Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngong.si] | مڠوڠسي

Definisi : menggunakan (menduduki dll) bersama-sama: pelita yg sebuah itu dikongsi mereka ketika belajar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengongsi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, bagaimanakah perkataan "berkongsi" dan "mengongsi" digunakan dalam ayat? Apakah perbezaan antara "berkongsi" dengan "mengongsi"? Adakah "mengongsi" sama maksud dengan "berkongsi"?Makna11.12.2014
Ika SaniView Profile Actions THU 8:32PM Ika Sani Ika Saya ingin meminta penjelasan tentang perkataan mengongsi dan berkongsi. Apakah penggunaan yang betul? Saya pernah membaca ayat-ayat di bawah ini: 1) Sila hantarkan e-mel untuk mengongsi dua cara kita boleh menurunkan berat badan. Atau 2) Sila hantarkan e-mel untuk berkongsi dua cara kita boleh menurunkan berat badan. Mana satukah yang betul? Semoga dapat berikan penjelasan. Terima kasih.Berkongsi antara maksudnya ialah berpakat atau bersama-sama menggunakan sesuatu. Mengongsi bermaksud menggunakan bersama-sama. Berdasarkan makna tersebut, kedua-dua perkataan boleh digunakan dalam konteks yang tersebut, namun lazimnya perkataan berkongsi yang digunakan.Tatabahasa21.04.2016
Salam sejahtera. Apakah beberapa bentuk kata terbitan yang muncul daripada kata dasar 'kongsi'? Adakah kata kerja 'mengkongsikan' betul penggunaannya dalam bahasa Melayu, atau ada bentuk yang lain? Terima kasih.Perkataan kongsi boleh menerbitkan beberapa perkataan yang lain seperti berkongsi, mengongsi dan perkongsian. Mengongsi bermaksud menggunakan atau menduduki bersama-sama.Tatabahasa08.06.2013
Saya ingin bertanya mana yang betul: A) Kami mengongsi pandangan dalam satu sesi dialog. B) Kami berkongsi pandangan dalam satu sesi dialog.Ayat yang betul ialah Kami berkongsi pandangan dalam satu sesi dialog.Lain-lain27.08.2018
definisi atau istilah yang sesuai untuk pernyataaan ini, "kebolehan membayangkan dan mengongsi perasaan, pengalaman orang lain" terima kasihPerkataan yang hampir membawa maksud huraian tersebut ialah empati (daya menyelami dan memahami perasaan atau emosi orang lain)Makna23.08.2006
Saya akan mengongsikan pengetahuan saya berkaitan kokurikulum kepada orang lain. Adakah penggunaan 'mengongsikan' dalam ayat ini betul?. Terima kasih.Kata terbitan yang betul ialah berkongsi, mengongsi dan sebagainya. Dalam konteks ayat tersebut, penggunaan yang betul ialah berkongsi. Saya akan berkongsi pengetahuan saya berkaitan kokurikulum kepada orang lain.Tatabahasa04.01.2017
Adakah perkataan ' kongsi' di iktiraf olih DBP? Perkataan ini dipakai dengan luas.

Soalan yang dikemukakan tidak jelas. Sila nyatakan dalam konteks/bidang apakah kata ini digunakan bagi membolehkan pihak kami membuat rujukan.

Untuk makluman saudara, mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat  
Definisi Kongsi: 1. persekutuan (pergabungan) yg me­ngandungi dua orang atau lebih yg bekerja­sama (dlm sesuatu usaha dsb); rumah ~ rumah perkumpulan (pekerja-pekerja dll); 2. persekutuan pedagang-pedagang syarikat: baru-baru ini, satu ~ Cina telah membuka kedai di situ; ~ gelap perkumpulan sulit (utk maksud atau kegiatan jahat); ~ hidup teman hidup (suami atau isteri seseorang); berkongsi 1. bersekutu (bergabung) dlm se­suatu kegiatan (spt berniaga dll), bersama-sama (membayar, menggunakan, menduduki, dll): ketiga-tiganya ~ berniaga dgn sama-sama menanggung perbelanjaan dan membahagikan keuntungan; mereka ~ mendiami rumah itu; para dermawan yg sudi ~ derita dgn mereka yg memerlukan; 2. berkomplot, ber­sepakat: hamba menyangka tuan hamba ~ dgn lanun Panglima Tujuh; ~ hidup hidup bersama-sama (sbg suami isteri); mengongsi menggunakan (menduduki dll) bersama-sama: pelita yg sebuah itu dikongsi mereka ketika belajar; kongsian ark sj cukai yg dikenakan ke atas penduduk tanah persendirian; perkongsian 1. syarikat perniagaan yg di­jalankan secara berkongsi oleh dua orang atau lebih sbg rakan niaga: sebahagian drpd perusahaan bijih timah dimiliki oleh ~; 2. = ~ hidup perihal hidup bersama-sama (sbg suami isteri): ada orang yg membuat fitnah supaya ~ hidup mereka menjadi porak-peranda; pekongsi individu atau kumpulan yg ber­kongsi. 

Perkataan kongsi boleh menerbitkan beberapa perkataan yang lain seperti berkongsi, mengongsi dan perkongsian. Mengongsi bermaksud menggunakan atau menduduki bersama-sama.

Untuk keterangan lanjut, saudara boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau  mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari".

Tatabahasa09.05.2018

Kembali ke atas