Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngis.lam.kan] | مڠيسلامکن

Definisi : 1. memasukkan seseorang ke dlm agama Islam, menjadikan beragama Islam: orang Perlak itu pun diislamkan oleh Fakir Muhammad; 2. mengkhatankan, menyunatkan: ia hendak ~ anak sulungnya; 3. menjadikan patuh kpd atau menyesuaikan dgn ajaran (ciri-ciri dsb) agama Islam; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngis.lam.kan] | مڠيسلامکن

Definisi : menjadikan sbg penganut agama Islam; menjadikan beragama Islam: Fakir Muhammad telah ~ orang-orang Perlak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengislamkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Jika keadaan mendesak, bolehkah digabungkan dua bahasa dalam satu perkataan (Bahasa Melayu dan Bahasa Arab) - imbuhan dalam Bahasa Melayu, dan kata akar dalam Bahasa Arab? Sekiranya boleh, adakah semua huruf perlu disengetkan (italic) atau kata akar sahaja? terima kasih.

Saudari,

Ada perkataan dalam bahasa Arab yang telah diserapkan ke  dalam bahasa Melayu yang menggunakan imbuhan seperti mengislamkan. Namun, tidak semua kata khas atau khusus yang perlu diberikan imbuhan dan boleh berdiri sendiri sebagai satu perkataan. Bagi perkataan yang tiada padanan atau dalam bentuk istilah, hendaklah dicondongkan dan  tidak digalakkan menggunakan imbuhan. Terima kasih.

 

Lain-lain02.02.2011
1. Perkataan seperti anti-Islam atau anti-Barat, perlukah dimasukkan sempang di antara dua perkataan? 2. Apakah terjemahan yang tepat untuk perkataan ISLAMIS dalam bahasa Melayu?Anti ialah awalan asing yang dieja bersambung dengan perkataan selepasnya, seperti antirusuhan. Walau bagaimanapun, apabila hadir dengan kata nama khas seperti Islam dan Amerika perlu diletak tanda sempang (-) menjadi anti-Islam dan anti-Amerika. Dalam bahasa Melayu kata Islam, hanya menerbitkan kata mengislamkan, keislaman dan pengislaman, tidak ada kata Islamis.Tatabahasa08.12.2015

Kembali ke atas