tuan Ali mrngupas kulit kering luka pada kakinya. (mengupas salah dan perlu digantikan dengan kata?) tuan Ramli tidak tidur semalaman kerana sibuk mengupas idea.( mengupas perlu digantikan dengan kata apa?) TQ banyak2 | Ali menanggalkan kulit kering pada luka di kakinya. Sila rujuk kamus untuk mendapatkan makna setiap perkataan dan sesuaikan dengan konteks ayat atau maksud yang hendak disampaikan. Untuk menghasilkan ayat yang gramatis, rujuk buku Tatabahasa Dewan, Bab 16. | Tatabahasa | 15.08.2011 |
bagaimana membeza perkataan "mengopek dan mengupas"? mengopek durian atau mengupas durian? | Dalam Kamus Dewan mengopek sama maksudnya dengan mengupas, iaitu membelah buah untuk mendapat isinya. | Makna | 13.01.2013 |
Salam sejahtera, 1. Beliau guru matematik dan sejarah saya. (dalam ayat ini, matematik dan sejarah digolongkan dalam kata nama khas?) 2. mengupas limau /mengupas kulit limau (yang mana satu lebih sesuai digunakan?) Sekian, terima kasih. | Waalaikumussalam, 1. Perkataan matematik dan sejarah bukan kata nama khas dan perlu dieja dengan huruf kecil 2. Manurut Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud mengupas ialah membuang atau menanggalkan kulit sesuatu. Maka mengupas kulit limau adalah betul. | Tatabahasa | 21.02.2020 |
Adakah ayat ini betul? Abu sedang mengupas kulit buah rambutan yang segar. | Abu sedang mengupas kulit buah rambutan yang segar. Ayat ini kurang tepat. Ayat yang tepat Abu sedang mengupas buah rambutan yang baru dipetik. | Tatabahasa | 01.06.2015 |
Bapa sedang ______ durian. ( mengopek / mencekah / membelah / mengupas ) Jawapan yang mana betul? | Saudari/saudari, Mengopek berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud membuang kulit buah-buahan, mengupas, mengopak (utk mengambil isinya). Mengupas sedikit: ~ buah-buahan dgn hujung pisau. Mencekah pula bermaksud 1. = bercekah; 2. memecahkan (dgn mengapit kedua-dua belah tangan): ~ buah manggis; 3. melebarkan (membuka) sudut (kangkang dll), membelah, menguakkan: cekahlah tulang itu dan dedahkan alat-alat pembiakannya; ~ buah durian. Manakala membelah membawa maksud, memotong atau memecahkan sesuatu menjadi dua bahagian: Selepas ~ buah tembikai itu, ia memberikan sebelah kpd kawannya dan sebelah lagi utknya sendiri. 2 mengerat dan memecahkan sesuatu menjadi beberapa bahagian: Selepas minum teh, saya menolong ayah saya ~ kayu api. 3 memotong bahagian tubuh orang sakit utk menyembuhkannya; membedah. Mengupas merujuk kepada, membuang atau menanggalkan kulit sesuatu: ~ kelapa; ~ limau. 2 menghuraikan sesuatu dgn teliti; mengulas. Jawapan yang betul ialah mencekah. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk maklumat lanjut. Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami. | Tatabahasa | 14.08.2012 |
Apakah perkataan yang patut digunakan? 1. Wam Khatijah (mengupas) kuih itu sebelum menyuapkan ke mulut adiknya. 2. Mak Andam (mengupas) wajah pengantin itu sebelum majlis persandingan. 3. Disebabkan dia (pengikut), dia sering mengikuti lawatan sambil belajar. 4. Nama adik saya yang kecil ini ialah Aizudin tetapi nama (timbangan)nya ialah Judin. | Penggunaan kata dalam kurungan adalah tidak tepat. Untuk melihat penggunaan kata yang betul rujuk www.prpm.dbp.gov.my dan taipkan perkataan yang hendak dicari, contohnya mengupas boleh membawa maksud membuang kulit (buah-buahan) dan menghuraikan dengan teliti (karangan, pendapat, persoalan). Berdasarkan makna yang tersebut kata mengupas tidak sesuai digunakan dalam kedua-dua konteks ayat tersebut. | Tatabahasa | 06.10.2011 |
Salam, Kakak _____ kulit buah kiwi itu sebelum memakannya. A mengopak B mengupas C mengopek D memenggal (A atau B atau C?) Kebanyakan kejadian kebakaran berpunca daripada _____ orang ramai menjaga keselamatan. A kecuaian B kelupaan C kelekaan D kealpaan (A atau D??) Apakah jawapan yang paling sesuai?? | 1. Merujuk Kamus Dewan, perkataan mengupas juga membawa maksud mengopak dan mengopek. Oleh itu, ketiga-tiga perkataan tersebut boleh menjadi jawapan kepada ayat tersebut. 2. Jawapan yang betul ialah kecuaian. Untuk maklumat lanjut sila rujuk www.prpm.dbp.gov.my dan lihat makna setiap perkataan yang tersebut. | Tatabahasa | 19.06.2013 |
Datuk Midun sedang _____ durian ditepi pondok. A. membelah B. mengupas C. mencekah ( Soalan daripada soalan 2, m.s. 71, Buku Teks Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan, Tahun 4, DBP, 2006 ). | Jawapannya ialah C. mencekah. | Tatabahasa | 20.07.2009 |
Salam sejahtera, Apakah terjemahan perkataan "exfoliant"? Adakah "penggelupas" boleh digunakan? "exfoliant" bermaksud sesuatu yang dipakai untuk mengupas kulit mati dari kulit. Contohny seperti scrub. Mohon pendapat DBP. Terima kasih. | Terjemahan yang sesuai ialah "Mengelupas". | Makna | 27.09.2017 |
I azman memperolehi kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan PMR yang lalu.IIPara cendekiawan akan menganjurkan seminar untuk mengupas masalah disiplin pelajar.III Adi adalah olahragawan yang berpotensi dalam acara lontar peluru. IV Oleh sebab terlalu menurut kemarahannya, akhirnya dia menerima padah. soalan saya ialah yang manakah ayat yang betul dan jika salah apakah kesalahannya? terima kasih | 1. Azman memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan PMR yang lalu. 2. Tiada kesalahan tatabahasa. 3. Adi ialah olahragawan yang berpotensi dalam acara lontar peluru. 4. Tiada kesalahan tatabahasa. | Tatabahasa | 06.08.2008 |