Perkataan manakah (mengulang / mengulangi) yang lebih tepat penggunaannya dalam ayat berikut: 1. Anda hanya perlu mengulang soalan yang salah sahaja. 2. Anda hanya perlu mengulangi soalan yang salah sahaja. | Kedua-duanya perkataan ‘mengulang’ dan ‘mengulangi’ boleh digunakan dalam ayat tersebut. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 2461. | Tatabahasa | 23.05.2024 |
Perbezaan antara pengulangan dan perulangan | Pengulangan bermaksud hal atau perbuatan mengulang atau mengulangi. Manakala, perulangan bermaksud hal berulang-ulang. | Makna | 22.09.2017 |
Sejarah memberikan teladan dan iktibar kepada masyarakat kita agar dapat terus ____ ke hadapan tanpa mengulangi kesilapan yang telah dilakukan oleh masyarakat terdahulu. Perkataan "melangkah" sesuai ?? | Antara maksud langkah ialah perbuatan/pekerjaan yang baru bermula. Jika ayat tersebut merujuk asas kepada perbuatan/perkara tersebut, maka perkataan melangkah boleh digunakan. | Tatabahasa | 17.08.2013 |
apakah fungsi-fungsi kata ganda dan sila beri huraian untuk setiap fungsi kata ganda yang diberikan | Penggandaan ialah proses mengulangi kata dasar. Dalam bahasa Melayu, terdapat tiga jenis penggandaan, seperti yang berikut: 1. Penggandaan penuh 2. Penggandaan separa 3. Penggandaan berentak Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai jenis penggandaan ini, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga muka surat 76. Terima kasih. | Lain-lain | 26.05.2022 |
Benarkah perkataan "justeru" tidak boleh digunakan sebagai penanda wacana dalam penulisan karangan? Tolong jelaskan cara penggunaan perkataan tersebut ( dengan beberapa contoh ) supaya kami tidak mengulangi kesilapan penggunaannya pada masa akan datang. | Justeru bermaksud 1. kebetulan,tepat,kena benar. 2. malahan,bahkan.Justeru yang bermaksud malahan digunakan sebagai penanda wacana penghubung yang merupakan penghubung untuk memberikan maklumat tambahan kepada sesuatu perkara yang diperkatakan sebelumnya. Contoh; kuasa melalui proses undang-undang diiktiraf oleh mahkamah. undang-undang bukan sahaja menentukan bahawa kuasa itu sah, justeru(malahan) menentukan bahawa kuasa itu digunakan dengan munasabah,adil,jujur dan saksama. Rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk keterangan lanjut tentang penanda wacana. | Tatabahasa | 01.08.2008 |
adakah perbezaan perkatan-perkataan berikut: -Baru -Baharu -Bharu | Ada sedikit perbezaan dlm penggunaan kedua-dua perkataan tersebut, baharu digunakan utk maksud membaiki sesuatu , mengulangi lagi, memulakan sesuatu semula, mengganti/menukarkan sesuatu dgn yg baru, manakala baru biasanya membawa makna belum ada sebelumnya , belum lama dipakai/diguna atau belum dipakai lagi. kata bharu digunakan pada tempat yang telah digazetkan contohnya Kota Bharu. | Tatabahasa | 21.04.2008 |
saya ramadon tohdo belajar bahasa melayu dasar universiti fatoni ingin bertanya tentang tata bahasa apakah ayat ganda | Kata ganda ialah bentuk kata yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulangi kata dasar sama ada kata tersebut diulang keseluruhannya atau pada bahagian-bahagian tertentu dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan. Untuk huraian yang lebih lengkap, sila rujuk Tatabahasa Dewan halaman 49. | Tatabahasa | 03.11.2015 |
Apakah perbezaan antara baru dengan baharu ? dalam kamus dewan, kedua-duanya sama maksud, betulkah? | Ada sedikit perbezaan dlm penggunaan kedua-dua perkataan tersebut, baharu digunakan utk maksud membaiki sesuatu , mengulangi lagi, memulakan sesuatu semula, mengganti/menukarkan sesuatu dgn yg baru, manakala baru biasanya membawa makna belum ada sebelumnya , belum lama dipakai/diguna atau belum dipakai lagi. | Makna | 25.07.2007 |
Saya Atiyah binti Ismail Belajar bahasa melayu dasar di Universiti Fatoni ingin bertanya tatabahasa : Apakah maksud ayat ganda. Terima kasih | Kata ganda ialah bentuk kata yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulangi kata dasar sama ada kata tersebut diulang keseluruhannya atau pada bahagian-bahagian tertentu dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan. | Tatabahasa | 18.01.2016 |
Selamat pagi, saya ingin penjelasan mengenai kata ganda separa dan kata ganda tunggal atau semu merangkumi maksud dan contoh yang sesuai | Kata ganda ialah bentuk kata yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulangi kata dasar sama ada kata tersebut diulang keseluruhannya atau pada bahagian-bahagian tertentu dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan. Untuk makluman, kata ganda hanya ada 3 jenis sahaja, iaitu: Kata ganda penuh ialah penggandaan seluruh kata dasar jenis kata nama tanpa sebarang perubahan bentuk, contoh : buku-buku dan sekolah-sekolah. Kata ganda separa ialah penggandaan yang melibatkan sebahagian sahaja kata dasar, contoh : gegelang, sesiku dan sesumbu. Kata ganda berirama/berentak ialah proses yang menggandakan kata dasar jenis kata nama mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar, contoh : kuih-muih, kayu-kayan dan saudara-mara. Kata ganda berimbuhan ialah menambah imbuhan awalan pada kata dasar yang diulang, contoh : beramai-ramai. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. | Tatabahasa | 12.10.2015 |