Salam. Yang mana lebih tepat penggunaan. kitar semula atau mengitar semula. Adakah maksud perkataan mengitar boleh berdiri sendiri atau perlu mengitar-ngitar. Terima kasih. | Kitar semula dan mengitar semula, kedua-duanya betul. Kata kitar semula hadir sebagai satu rangkai kata daripada padanan bahasa Inggeris recycle. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, mengitar sama maksud dengan mengitar-ngitar, iaitu 1. = mengitar-ngitar berkisar(kisar), berputar(-putar); 2. = mengitar-ngitar berkeliling, beredar; 3. = mengitar-ngitar memusing-musing, memutar-mutar: serta dikitar-kitarnya tombaknya, lalu ditikamkan pd dada Tun Tuah. | Istilah | 17.03.2010 |