Apakah perbezaan antara "izini" dengan "izinkan"? Bagaimanakah penggunaannya dalam ayat? Contoh pertama, Ahmad mengizinkan/ mengizini Shami tinggal di rumahnya. (Sekiranya "mengizinkan", maka bermaksud, Ahmad memberikan Shami izin untuk tinggal di rumahnya . Bagaimana pula sekiranya "izini"?). Contoh kedua, Musri menjawab, "Izinkanlah/ Izinilah saya berterus terang." Dalam kedua-dua ayat tersebut, penggunaan yang betul ialah izini atau izinkan? Mohon beri pendapat. Sekian, terima kasih. | Yang baku ialah izinkan dan tidak ada contoh penggunaan izini dalam sumber rujukan kami. Begitu juga dengan mengizini tidak ada contoh penggunaan kata terbitan tersebut, yang ada perkataan mengizinkan yang bermaksud memberi izin kepada - Ahmad mengizinkan Shazimi tinggal di rumahnya dan Izinkanlah saya berterus terang. | Tatabahasa | 03.06.2010 |
Tuan, saya ingin semak pecahan suka kata untuk perkataan mengizinkan. 1 me- ngi- zin- kan- 2 meng- i- zin- kan- terima kasih. | Pemisahan suku kata yang betul ialah meng-i-zin-kan. | Ejaan | 26.05.2012 |
keadaan cuaca yang buruk menyebabkan mereka terpaksa membatalkan rancangan untuk mendaki Gunung Jerai. atau keadaan cuaca yang tidak mengizinkan menyebabkan mereka terpaksa membatalkan rancangan untuk mendaki Gunung Jerai. tuan, yang manakah ayat yang lebih sesuai digunakan. TQ | Ayat yang lebih sesuai digunakan ialah 'Keadaan cuaca yang buruk menyebabkan mereka terpaksa membatalkan rancangan untuk mendaki Gunung Jerai.' | Tatabahasa | 15.08.2011 |
Nor Hazlin Ramli Nov 26th, 3:54pm Assalamualaikum wbt. Saya ingin bertanya kepada pihak DBP, sekiranya diadakan jualan istimewa sempena akhir tahun dan cuti sekolah bagi pengguna online. Banyak ekspo-ekspo buku diadakan sekitar kawasan Kuala Lumpur. Bagi saya yang menetap jauh dari kawasan tersebut, kekangan masa dan beberapa faktor lagi tidak mengizinkan kesana. Semasa jualan gudang DBP pada tahun lepas, saya amat teruja kerana terdapat banyak buku-buku lama yang sukar untuk didapati di mana-mana kedai buku sekarang.Diharap pihak DBP dapat mendengar cadangan saya mewakili pembaca dan pembeli online. | Program ini dirancangkan pada 19 - 27 Disember 2015, di Kedai Buku DBP Hulu Kelang. Sila layari laman web kami dari semasa ke semasa untuk mendapatkan maklumat mutakhir. | Lain-lain | 26.11.2015 |