Mengulangkaji atau mengulang kaji? Ejaan yang manakah betul? | Ejaan yang betul ialah mengulang kaji, sila rujuk mengulang+kaji">http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=mengulang+kaji bagi mendapatkan panduan ejaan yang betul. | Ejaan | 16.05.2020 |
Salam, Apakah ayat majmuk yang betul bagi kedua-dua ayat tunggal ini apabila digabungkan? 1. Suresh mengulang kaji pelajaran di rumah? 2. Suresh mengulang kaji pelajaran di perpustakaan? Adakah...? 1. Suresh mengulang kaji pelajaran di rumah atau di perpustakaan? 2. Suresh mengulang kaji pelajaran di rumah atau perpustakaan? Yang manakah betul dan apakah alasannya? Terima kasih. | Ayat yang betul ialah "Suresh mengulang kaji pelajaran di rumah atau di perpustakaan?".
| Tatabahasa | 22.04.2014 |
Cikgu, jadi "mengulang kaji" atau "mengulangkaji" barulah betul? | Ejaan yang betul ialah mengulang kaji. | Ejaan | 07.05.2014 |
manakah ayat yang betul ? a) Adik bangun daripada tidur. b) Adik bangun dari tidur. c) Adik sedang mengulang kaji pelajaran di dalam bilik bacaan. d) Adik sedang mengulang kaji di dalam bilik bacaan. Terima kasih. | Ayat yang bgramatis ialah Adik bangun daripada tidur dan Adik sedang mengulang kaji pelajaran di dalam bilik bacaan. | Tatabahasa | 02.11.2012 |
salam, Yang mana betul - mengulangkaji atau mengulang kaji. | Ejaan yang betul ialah mengulang kaji. | Ejaan | 28.07.2009 |
1.ayat yang mana satu yang paling sesuai di gunakandan boleh tolong beri penjelasan: a) Murid-murid sedang mengulang kaji pelajaran dengan senyap di perpustakaan. b)Murid-murid sedang mengulang kaji pelajaran secara senyap di perpustakaan. 2.adakah ayat ini betul Murid-murid sedang membaca buku dengan tidak membuat bising. | 1. Penggunaan perkataan "dengan" dan "secara" boleh digunakan dalam ayat tersebut. Ayat yang paling sesuai ialah "Murid-murid sedang mengulang kaji pelajaran dengan senyap di perpustakaan." Penggunaan kata sendi nama "dengan" lebih tepat digunakan kerana berfungsi sebagai keterangan cara yang menerangkan ayat induk. Keterangan cara ialah unsur yang menerangkan gaya atau kaedah sesuatu perbuatan atau kejadian berlaku. 2. Ayat tersebut betul. | Tatabahasa | 28.08.2013 |
Merujuk kepada soalan dan jawapan yang diberi: Beberapa orang murid yang tekun mengulang kaji pelajaran mereka di perpustakaan. ( Beberapa orang murid mengulang kaji pelajaran mereka di perpustakaan dengan tekun) Saya sering keliru dengan kata adjektif, ditulis di depan atau di belakang dan bagaimana menentukan di mana yang paling sesuai ditulis? | Kata adjektif sebagai predikat boleh hadir di bahagian belakang kerana kata adjektif boleh hadir sebagai unsur inti dalam frasa adjektif atau boleh hadir sebagai keterangan dalam frasa kerja. Tidak ada jalan mudah untuk mengenal binaan ayat dengan betul, melainkan belajar dan melihat contoh binaan ayat yang diterangkan bab demi bab dalam buku Tatabahasa Dewan. | Tatabahasa | 16.07.2014 |
Antara punca kegagalan adik ialah kurang mengulang kaji pelajaran. adalah ayat di atas gramatis dan betul dari segi tatabahasa? | Antara punca kegagalan adik dalam peperiksaan ialah kurang mengulang kaji pelajaran. | Tatabahasa | 11.04.2014 |
Cikgu, berdasarkan buku Tatabahasa Dewan: Jika kata kerja majmuk diimbuhkan dengan awalan, perkataannya TIDAK perlu dipisahkan atau dijarakkan. Jadi, jika awalan "meN..." diimbuhkan pada perkataan "ulang kaji", akan dijadikan "mengulang kaji" atau "mengulang kaji"? Saya bertanya demikian kerana saya ternampak buku tersebut hanya memberikan contoh awalan "ber..." yang diimbuhkan pada kata kerja majmuk sahaja perkataan -nya perlu dijarakkan. Tolong berikan contoh awalan yang diimbuhkan pada kata kerja majmuk yang perkataannya perlu dijarakkan. | Pada asalnya kata majmuk dieja dua perkataan seperti kuat kuasa dan kemas kini. Apabila menerima awalan atau akhiran kata majmuk masih deja dua perkataan seperti berkuat kuasa dan dikemas kini. Namun apabila kata majmuk menerima apitan sama ada apitan ke-...-an atau pe-...-an barulah dieja satu perkataan seperti dikuatkuasakan dan pengemaskinian. | Tatabahasa | 07.05.2014 |
Pilih ayat yang betul. a. Setiap murid mengulang kaji pelajaran dengan tekun. b. Pelbagai barangan runcit dijual di pusat perabot. c. Saya tidak diberitahu oleh emak mengenai perkara yang telah terjadi. apakah jawapan bagi soalan ini? Bolehkah berikan penjelasan dan betulkan ayat yang salah kepada ayat yang betul. Terima kasih | a. Setiap murid mengulang kaji pelajaran dengan tekun. Ayat ini betul. b. Pelbagai barangan runcit dijual di pusat perabot. Fakta ayat kurang tepat, ayat yang betula ialah "pelbagai jenis perabot dijual di pusat perabot". c. Saya tidak diberitahu oleh emak mengenai perkara yang telah terjadi. Ayat ini betul. | Tatabahasa | 24.04.2014 |