!!!

(1) Ahmad bercerita tentang kisah hidup silam.

(2) Ahmad menceritakan tentang kisah hidup silam.

(3) Ahmad mencerita tentang kisah hidup silam.

Ketiga-tiga ayat tersebut mempunyai persamaan makna cuma berbeza dari segi penggunaan kata terbitan (dari kata dasar cerita). Bercerita bermaksud mengisahkan sesuatu cerita, manakala menceritakan bermaksud mengisahkan sesuatu kepada ..., oleh itu ayat kedua perlu dilengkapkan "Ahmad menceritakan tentang kisah hidup silam kepada anak-anaknya". Walau bagaimanapun ayat (3) tidak tepat dari segi pembentukan kata "mencerita".

Tatabahasa02.06.2009
Boleh tak berikan kepastian( yang bermaksud kepada pertandingan murid menyampaikan cerita yang biasanya dipertandingkan di sekolah-sekolah), pertandingan cerita atau pertandingan bercerita. Dalam kamus dewan bahasa yang terbaru ( merah )menyatakan pertandingan cerita tetapi dalam jawapan yang diberikan oleh khidmat bahasa dewan bahasa ialah pertandingan bercerita. Pening kepala saya???

Yang paling tepat ialah pertandingan bercerita. Bercerita bermaksud mengisahkan sesuatu cerita dan berfungsi sebagai kata kerja intransitif, manakala pertandingan cerita lazimnya digunakan dalam konteks pertandingan cerita pendek, novel atau karya lain. 

Tatabahasa24.04.2009
apakah sumbangan pak sako dalam bidang penulisan dan politik?Pak Sako atau Ishak Haji Muhammad  ialah seorang  pejuang nasionalis dan sasterawan. Pak Sako mempunyai tempat yang penting dalam sejarah kebangsaan dan kesusasteraan tanah air. Untuk merujuk tentang beliau sila dapatkan buku 'Memoir Pak Sako: Putera Gunung Tahan terbitan UKM atau buku 'Wajah' terbitan DBP. Selain itu banyak lagi buku yang mengisahkan tentang perjalanan perjuang bangsa ini yang boleh didapati di Pusat Dokumentasi Melayu, Aras 3, Menara DBP Kuala Lumpur. Sekian, terima kasih.Lain-lain06.09.2009
12

Kembali ke atas