mengiyakan dan mengeyakan. Apakah perbezaan dua perkataan ini? | Kata terbitan yang betul ialah 'mengeyakan', daripada kata dasar 'ya' menerima awalan menge-..., menjadi mengeyakan. | Tatabahasa | 11.04.2011 |
Tuan, Yang mana betul penggunaannya, 'mengeyakan' atau 'mengiyakan' , 'seia' atau 'seeya'? | Kedua-duanya betul, kata mengeyakan (daripada kata akar ya) dan mengiakan (daripada kata akar ia). | Tatabahasa | 16.12.2011 |
Soalan yang lepas: Apakah bezanya antara mengeyakan dan mengiyakan? Bagaimanakah kita menggunakan perkataan di atas? Jawapan yang diberikan oleh pihak tuan: Jika dilihat dari sudut makna, kedua-dua perkataan ini mempunyai makna yang sama. Walau bagaimanapun, jika dilihat dari sudut fungsi kata, kedua-dua kata ini terdapat sedikit perbezaan. Kata mengiakan berfungsi sebagai perkara atau keterangan yang dipersetujui. Manakala, mengeyakan pula, berfungsi apabila seseorang itu diminta menyatakan atau mengatakan sesuatu perkara yang perlu dipersetujui. Soalan baharu saya: Sila berikan contoh-contoh yang jelas bagi perkataan "mengiakan" dan "mengeyakan" berdasarkan jawapan yang diberikan oleh pihak tuan seperti di atas. Contoh-contoh yang jelas amat penting untuk membantu para murid dan pelajar. Terima kasih. | Kata terbitan mengeyakan dan mengiakan membawa maksud yang sama, iaitu membenarkan. Perbezaan adalah daripada binaan kata yang berbeza, iaitu mengeyakan daripada kata "ya" menerima apitan menge-...-kan, manakala mengiakan daripada kata "ia" (makna kedua) menerima apitan meng-...-kan. Berdasarkan data korpus penggunaan kata mengiakan jauh lebih banyak daripada mengeyakan. | Tatabahasa | 11.06.2015 |
Salam tuan/puan, Boleh sahkan ejaan untuk perkataan-perkataan berikut: 1)iyakan 2) mengiyakan Terima kasih | Menurut Kamus Bahasa Melayu, ejaan yang betul ialah mengeyakan yang bermaksud mengatakan ya, membenarkan, atau menyungguhkan. | Ejaan | 12.03.2019 |
1. menggaul tepung atau menggaulkan tepung ? 2. menguli tepung atau mengulikan tepung ? 3. mengiyakan, mengeyakan atau mengiakan ? | 1. Menggaul tepung - mengikut konteks makna menggaul bermaksud mengacau supaya bergaul, manakala menggaulkan bermaksud mencampurkan, iaitu menambahkan sesuatu pada sesuatu yang lain supaya bercampur dan perkataan yang lazim digunakan ialah mencampurkan seperti mencampurkan susu dengan air. 2. Menguli tepung - tiada contoh penggunaan mengulikan. 3. Yang betul ialah mengeyakan (daripada kata akar ya) dan mengiakan (daripada kata akar ia). | Tatabahasa | 04.05.2011 |
Salam tuan/puan, Boleh sahkan ejaan untuk perkataan-perkataan berikut: 1)iyakan atau eyakan? Terima kasih. | Perkataan yang lebih tepat ialah mengiyakan. | Ejaan | 13.03.2019 |
Pihak DBP Saya ada soalan dan kemusykilan.. Netizen indonesia skrg giat mnuduh Malaysia Menyalin@ mencuri 62 000 kosa kata bahasa indonesia.. Tuduhan ini mmg Sgt mnyakitkan.. Sy pd mulanya Cuba utk mempertahankan maruah bahasa melayu malaysia dgn berhujah dgn netizen seberang tpi mreka punya fakta Dan akhirnya sy juga hanya mampu diam.. Sy juga tak sgka bnyak perkataan indonesia dlm kamus melayu dbp sehingga seperti mengiyakan tuduhan Malaysia mencuri kosa kata bahasa indonesia.. Tambah memburukkan keadaan bila ramai rakyat kita juga terikut ikut menulis dalam bahasa indonesia.. Di sekolah juga murid2 sekolah l lancar berbahasa indonesia.. Hal ini harus dibimbangkan kerana bahasa adalah salah satu lambang kedaulatan negara.. Apakah lngkah2 yg boleh Di lakukan utk mngatasi isu dan masalah2 ini? Sekian terima kasih | Untuk makluman tuan, soalan tuan telah disalurkan kepada Bahagian Perkamusan, Dewan Bahasa dan Pustaka. Sehubungan dengan itu, pegawai Bahagian Perkamusan akan menghubungi tuan melalui e-mel atau panggilan telefon untuk memberikan penerangan lanjut.
| Lain-lain | 21.05.2024 |