Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngum.pa.ma.kan] | مڠومڤاماکن

Definisi : 1. menganggap sama dgn, menjadikan contoh (kiasan, ibarat), meng-ibaratkan, membandingkan (dgn): mata manu-sia bolehlah diumpamakan sbg sebuah kamera; 2. melakukan atau mengatakan sesuatu sbg contoh (sbg ulangan drpd yg telah dilakukan), memberitahu bagaimana (dgn gaya dll): beliau telah ~ bagaimana beliau dapat mengelakkan diri drpd tikaman pen-curi itu; 3. menganggap sbg misalan (bukan sungguh-sungguh), memisalkan, menyifat-kan: aku umpamakan kau dikahwinkan dgn seorang pemuda dr bangsamu sendiri; 4. menunjukkan hormat (menghargai) spt yg selayaknya, menghormati (sebagaimana mesti-nya): segeralah ia tangkap, jika ia melawan, bunuh olehmu, kerana ia tidak ~ daku; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngum.pa.ma.kan] | مڠومڤاماکن

Definisi : 1 menganggap sama dgn; menjadikan sbg ibarat; mengibaratkan: Ia ~ pengkhianat itu sbg sampah masyarakat. 2 memberi hormat spt yg sepatutnya: Jika kita tidak ~ orang, orang juga tidak akan ~ kita. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
umpama (kata tugas)
Bersinonim dengan ibarat, misal, laksana, seperti, macam, amsal, sebagai, bak;,
Kata Terbitan : seumpama, mengumpamakan, perumpamaan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Betulkah perkataan "melaksanakan" lebih sesuai digunakan untuk perbuatan yang melibatkan kerja-kerja mega seperti projek lebuh raya; manakala lebih sesuai digunakan perkataan "menjalankan" bagi kerja-kerja biasa. Mohon penjelasan pihak KNB.Menurut Kamus Dewan Edisi keempat, melaksanakan bermaksud sl membandingkan dgn, mengumpamakan sbg, menyamakan: tidak dapat dilaksanakan bulan dan matahari; 2. menjalankan (tugas, rancangan, dll), mengerjakan, menyelesaikan (sesuatu tugas dll):, menjalankan pula bermaksud

mengusahakan sesuatu supaya berjalan atau bergerak: Ia sudah pandai ~ kereta ayahnya. 2 mengerjakan sesuatu tugas; melaksanakan: Tiap-tiap hari ia ~ kerjanya sbg anggota polis. 

Berdasarkan maksud kedua-dua perkataan tersebut, kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan dan tidak dibezakan oleh kerja-kerja mega dan sebagainya.

Makna12.12.2018
Saya ingin bertanya makna personfikasi, bombastic ,ironi dan sebagainya berkitan dengan linguistikPersonifikasi ialah pemberian (penyerapan) sifat-sifat manusia kepada benda tak bernyawa atau sesuatu yang abstrak dan lain-lain untuk mendapatkan kesan sastera atau seni, 2. pelambangan atau pengemukaan benda tidak bernyawa atau sesuatu yang abstrak sebagai mempunyai sifat-sifat manusia; mempersonifikasikan melambangkan atau mengumpamakan sesuatu benda yang tidak bernyawa (atau abstrak) sebagai manusia atau mempunyai sifat-sifat manusia: dia ~ Kuala Lumpur dengan kata-kata yang terpilih.


Bombastik ialah banyak menggunakan kata yang indah-indah dan luar biasa kelihatannya tanpa membawa pengertian yang bernas atau jelas: Arena Wati menggunakan bahasa yang sederhana dan mudah difahami, pemilihan kata-katanya dibuat begitu teliti dan tidak ~.


Ironi ialah keadaan atau kejadian yang menunjukkan pertentangan atau kesan sebaliknya antara sesuatu yang dijangkakan dengan yang menjadi hakikatnya: ~nya jika Dasar Belia Nasional ini mahu diterima, maka dengan sendirinya kita mempersempit ruang lingkup pelaksanaan dasar itu sendiri.
Makna15.07.2013
adakah ayat ini gramatis? "Daun Melambai." Ayat ini saya ambil daripada ssebuah buku tatabahasa Melayu. Namun contoh ayat dalam kamus dewan bagi perkataan melambai adalah " Kereta api pun bergerak. Kulihat tangan suamiku melambai-lambai. sehubungan ini, adakah perkataan melambai mesti digandakan baru ia berfungsi sebagai kata kerja tak transotif? Berdasarkan contoh "daun melambai." Adakah penggunaan melambai dalam ayat di bawah ini betul / salah. "Di lapangan terbang, ibu bapa dan adik beradik Thomas melambai dengan Thomas yang akan bertolak ke London.1. Untuk makluman, perkataan "Daun Melambai" boleh digunakan kerana ia merupakan bentuk personifikasi iaitu;
 a. pemberian (penyerapan) sifat-sifat manusia kpd benda tak bernyawa atau sesuatu yg abstrak dll utk mendapatkan kesan sastera atau seni.
 b. perlambangan atau pengemukaan benda tidak bernyawa atau sesuatu yg abstrak sbg mempunyai sifat-sifat manusia; mempersonifikasikan melambangkan atau mengumpamakan sesuatu benda yg tidak bernyawa (atau abstrak) sbg manusia atau mempunyai sifat-sifat manusia: dia ~ Kuala Lumpur dgn kata-kata yg terpilih.

2. Selain itu, perkataan melambai tidak semestinya digandakan untuk berfungsi sebagai kata kerja tak transitif kerana kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut atau objek selepasnya. Untuk lebih jelas, rujuk Tatabahasa Dewan, halaman 88.

3. Penggunaan ayat yang betul, "Di lapangan terbang, ibu bapa dan adik-beradik Thomas melambaikan tangan kepadanya yang akan bertolak ke London."
Tatabahasa18.08.2015

Kembali ke atas