Saya mengkaji buku Cakra Waruga dan hampir selesai proses penulisan esei. Namun, saya terlepas pandang untuk mencari defini sebenar "Cakra Waruga". Boleh dikatakan puas saya mencari maknanya. Definisi "Cakra" yang saya perolehi ialah aliran tenaga dalaman manusia, manakala Waruga pula merupakan gabungan wale dan maruga yang beerti rumah dan badan yang hancur. Setelah membaca karya ini, saya sukar untuk mengaitkan tajuk buku ini dengan masej yang ingin disampaikan oleh pengarang. Namun, saya berpendapat. definisi cakra waruga ialah keupayaan atau kekuatan manusia akan hilang apabila jasadnya telah hancur(mati), menunjukkan pengarang ingin menonjolkan kekuasaan tuhan dalam menentukan setiap perkara dalam kehidupan manusia. Itulah yang saya dapat kaitkan dengan definisi cakra dan waruga dengan berlandaskan pemahaman saya melalui bacaan novel ini. Adakah benar pendapat ini, atau ada pengertian yang lebih jelas mengenai hal ini? | Berdasarkan sumber rujukan kami tidak ada maksud bagi perkataan cakra waruga ataupun cakra/waruga, berkemungkinan penulisnya ada maksud tersendiri yang hendak disampaikan melalui karyanya yang tersebut. Hal ini hanya dapat dipastikan melalui penelitian atau kajian terhadap teks tersebut. | Lain-lain | 16.10.2010 |
Saya sedang mengkaji tentang pendekatan pengajaran dari barat iaitu Dalcroze Eurhythmics. Bolehkah saya tukar nama pendekatan tersebut dalam Bahasa Melayu sebagai Euritmik Dalcroze? | Dalcroze Eurhythmics diberikan padanan Euritmik Dalcroze atau Dalcroze Method (Kaedah Dalcroze). Dalam bidang kesenian, euritmik ialah sistem latihan muzik untuk memahami ritma melalui gerak anggota yang dibangunkan oleh Émile Jaques-Dalcroze. | Istilah | 23.10.2018 |
SAYA SEDANG MENGKAJI TENTANG DUNIA KORPORAT DALAM CERPEN.BOLEHKAH SAYA INGIN MEMINTA SEDIKIT BAHAN TENTANG TAJUK SAYA ITU?ADAKAH IANYA BERKAITAN DENGAN WATAK KORPORAT ATAU SEBALIKNYA?SAYA AGAK KELIRU. | Bagi maksud tersebut, silalah membuat rujukan kepada cerpen-cerpen karya penulis antaranya Keris Mas, Daeng Ramli Akil dan Khadijah Busu. Sekian dan salam. | Lain-lain | 24.07.2009 |
Davis telah mengkaji proses ini pada/kepada 157 individu. | Davis telah mengkaji proses ini dalam kalangan 157 individu. Untuk penggunaan kata sendi nama pada dan kepada, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 272-274. | Tatabahasa | 06.12.2011 |
Salam sejahtera dan selamat malam. Apakah perbezaan antara mengaji dengan mengkaji? Sekian, terima kasih. | Menurut Kamus Pelajar, mengaji ditakrifkan sebagai membaca Quran: Budak itu sudah khatam ~. 2 belajar; menuntut ilmu: Anak saya ~ di sekolah kampung.
Manakala mengkaji ialah menyelidik dan memeriksa sesuatu dengan teliti; mempelajari: Ahli kaji bintang ~hal angkasa, bintang, dan planet. | Tatabahasa | 05.07.2013 |
Huraikan tentang nilai estetika yang terdapat dalam bahan kesusasteraan. Kemukakan contoh bagi huraian tersebut. Terima kasih. | Estetika ialah ilmu tentang keindahan. Dalam bidang kesusasteraan estetika ialah satu konsep untuk mengkaji keindahan yang terdapat dalam karya sastera. Untuk mengkaji keindahan dalam sesebuah karya sastera, unsur-unsur psikologi, sosiologi, entnologi, sejarah dan aspek-aspek lain yang saling berkaitan perlu dikaji bersama-sama. | Lain-lain | 06.02.2008 |
1.perbezaaan morfologi dan sintaksis? | Morfologi merupakan kajian tentang pembentukan kata dlm sesuatu bahasa, termasuk infleksi, terbitan, dan pemajmukan. Morfologi juga merupakan bidang tatabahasa yang mengkaji morfem dan pembinaan perkataan dalam suatu bahasa. Untuk makluman saudara, sintaksis pula merupakan bidang linguistik yang mengkaji proses pembinaan ayat. Berdasarkan pengertian yang telah diberikan, diharap agar saudara dapat membuat perbezaan antara morfologi dan sintaksis. Bagi membantu, saudara juga boleh membuat rujukan pada bUku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. | Tatabahasa | 17.07.2007 |
Salam Sejahtera. Saya ingin bertanyakan mengenai apakah maksud kepada perkataan "Birdwatching" di dalam Bahasa Melayu. Mengikut terjemahan Kamus DBP, ianya bermaksud mengkaji burung. Pihak kami menerima maksud terjemahan yang lain dari Malaysia Nature Society yang mana telah memberikan maksud "Mencerap Burung" atau sebagai aktiviti pemerhatian burung. Mohon pihak DBP dapat memberikan maklumbalas kepada persoalan ini. Sekian, terima kasih. | Bird-watching boleh diterjemahkan kepada mengkaji burung atau juga mencerap burung berdasarkan konteks penggunaan yang lebih sesuai. Tidak semua yang terlibat itu mengkaji burung, maka kata mencerap burung lebih sesuai digunakan dalam keadaan tertentu. | Penyemakan dan penterjemahan | 09.01.2015 |
assalamualaikum... apakah konsep fonetik dan fonologi | Fonetik ialah kajian mengenai bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia, iaitu bunyi yang digunakan sebagai alat komunikasi. Bidang fonetik yang mengkaji bunyi bahasa dapat dipecahkan kepada tiga, iaitu artikulatori, auditori, dan akustik. Fonologi ialah bidang yang mengkaji rumus-rumus atau peraturan sesuatu bahasa yang menentukan sebutan. Antara kajian fonologi termasuklah pemenggalan bunyi bahasa, pola dan kelas bunyi bahasa, variasi bunyi, proses fonologi, dan perubahan bunyi. | Tatabahasa | 28.07.2018 |
Jabatan Perkhidmatan Awam sedang mengkaji Perintah Am Bab C Tahun 1974 berkaitan kemudahan cuti kepada Pegawai Perkhidmatan Awam. Soalannya, adakah istilah Cuti Tanpa Rekod yang digunakan secara meluas kini adalah tepat sebagai kata nama khas kepada kemudahan cuti yang tidak direkodkan atau penggunaan istilah Cuti Tidak Berekod lebih tepat seperti yang digunakan pada 1974 dahulu? | Menurut Kamus Dewan Edisi keempat: tanpa bermaksud - dgn tiada..., tidak dgn..., tidak ber- ...: ia berjalan terus ~ melihat ke kiri ke kanan lagi. Oleh itu, dari segi penggunaan bahasa, istilah Cuti Tanpa Rekod dan istilah Cuti Tidak Berekod adalah sama maksud dan kedua-duanya boleh digunakan. | Istilah | 16.08.2018 |