Dia mengisikan borang atau dia mengisi borang? | Dia mengisikan borang atau dia mengisi borang? Perkataan mengisikan bermaksud memasukkan sesuatu ke dalam bekas atau ruang; memasukkan sesuatu sebagai isinya; Sementara, mengisi bermaksud menjadikan sesuatu bekas atau ruang berisi atau memberi isi. Penggunaan 'mengisikan' dan 'mengisi' yang betul adalah seperti contoh yang berikut: (1) Pelajar-pelajar diminta mengisikan maklumat peribadi dalam borang. (2) Pelajar-pelajar diminta mengisi borang dengan maklumat peribadi. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, muka surat 589. | Tatabahasa | 04.10.2013 |
Dalam Pelajaran Bahasa Malaysia Tahun Dua, 1995, terdapat satu ayat "Bapa Ali membawa timba untuk mengisi ikannya.", adakah perkataan "mengisi" dalam ayat tersebut digunakan dengan betul? Kalau tidak, mohon jawapan bentuk betul untuk perkataan "isi". Terima kasih! | Dalam Kamus Dewan mengisi bermaksud menjadikan (sesuatu seperti beg, botol, dan sebagainya) berisi, mengisikan bermaksud memasukkan (menaruh, menempatkan) sesuatu ke dalam (sesuatu bekas dan lain-lain). Berdasarkan huraian makna kedua-dua kata perkataan mengisikan lebih sesuai digunakan dalam konteks ayat tersebut. | Tatabahasa | 30.04.2013 |
Mana satu ayat yang betul: 1. Sila akui penerimaan laporan ini dengan mengisi borang yang dilampirkan.... 2. Sila beri perakuan penerimaan laporan ini dengan mengisi borang yang dilampirkan..... 3. Sila beri akuan terima laporan ini dengan mengisi borang yang dilampirkan Ingin tahu juga beza akui dan akuan | Ayat kedua merupakan ayat yang lebih tepat untuk digunakan. "Sila beri perakuan penerimaan laporan ini dengan mengisi borang yang dilampirkan." Perakuan menurut Kamus Dewan Edisi Empat ialah proses memperakukan sesuatu; 2. sesuatu yang diperakukan, saranan serta sokongan (untuk dipertimbangkan, diterima, dilaksanakan, dsb): ~-~ Kongres itu telah mendapat perhatian kerajaan; Akuan pula ialah segala sesuatu yang diakui: ~ ini telah dibuat di hadapan majistret Mahkamah Rendah; 2. hantu jamuan (yang menolong pawang); orang ~ orang yang dilindungi oleh hantu jamuan (pawang yang mujarab ubat atau manteranya);
| Tatabahasa | 14.06.2013 |
sebelum mengisi semula hormon pastikan beg aplikator ditekan sihingga kosong | Sebelum mengisi semula hormon pastikan beg aplikator dikosongkan - lazimnya ungkapan ini digunakan dalam pelabelan. | Tatabahasa | 25.03.2011 |
Salam sejahtera, mohon berikan cadangan terjemahan bagi "Privacy Policy" (polisi yang biasanya dinyatakan jika kita mengisi borang, untuk melindungi butir peribadi kita) dan sejenis warna, "medium green". Terima kasih | 1. Ruangan tersebut bukanlah suatu dasar, sebaliknya disebut "Maklumat Peribadi" yang perlu dilengkapkan apabila kita mengisi borang. 2. Medium bermaksud sederhana dan jika medium green diterjemahkan itulah warna hijau yang sebenarnya. Maka cukup sekadar kita menandakannya sebagai warna hijau kerana jika berlebihan hijaunya baharu disebut hijau pekat dan jika sebaliknya disebut hijau cair. | Istilah | 17.07.2012 |
Ayat yang manakah yang betul? I Pembacaan dapat membantu dalam mempertajam pemikiran. II Ramli mengisi masa lapang dengan mempertajam parangnya. III Raziah mempertajam telinganya untuk mendengar perbualan kakaknya dengan rakan-rakannya. harap berikan penjelasan. terima kasih. | Ayat 1.Pembacaan dapat membantu dalam mempertajam pemikiran dan ayat II Ramli mengisi masa lapang dengan mempertajam parangnya betul. Hanya ayat III Raziah mempertajam telinganya untuk mendengar perbualan kakaknya dengan rakan-rakannya walaupun betul tetapi jarang sekali digunakan. | Tatabahasa | 16.11.2007 |
