Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngu.ra.ngi] | مڠورڠي

Definisi : menjadikan berkurang (kerap­nya, derasnya, hebatnya, dll), menyusuti: sebuah motokar di sisiku tiba-tiba ~ kecepatan, hampir ia berhenti; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngu.ra.ngi] | مڠورڠي

Definisi : menjadikan kurang: Sikap berdolak-dalik akan ~ kepercayaan orang ramai terhadapnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kurang
1. Bersinonim dengan belum cukup
( tidak sampai)
(kata tugas:)
Berantonim dengan lebih cukup

2. Bersinonim dengan potong
( tolak, diskaun, )
(kata kerja:)

3. Bersinonim dengan tidak berapa
( tidak begitu, tidak cukup, )
(kata tugas:)

4. Bersinonim dengan cacat
( cela)
(adjektif:)
Berantonim dengan sempurna

Kata Terbitan : kurang-kurang, sekurang-kurangnya, berkurang, berkurangan, mengurang, mengurangi, mengurangkan, memperkurang, kekurangan, pengurangan,

Peribahasa

Seperti melukut di tepi gantang,
     keluar tidak mengurangi,
masuk tidak memenuhi.

Bermaksud :

Tidak berharga dalam masyarakat; tidak dapat menolong dan sebagainya. melukut = lemukut.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
ibarat melukut di tepi gantang ialah peribahasa atau simile? peribahasa seperti aur dengan tebing hanya boleh digunakan utk hub kekeluargaan sahaja ke? cth :Dengan bekerjasama bagai aur dengan tebing antara polis dan masyarakat, kemalangan dapat dikurangkan. betul ke?Peribahasa seperti aur dengan tebing bukan sahaja untuk hubungan kekeluargaan tetapi boleh digunakan seperti contoh yang diberikan, iaitu yang membawa maksud sikap tolong-menolong antara satu sama lain. Seperti melukut di tepi gantang ialah peribahasa dan yang lengkapnya "Seperti melukut di tepi gantang, keluar tidak mengurangi, masuk tidak memenuhi', bermaksud tidak berharga dalam masyarakat; tidak dapat menolong dan sebagainya.Lain-lain25.03.2010

Kembali ke atas