KEKOSONGAN JAWATAN DI DBP | Sdr, Sekiranya terdapat keperluan untuk mengisi sesuatu jawatan kosong, kami akan mengiklankannya melalui akhbar utama berbahasa Melayu iaitu akhbar Mingguan Malaysia dan juga disiarkan melalui laman sesawang DBP. Sdr. boleh menyemak iklan tersebut dan sekiranya berminat dan memenuhi syarat yang ditetapkan sdr bolehlah mengisi borang permohonan jawatan yang boleh dimuat turun melalui laman sesawang kami, atau datang untuk mengambil sendiri di Bahagian Pengurusan Personel, Tingkat 17, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 KL atau mengehantar sampul surat bersetem RM0.40 berukuran 38cm x 25cm dan beralamat sendiri ke alamat seperti yang dinyatakan di atas. Pastikan permohonan sdr. sampai kepada kami pada atau sebelum tarikh tutup yang dinyatakan di dalam iklan. | Lain-lain | 10.11.2009 |
Bagaimana memohon pekerjaan di Dewan Bahasa dan Pusataka ? | Sdr, Sekiranya terdapat keperluan untuk mengisi sesuatu jawatan kosong, kami akan mengiklankannya melalui akhbar utama berbahasa Melayu iaitu akhbar Mingguan Malaysia dan juga disiarkan melalui laman sesawang DBP. Sdr boleh menyemak iklan tersebut dan sekiranya berminat dan memenuhi syarat yang ditetapkan sdr bolehlah mengisi borang permohonan jawatan yang boleh dimuat turun melalui laman sesawang kami, atau datang untuk mengambil sendiri di Bahagian Pengurusan Personel, Tingkat 17, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 KL atau mengehantar sampul surat bersetem RM0.40 berukuran 38cm x 25cm dan beralamat sendiri ke alamat seperti yang dinyatakan di atas. Pastikan permohonan sdr sampai kepada kami pada atau sebelum tarikh tutup yang dinyatakan di dalam iklan. | Lain-lain | 09.11.2009 |
saya ada 3 soalan : 1- saya ingin tahu jawatan-jawatan yang terdapat dalam setiap jabatan di dewan bahasa dan pustaka. hal ini kerana saya sukar untuk mengisi borang permohonan jawatan kerana tidak mengetahui jawatan yang terdapat di DBP. 2-saya pelajar dari akademi pengajian Melayu, UM dan akan menamatkan tempoh pengajian lebih kurang 4-5 bulan lagi. pengkhususan (major) saya ialah sosio-budaya Melayu dan minor saya ialah kesenian Melayu. saya ingin tahu dengan bidang pengajian saya, jawatan apa yang boleh saya pohon? 3-Dengan tempoh pengajian saya yang berbaki4-5 bulan lagi, bolehkah saya mengisi borang permohonan jawatan kosong dalam tempoh yang terdekat ini? | Salam, 1. Dimaklumkan setiap iklan kami ada menyatakan nama skim perkhidmatan/jawatan yang hendak diisi. 2. Di dalam iklan jawatan kosong DBP, kami ada menyatakan jenis kelayakan yang diperlukan untuk mengisi sesuatu jawatan. Antara jawatan di DBP yang sdr boleh mohon dengan kelayakan akademik Ijazah Sarjana Muda Pengajian Melayu ialah Pegawai Perancang Bahasa Gred S41 atau Pegawai Tadbir Gred N41. 3. Permohonan sesuatu jawatan hendaklah disertakan dengan segala kelayakan yang diperlukan sebagaimana yang dinyatakan di dalam iklan. TK. | Lain-lain | 21.01.2009 |
bagaimanakah cara untuk mengisi sebarang kekosongan jawatan di DBP | Sila isikan borang permohonan jawatan yang boleh dimuat turun melalui laman web: http://www.dbp.gov.my. Sertakan dokumen yang boleh menyokong permohonan anda contohnya salinan sijil akademik, ko-kurikulum, penglibatan dalam persatuan pelbagai peringkat dan sebagainya. Pastikan salinan sijil tersebut disahkan seperti salinan asal terlebih dahulu sebelum dihantar kepada kami. | Lain-lain | 30.01.2008 |